Pilihan Dalam Kehidupan

6.4.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!


choose wisely in this life

hahaha..
apa tu?

buat pilihan yang terbaik dalam hidup..
kata-kata arwah kawan..

owh..
masih ingat lagi kata-kata tu ye..

kata-kata akhir..
of course la ingat.. 
dan saya pegang kata-kata tu.. 
cuma, memang susahkan nak buat pilihan..

susah ke tidak kita kena juga buat pilihan..
satu di belakang seribu di hadapan..
lain haluan, lain coraknya..

nice words.. macam arwah :)

kata-kata tu muncul secara tiba-tiba..
agak-agak, sempat tak kita berdiri di simpang sebelum "seribu di hadapan"?

masa depan tak boleh di jangka..
kalau nak tahu, kena la pilih jalan di simpang tu..
tapi, kena cekal, tabah dan ikhlas di jalan yang kita pilih..
insyaAllah kita akan jumpa apa yang kita patut jumpa..
dan kadang kala apa yang kita jumpa tu, satu benda yang tak dijangka..

sebenarnya, "satu dibelakan dan seribu dihadapan" tu umpama cahaya putih menjadi pelangi..
maksudnya kita selalu tak sempat memilih, tapi apabila dilalui pasti akan terasa kelainan, keindahan setelah kaca ditembusi..
belajar jangan terlalu memilih..

tapi.. sebelum cahaya putih jadi pelangi, akan ada hujan..

Ha..
itulah cabaran dan dugaannya..
hujan, kaca, embun..
ramai yang hadapinya..
kadang-kadang kita tak sedar yang kita lalui tadi adalah permata berlian yang Allah kurniakan kepada kita sebelum pelangi..
hargai apa yang telah kamu lalui..
andai kata kamu nampak apa yang bakal dilalui,
then you should choose wisely before the upcoming resistance..


nota zizie : cahaya tidak leka.. appreciate what you have today..

You Might Also Like

12 comments

  1. Kebanyakan manusia hanya tahu sesuatu itu berharga hanya apabila benda tu dah tiada. Bila kita tahu bahawa ia berharga barulah menyesal dan berduka. Lebih kurang dengan kisah yang saya kongsi di entri ini

    ReplyDelete
  2. Pucuk pangkal hati sebenarnya.. Kenal pandai memilih.. InsyaAllah.. Allah sendiri akan tunjukkan jalan :)

    ReplyDelete
  3. bersyukur dgn apa yang ada n pilih pilihan yang tepat niat kerana Allah adalah yg terbaik.. thanks sis for sharing nice entry ^^

    ReplyDelete
  4. seeking guidance from Allah swt. choose the best. and be tough to take all the challenges. inshaAllah. thanks kak for sharing this. <3

    ReplyDelete
  5. bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada masa sekarang..

    ReplyDelete
  6. deep word zizie.. hurmm... nice sharing zizie.. :)

    ReplyDelete
  7. takda kejayaan yang datang bergolek-golek kan ^_^

    ReplyDelete
  8. Hi..hoho engat lagi tak? Haha..
    Bagi aku senang je..Manusia ni akan menghargai sesuatu selepas sesuatu tu ilang..
    dah jadi lumrah yoo...

    ReplyDelete
  9. Pe pun pilihan dlm idup kne buat terbaik

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.