Tambahkan Manis Dalam Senyuman :)

7.3.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

perkara ni mesti dah ramai yang tahu..
bagi sesiapa yang tak tahu, anda boleh ambil tahu sekarang..

orang pantai timur suka makan makanan yang manis-manis..
kenapa?
sebab di pantai timur, terdapat ramai nelayan..
para nelayan memerlukan glucose untuk mengekalkan tenaga pada jangka masa yang panjang..

mak zizie suka buat kuih..
dulu-dulu, tiap-tiap petang mak buat kuih..
tak kira jenis..
tapi sekarang, dah tak rajin macam dulu sebab mak jaga cucu..

zizie suka benda yang manis..
sape tak suka, thumb down sikit.. hehe..
tetapi, tak semua makanan pantai timur yang zizie suka..
selain kuih yang manis-manis, terdapat juga kuih yang berkuah dan rasanya yang lemak manis.
biasanya kuih yang berkuah dan rasa manis sangat-sangat memang zizie tolak awal-awal..
contohnya bubur caca..
kalau makan satu mulut tu, kira zizie boleh terima lagi..

zizie suka kuih yang ada inti sekaya, rangup dan lembik-lembik..
contohnya karipap dan tepung pelita..
bagi la banyak-banyak confirm habis..

kuih tepung pelita yang menjadi pujaan hati :)
korang pernah makan nasi manis?
nasi manis ni memang famous..
zizie pun dah lama tak makan nasi manis..
nasi manis ni, kena makan masa panas-panas..
kalau makan masa sejuk-sejuk, keras kak abang oiii..
tapi, lepas makan tu, jangan lupa minum air kosong banyak-banyak..
jangan pergi tibai air manis pula..
kalau dapat kencing manis, tak tau..
kena potong kaki nanti.. hehe..

cik abam pun suka makan benda manis..
katanya nak jadi orang timur..
alahai.. so sweet..

tapi, ingat ye kawan-kawan..
kurangkan manis dalam permakanan..
sekali sekala tak apa..
lebihkan manisnya dalam senyuman..
YA ADIK MANIS! :)

You Might Also Like

19 comments

  1. Assalamualaikum zizie, wahh sodapnya. sheila suka kuih-muih ni... terliurnya tengok. hehe tapi tak reti buat, teringin nak belajar buat kuih. for now reti buat karipap dengan popia je. wakakaaaa ~~~

    ReplyDelete
  2. Saya orang timur dan saya tak suka manis sangat.

    ReplyDelete
  3. acik tak makan benda manis sangat nanti muntah..

    nasi manis tu macam mane ?

    ReplyDelete
  4. xpe manis2 pon, sebab kita ada budu,,hehe

    ReplyDelete
  5. eh kuih tepung pelitaaaa. kuih favourite saya! ^^

    ReplyDelete
  6. Lamenye x mkn tepung pelite. Biasa Cik B beli dkt Batu 6 je..

    ReplyDelete
  7. betul tu zizie.. kena tambahkan manis dalam senyuman.. hehe.. sedap kiuh-muih tu semua.. menabung visa dan line untuk zizie.. :D

    ReplyDelete
  8. Kuih tepung pelita. yumm! dah lama tak makan :d

    ReplyDelete
  9. lama tak makan, memang faveret ler kuih ni kalau balik kampung, hehe.. kurangkan manis, hilangkan diabetes, tambahkan manis senyuman, tingkatkan silaturahim, haha

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kuih tepung pelita.

    ReplyDelete
  11. nasi manis?? first time dgr.. ape kate tunjukkan rupenyee..hee~

    ReplyDelete
  12. Patut org belah sana manis2. Byk mkn manis2. Penah skali mkn ubi kayu sira gula..tobat xnk dah..hihi

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dan salam singgah sabtu di sini dik...akak pun suka makan kuih ni...lemak2 manis...

    ReplyDelete
  14. Sedap kalau kuih manis. Bukan makan selalu pun. Tapi kalau air manis, akak mmg kurang... rela minum air kosong atau air suam je

    ReplyDelete
  15. mak sy pun suka buat kuih..hehe..

    sy xsuka manis2 sgt..so..klo mak buat kuih..sy amek y pedas2 mcm pau sambal..tak pun karipap ke..hehe..;)

    ReplyDelete
  16. hihihi qilah suko benar ngae makanae hok manih ni <333
    hihihi
    sweetnyaa abam dia hikhik

    ReplyDelete
  17. Nanti zizie share la info dan gambar nasi manis tu, zumal tak pernah dgr sebelum nie.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.