Mencuri Di Dalam Solat

21.2.14

Assalamualaikum wbt

pernah dengar perkataan mencuri di dalam solat?
berikut ialah penerangan yang zizie baca di islampos.com, sebuah laman web islam indonesia.
zizie cuba ubah kepada bahasa melayu.. ada yang tak dapat diubah. sorry..


Istilah “mencuri dalam solat” yang biasa diungkapkan oleh ulama adalah merujuk pada sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Abu Qatadah,
“Sejahat-jahat orang yang mencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Para sahabat  bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana ia  mencuri dalam solatnya?” Beliau menjawab, “Ia  tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” Atau beliau bersabda, “Ia tidak meluruskan punggungnya ketika rukuk dan sujud.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, ath-Thabrani dan al-Hakim)
Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW mengkategorikan orang yang solat tapi tidak menyempurnakannya sebagai pencuri dalam solat. Di antara tanda pencuri dalam solat beliau menyatakan, bila ia rukuk dan sujud tidak sempurna; tidak sempurna dalam bacaan dan gerakannya.
Ibarat yang Rasulullah SAW tegaskan sebagai bentuk “pencurian” yang paling buruk adalah kerana biasanya kita memahami pencuri adalah yang  mengambil sesuatu yang bukan haknya, milik orang lain, bukan mengambil milik sendiri. Sementara orang yang mencuri dalam solatnya sejatinya ia mencuri miliknya sendiri; mencuri roh dan makna solatnya. Demikian  juga kerana ia mencuri yang sejatinya tidak boleh dicuri, yaitu roh, nilai, makna, ajaran Rasul dalam solat, yaitu khusyuk, thuma’ninah dengan menjaga kesempurnaan rukuk dan sujud.
Sebagaimana Rasulullah saw juga bersabda, “Tidak sah (tidak sempurna) solat seseorang, sehingga ia thumaninah ketika rukuk dan sujud.” (HR. Abu Daud).
 Ada ulama yang memahami thumaninah adalah dalam gerakan rukuk dan sujud, yaitu meluruskan punggungnya, dan ada juga yang menyatakan meluruskan punggung dan tenang dalam berdoa dalam rukuk dan sujud. Sayyid Sabiq dalam fiqih sunnah memaknai thumaninah, dengan diam beberapa saat setelah sempurnanya anggota-anggota tubuh (dalam gerakan sujud dan rukuk) dengan batasan  waktu yang diperlukan  ketika membaca doa tasbih.
Kerana pentingnya menjaga kesempurnaan rukuk dan sujud, terkait sujud misalnya, Rasul mengajarkan agar sempurna dengan sempurnanya anggota tubuh dalam sujud. Rasulullah saw bersabda,  “Jika seseorang hamba sujud maka ia sujud dengan tujuh anggota tubuhnya, wajah, dua telapak tangan, dua lutut dan dua telapak kakinya.”  (HR. al-Jamaah kecuali Bukhari)
Demikian Allah swt menganggap orang solat bernilai lalai, jika solatnya hampa dari pemaknaan akan subtansi solat, yaitu pengagungan Allah swt dan permohonan kepada-Nya (QS. al-Ma’un). Kerananya dapat difahami, bahawa roh solat dan kekhusyukan nescaya hilang bila  seorang tidak dapat menyempurnakan  rukuk dan sujudnya. Mengingat saat itu diantara subtansi solat hadir, yaitu pengagungan kepada Allah swt. Dan  Allah SWT melegitimasikan orang-orang mukmin yang menang di antaranya adalah apabila mereka  dapat khusyuk dalam solatnya (QS.al-Mukminun 1-2).
Semoga kita termasuk golongan orang-orang yang menang dalam solat, yang menyempurnakan, tidak lalai tapi khusyuk, dan tidak mencuri-curi dalam solat. Amin.

You Might Also Like

12 comments

  1. perkongsian jumaat yang bermanfaat.Tq Zizie..salam jumaat..:D

    ReplyDelete
  2. Allahhuakbar. terima kasih kak atas pekongsian tazkirah pada pagi ini. Insyaallah mudah-mudahan.

    Hm, tapi jangan pula kita bagi alasan "Buat apa nak solat, tapi khusyuk pun tak". Nauzubillah min zalik. Lebih baik tunaikan solat daripada tinggal solat kerana azab Allah jika tinggal solat. MasyaAllah sungguh azab :'(

    ReplyDelete
  3. thumakninah tu selalu kita tak jaga... nak cepat je

    ReplyDelete
  4. sekarang dah tahu tapi tetap tak ubah...jawab lha sendiri :)

    ReplyDelete
  5. ya Allah. baru la ni dengar pasal mencuri dalam solat ni T___T
    thanks for sharing kak zizie.

    ReplyDelete
  6. kdg2 menda mcm ni lah selalu kita terlepas pandang :)

    ReplyDelete
  7. Nice share... hehehe... thanks zizie... dpt ilmu sikit...

    P/s: Ais dh habis ke? hehehehehe...

    "Keep Smiling"
    ^_^

    ReplyDelete
  8. perkongsian dan peringatan yang sangt berguna.perbaiki amalan kita supaya amal ibadat diterima Allah.

    ReplyDelete
  9. Salam Jumaat, Alhamdulillah perkongsian Zizie amat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  10. sangat bermanfaat perkongsian ini.. semoga kita tak tergolong di kalangan orang yang mencuri di dalam solat..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.