Demam Denggi Berdarah

23.2.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

semua orang dah sedia maklum sekarang ni, musim demam denggi.
beberapa hari sebelum zizie pulang ke melaka, zizie mendapat sms daripada housemate yang salah seorang housemate kitorang disahkan pesakit demam denggi berdarah.
Alhamdulillah, sekarang housemate zizie dah kembali sihat.

kesian pula mendengar kisah dia.
demam denggi berdarah ni teruk daripada demam denggi biasa.
yang terasa seksanya, apabila nak kena cucuk ambil darah setiap hari..
apabila demam denggi berdarah, platelet  di dalam darah akan berkurangan. oleh itu, pesakit akan mudah lebam dan berasa sangat sakit apabila dicucuk. hal ini kerana, platelet berfungsi untuk membekukan darah ketika luka.

kawan sekolah zizie pernah mengalami kekurangan platelet yang kritikal.
sehinggakan, tergesel sedikit pun dah rasa macam kena hiris dengan pisau.



Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:


  1. Mudah lebam
  2. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  3. Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut


Sifat nyamuk Aedes


  1. Gigitan pada waktu pagi dan senja. (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam)
  2. Bertelur dalam air mati yang jernih.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0404&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz2u6nazTXy
© Utusan Melayu (M) Bhd


You Might Also Like

28 comments

  1. Moga dijauhi daripada penyakit sebegini :)

    ReplyDelete
  2. dulu cikgu ee masa dia kena demam denggi. dia cerita dia hilangkan demam tu dengan minum air 100 plus berbotol botol. but at the same time air kosong pun kena sama lah. tapi mahu tahulah pergi toilet saja. hehe
    kalau dekat taman ee ni dah ada case denggi baru nak fogging. kalau dakkkkk tak prevent langsung. T____T

    ReplyDelete
  3. 2 orng kawan kelas wan meninggal sebab denggi masa kiteorang darjah 4 :( alfatihah~

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah kepada arwah kawan-kawan wan :'(

    ReplyDelete
  5. takutnya ya allah :( hmm.
    Thanks share ni kak zizieee :)

    ReplyDelete
  6. Yup sekarang ni musim denggi, Nyamuk pum bnyak.
    Berhati2 dan sentiasa pastikan rumah kita bersih.

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat kwn yg meninggal tu. bahayanya denggi..

    ReplyDelete
  8. Amanani Mads, yang meninggal tu kawan2 muhamad azuan.. kawan saya sihat dah...

    ReplyDelete
  9. thanks for the info, perlu banyak berhati2 dengan nyamuk sekarang ni, musim panas

    ReplyDelete
  10. Takutnyaa. Rumah sy ni bnyk nyamuk tp tadalah nyamuk aedes. Mnx2 laa dijauhkan.

    ReplyDelete
  11. minta2 dijauhkan penyakit bahaya ni..

    ReplyDelete
  12. takutnya demam denggi. sampai demam denggi berdarah lak tu :( haritu masa tidur kem kat skolah pun, habis tangan dgn kaki saya ni penuh dgn polka dots warna merah >< sekarang kitorang dah mula nk hapuskan tempat pembiakan denggi

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah dengar kawan dah sihat ^_^
    btw thanks sgt2 info nih sbb sy cuma tau demam denggi nih berbahaya sampai boleh bawa maut...
    so.. we still can avoid this hehe ^__^

    seram tau tak kalau dgar bunyi nyamuk dkat telinga tngah malam2 sanggup gi ridsect dlu XD ahaha

    ReplyDelete
  14. kt kawasan perumahan akak tinggal ada juga kes.. semoga dilindungi oleh Allah selalu..

    ReplyDelete
  15. housemate member hari tu pun kena jugak. dh sihat dh. huhu. moga2 dijauhkan lah kita dr sebarang kemudaratan.

    syukur lah housemate zizie dah sihat. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. Thank you for the info! :)

    Harap orang dekat Malaysia boleh la guna info-info ni. Saya dekat Canada tak pernah dengar pasal denggi ni.

    ReplyDelete
  17. Nice sharing zie..semua pihak mesti lebih berjaga jaga dan segera bertindak andai kesan kesan yang berlainan timbul..ujian Allah hadir pelbagai cara dan bentuk..untuk menguji kesabaran kita..

    ReplyDelete
  18. Bahaya owh denggi... Haritu dalam berita ada cakap, ada juga orang yg xnmpk simptom-simptom kene denggi. tapi dalam badan dia ada virus tu... wooo... lagi payah lah nk tau...

    "Keep Smiling"
    ^_^

    ReplyDelete
  19. denggi berleluasa skrg..semoga kite terhindar dari sebarang penyakit termasuklah denggi berdarah ni . =)

    ReplyDelete
  20. susah hati kita dibuatnya... risau anak2 lah... semuga kita sentiasa dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  21. good info...senang cerita cegah sebelum parah
    btw, saya dtg singgah dan follow. feel free to hit me back yeah :)
    http://sweetmemories4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. hai zizie..
    tulahkan..takut pulak baca n3 bab denggi ni..biasanyer time musim hujan jer denggi menyerang kann..
    sebab air banyak bertakung..kat area taman akak pon penah jadi suspects..because ada yg kena demam denggi ni..abes satu taman kena sembur asap untuk memusnahkan nyamuk aedes..

    thanks dear berkongsi info yg baik ni :)

    ReplyDelete
  23. bahaya demam denggi nie..anak akak dah kena dulu masa dia tadika...seminggu warded kat PPUM...ulang alik trauma, doc soh blk minum ayaq byk..budak kecik tu, mana mau minum..kali ke-5 akak g, dia soh blk gak, memg akak maki laaa...trus admitted mlm tu gak...trauma laa bila dgq demam denggi nie..

    ReplyDelete
  24. bahaya demam denggi ni..orang kata kena minum 100 plus n sup ketam..tapi memang sekarang banyak nyamuk...psst pasal awak tanya saya pakai kamera apa kat blog saya..(canon 550D)

    ReplyDelete
  25. kena beware la kan sebelom kita plak yang terkena :)

    ReplyDelete
  26. HAri tu masa Naim demam teruk, akak dah risau kot dia demam denggi..mujur bukan denggi.. alhamdullillah. mmg takut kalau dengar je sesiapa yang kita kenali kena demam ni kan? bahaya... moga kita dijauhkanlah selepas ni.. tak nakkkk

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.