Putus Cinta, Bayar RM 5

4.1.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

nak ajak korang bergelak tawa lupakan masalah sekejap.

credit to : fb

zizie rasa, ni dalam likungan umur sekolah menengah.
yang dahsyat tu, "dengan kau mintak putus = 5.00"
hahahahahaha!!!!

masa zizie sekolah menengah, selalu je terjumpa surat cinta kawan-kawan.
yang paling zizie ingat, masa tingkatan tiga, zizie jumpa surat cinta dalam bilik study.
dalam surat tu, si lelaki bagitahu yang dia takutkan KATAK. memang jadi bahan gurauan.

sehinggalah masa tingkatan empat, zizie dan lelaki tu dalam kelas yang sama. kelas sains tulen.
time nak kena bedah katak, zizie saja buat-buat katak tu terlepas daripada genggaman zizie dan katak tu melompat ke si lelaki tu. hahaha. jahatnya aku.
nasib baiklah tak keluar air mata jantan dia, kalau tak serba salah jugak la.

kepada aniq dalam gambar di atas, engkau dah bayar belum ganti rugi RM 50.80?
hahaha..

nota zizie : rest my mind after exam.

You Might Also Like

14 comments

  1. Heee , kelakar betul . Baik tak payah kapel . Kesian pulak tengok Aniq tu . Itu namanya cinta tak ikhlas . Haha , gelak gelak baca entry tu .

    ReplyDelete
  2. hahhaaha...apsal mntak RM5? lawak la..

    ReplyDelete
  3. hahaha. ee pernah dapat surat cinta lawak. haih. malu budak tu bila besar ni jumpa balik =)

    ReplyDelete
  4. Hehe..tangan yang menghayun buaian bukan saja boleh menggegar dunia..malah boleh juga Menganggu tidur yang lena..mesti runsing nak kena bayar ganti rugikan..Jangan minta duit ibu ayah ye..

    ReplyDelete
  5. Lawak betul budak2 yg baru lepas clash ni. Masa bercinta bukan main baik lagi bayarkan semua benda, lepas clash.. ermm tuntut hutang balik. Talk ikhlasss :p

    ReplyDelete
  6. masalah gak ni...byk betul hutang dia!! hahaha ^____^

    ReplyDelete
  7. hahahahahaha! adoiiiii..
    ada extra rm5 lagi tu sebab mintak putus. haha

    ReplyDelete
  8. err...bayar jgn tak bayar..hutang putus cinta..-_-

    ReplyDelete
  9. Hadoilah....kena bayar RM5 minta putus...hehehe

    Tapi bagusnya dia, sebab catatkan semua perbelanjaan dia dengan teman tak seiringannya itu. Bila dah ada catatan, senang nak minta ganti rugi

    ReplyDelete
  10. lawak gila budak2 zaman sekarang.. haha... siap mintak ganti rugi pulak... RM 50.80? murahnya cinta tu + bayaran barang lagi.. hee..

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Zie..hilang stress aku skit memikiorkan brg naik skrg ni,hahaha

    Bertabah senaraikan setiap hutang..mintak putus pun kena cas RM5,hahaha

    ReplyDelete
  12. Ooo ok..ni mmg betul2 buat sya gelak..hahaha..siap ada pampasan 5 inggit tu..ngeh2..

    ReplyDelete
  13. haha da nie dah kenapa? memalukan bangsa playgirl ajer =P

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.