BEKERJALAH KERANA ALLAH

13.2.14

Assalamualaikum wbt

Orang yang ikhlas akan beramal kerana Allah. Dia bekerja kerana dorongan taqwa dan amanah yang dipikulkan kepadanya yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat. Orang yang tidak ikhlas kepada Allah bekerja kerana mengharapkan pulangan daripada manusia. Ini termasuk sanjungan, pujian, penghargaan & pengiktirafan dari manusia.

Orang yang ikhlas tidak akan hilang puncanya kerana Allah itu hidup selama-lamanya. Pemerhatian Allah sentiasa berterusan dan dia akan tetap bekerja walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ujian komitmen & perasaan. Adapun orang yang tidak ikhlas boleh hilang puncanya. Kerana ucapan-ucapan manis manusia boleh terputus; pengiktirafan manusia boleh ditarik. Maka, orang yang tidak ikhlas barangkali akan terhenti amalnya atau berputus asa apabila lenyap punca motivasinya.

Orang yang ikhlas sepatutnya tidak akan kira sama ada manusia memujinya atau mengiktirafnya; kerana dia bekerja kerana Allah. Apakah kiranya penerimaan manusia hilang maka dia terhenti dari bekerja? Orang yang ikhlas akan iltizam bekerja dalam amalnya tanpa kompromi demi mengharapkan keredhaan manusia. Penghargaan dari manusia sekadar bonus baginya; apa yang diharapkan adalah keredhaan Allah.

Jadi, periksalah keikhlasan kita. Luruskan motif kita. Bekerjalah sesungguh yang terdaya. Ingatlah akan tanggungjawab kita kepada Allah. Ingatlah, hisab amalan adalah berseorangan, bukan dengan kelompok manusia. Tetaplah beramal walau apa pun yang diperkata orang; kerana yang penting adalah apa yang Allah akan kata pasal kita.

"Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah segala keperluannya; dan Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan kemarahan Allah nescaya dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia" (Hadis)

credit : Pusat Islam UTeM

You Might Also Like

14 comments

  1. satu perkongsian yg baik...redha dan ikhlas saling berkaitan kan....cari redha Allah dengan sentiasa mengikhlaskan hati..:DDD

    ReplyDelete
  2. Mana ilang zizie....sebok ke, x sehat ke?...windu tauuuu...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. hati mau ikhlas bila melakukan sesuatu :)

    ReplyDelete
  4. The best entry dik..akak like banyak banyak..apa pun yang kita laksanakan..matlamat pertama mencari redha Ilahi..moga redha Allah bersama kita..amin..

    ReplyDelete
  5. hai zizie..lama tak singgah sini :)
    satu perkongsian yang baik..
    ikhlas kan hati dalam menjalankan tugas/perkerjaan yg diamanah kan..insyaallah setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhoan dari NYA :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak <333
    cari redha allah!!! :D

    ReplyDelete
  7. ilmu tanpa amal sia-sia.. amal tanpa ikhlas pun sia-sia..

    ReplyDelete
  8. setakat ni saya masih boleh bekerja kerana sy ikhlas pd Dia. suatu hari bila kesabaran ni dah tergugat, mungkin petanda yang Dia dah sediakan tempat lain utk saya.. :')

    ReplyDelete
  9. singgah sini..perkongsian tips yg baik.. semoga hati sentiasa ikhlas dalam melakukan semua perkara

    ReplyDelete
  10. Semoga kita sentiasa buat segalanya hanya untuk mengharapkan keredhaan Allah...

    ReplyDelete
  11. good reminder...kita memang selalu buat sesuatu harapkan pulangan yg berbentuk dunaiwi....

    ReplyDelete
  12. Peringatan dan panduan berguna untuk semua... Terima kasih kerana berkongsi ;)

    ReplyDelete
  13. yup . betul sgt2 .

    buat apa2 pun biarlah ikhlas semata2 kerana Allah . Tanpa harap kan balasan terutamanya balasan dr manusia . =)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.