Film Review : 3 Days To Kill

11.3.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!!

hari ini, zizie berjaya publish-kan film review : 3 Days To Kill.
hehe. bila mood kelaut, entri ditaip asyik ke laut. sorry :)


3 Days To Kill ialah sebuh filem action yang mengisahkan ejen CIA yang berpengalaman, Ethan Renner ( Kevin Costner) diberi tugas untuk menangkap Albino di dalam misi menumpaskan The Wolf. Walau bagaimana pun, ahli kumpulan Ethan telah tumpas di tangan Albino dan misi mereka gagal.

Daripada kejadian itu, Ethan mengetahui bahawa dia menghidap kanser otak dan kansernya telah merebak dan merosakkan paru-parunya. Ethan bersara daripada CIA dan kembali France untuk menghabiskan sisa hidupnya yang hanya tinggal beberapa bulan bersama-sama dengan anaknya, Zoey (Hailee Steinfeld).

Kehadiran Ethan tidak disambut baik oleh Zoey kerana tugas Ethan telah memisahkan Ethan dan anaknya sejak kecil lagi. Ethan berusaha untuk membina balik hubungan dengan anaknya melalui bantuan bekas isterinya. Pada ketika itu, ejen Vivi ( Amber Heard ) muncul dan cuba memujuk Ethan untuk memburu Albino yang berada di France. Sebagai ganjarannya, Vivi akan membekalkan sejenis dadah eksperimen yang boleh membantu Ethan untuk terus hidup.

Ethan menerima tawaran Vivi dan dalam masa yang sama Ethan cuba mendekatkan diri dengan Zoey. Dadah yang dibekalkan oleh Vivi memberi respon yang baik terhadap tubuh Ethan. Walau bagaimanapun, kesan sampingannya Ethan mengalami halusinasi dan kadang-kadang mengganggu tugasan hariannya.

Albino memulakan langkah dengan mengupah orang untuk membunuh Ethan. Ethan pula menggunakan orang dalam untuk mengorek rahsia tentang pergerakan Wolf. Ketika ini, pelbagai aksi lucu yang berlaku kerana Ethan telah berjanji kepada bekas isterinya bahawa dia akan berhenti daripada bekerja dengan CIA. Oleh itu, beliau terpaksa berhati-hati dan membahagikan masa untuk kerja dan menjaga anaknya. Dalam masa yang sama, Zoey mula menunjukkan sikap positif terhadap Ethan selepas kejadian dia hampir dirogol di sebuah kelab.

Sehinggalah suatu hari, Ethan berjaya bertemu dengan Wolf. Walau bagaimana pun, kesan dadah yang diambil mengganggu tugas Ethan dan nyawa beliau hampir melayang. Pada hari yang sama, Ethan dan keluarga menerima undangan ke majlis hari jadi teman lelaki Zoey. Di majlis tersebut, Ethan bertemu sekali lagi dengan Wolf. Wolf mengarahkan para pengawal untuk membunuh Ethan sementara dia melarikan diri keluar daripada France. Kejadian yang sama berlaku apabila sekali lagi penyakit Ethan datang menyerang.

Vivi muncul dan menyuruh Ethan untuk membunuh Wolf seperti yang dijanjikan. Ethan menolak kerana beliau telah berjanji kepada bekas isterinya dan akhirnya Vivi membunuh Wolf. Selepas kejadian itu, hubungan Ethan dan Zoey kembali seperti dahulu kala dan Vivi berterusan membekalkan dadah kepada Ethan.

Filem aksi ni, lebih kepada kekeluargaan.
Mesej yang cuba disampaikan ialah sesibuk mana pun si bapa, dia mestilah mengambil tahu tentang anak-anaknya. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang sedang membesar.
One more thing, zizie rasa watak Vivi ni semak pun ada jugak.. Vivi ni menampakkan imej seorang ejen semasa mula-mula sahaja. dan sepatutnya memang dialah yang kena bunuh The Wolf.
tapi, semua tugas diberi kepada Ethan dan dia senang lenang aje lagaknya.
dan cara dia under cover, sangatlah over..


7/10 untuk filem 3 Days To Kill.
berbaloi untuk ditonton!

You Might Also Like

13 comments

  1. kena tengok ni ada kevin costner. klik klik

    ReplyDelete
  2. Wah menarik kisahnya, nanti nak tengok la...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah malam dik...macam best jer cerita ni...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. jue bahagi 2 jela daripada markah yang zizie bagi.. amacam? hehe. worth to watch la. xboring.

      Delete
  5. Macam best, tapi saya ni jarang layan movie. Hehehehe.

    ReplyDelete
  6. wahhhhh movie baru...nak tengok~~ nak tengok~~~ :D

    ReplyDelete
  7. dah lama akak tak menonton wayang.. nampak menarik filem ini..

    ReplyDelete
  8. ee memang suka film genre macma gini. nak tengokkkkkk. hahaha.

    ReplyDelete
  9. wahh nice review ^_^ nanti nak tengoklah

    ReplyDelete
  10. huaaaaaaa :O
    Best gila niiiii ish nape qila tak tahu hiihihihihi nak tengokkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.