Throwback : Wednesdate With Le Girls

25.5.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

cerita ni berlaku pada rabu lepas. masa tu, zizie tengah teman kekawan buat kerja lapangan dan alih-alih serta macam biasa, dorang ni suka sangat plan mengejut. dah la cara menjemput tu macam gengster.

"petang ni, after zohor gi tengok wayang"

jadi bersardinlah kami berlima di dalam sebuah kereta viva manual. actually, ayu beria nak menonton X-Men : Days of Future Past. bila dah sampai ke GSC, waktu tayangan start pukul 7 la pulak. Ida dan Fong Fong Fong ada kelas pulak waktu malam.

Fahima, Ayu, Ida dan Fong Fong Fong
so, kitorang pun decide untuk tengok Godzilla dan.. termasuk kali ni dah dua kali zizie tengok Godzilla. haha. ikutkan ajela kepala diorang ni.

Bila keluar dari panggung GSC, dorang bagitahu kelas dorang dah di-cancel. Fong Fong Fong pulak excited nak tengok wayang lagi dan ajak kitorang tengok X-Men pulak. kesian dia ni. dah lama sangat tak keluar bergumbira. huhu.

Jadi, kitorang ke MBO sebab tiket selling fast pulak kat GSC tu. nak dinner pun sampai order benda yang sama sebab after makan nak solat maghrib lagi.

Bagi sesiapa pernah ke MBO di Melaka Mall, mesti tahu yang panggung wayang kat sini memang tak famous. Kalau korang nak tahu, masa kitorang nak masuk ke dalam panggung wayang, tak ada siapa pun yang jaga kaunter. Dan kitorang, "kalau macam ni, pakat masuk jela. lebih baik tak yah beli tiket tadi" hahaha! buat rugi RM 11 weolls je.


tercapai jugak hasrat ayu nak menonton X-Men. bukan apa, sehari before tu birthday ayu, so kalau ayu tak dapat tengok cerita yang dia inginkan, rasa kesian la pulak kat dia.

Dalam panggung wayang, kitorang buat macam panggung wayang sendiri. al maklumlah, kat MBO tak ramai orang. So, kitorang pun duduk jela kat mana kitorang suka. haha.


untuk cerita X-Men, zizie bagi 4 bintang. well, X-Men yang sebelum ni pun zizie tak tengok lagi so, macam ada ketidak-lengkapan di situ.
Godzilla zizie kasi 3.5 bintang. somehow, cara godzilla tu berlawan macam tak kena. zizie lebih suka tengok godzilla kartun punya. hehe.


next time, kalau nak tengok movie dua kali, Fong Fong Fong mesti belanja kitorang! hahaha.
kenapa kitaorang panggil the amoi Fong Fong Fong? zizie ingat lagi dia kata macam ni, "mesti panggil saya Fong Fong Fong sebab saya anak ketiga", hahaha!

You Might Also Like

24 comments

  1. Hehehe..lucu kawan zizie tu...nak panggil kena ikut no bil anak dalam family ye., bayangkan kalau anak yang ke 12..bergembira ye tengok wayang..hehe..tak apa asalkan tak abaikan yang wajib..

    ReplyDelete
  2. Halllooo.. X-men.. berbaloi tak tengok? 4 bintang daripada 5 bintang or 10 bintang?? Lama nau tak tengok pilem nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4/5 bintang. Bagi saya, berbaloi sebab plot cerita dia menceritakan apa yg berlaku pada masa depan tak sama dengan cerita xmen yang sebelum ni.

      Delete
  3. wahhhh... wan nak tengok xman gak :(

    ReplyDelete
  4. Wah bestnyer ada aktiviti dengan kawan2 camtu :))

    ReplyDelete
  5. mbo melaka mall xbest ker?hurmmm so kalau nk tgk wayang kat mana yg best kalau kat melaka tu?
    xmen terbaru ni blom sempat lg nk tgk...esok agaknya ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya di GSC Jusco Aeon atau di Dataran Pahlawan.

      Delete
  6. oic.. ingat ad kaitan ngan y lepas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. So, xmenjadi masalah kalau xpernah tengok xmen yang sebelum ni :)

      Delete
  7. Teringin nak tengok xmen. Dah la spiderman tak tengok lagi. Oke la tu cinema tak pemes, still ada, kat besut ni langsung tak ada. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xyahkan besut, kuala terengganu pun tak ada.. huhu..

      Delete
  8. saya pun teringin nak tengok x men juga. Hahaha, patutnya tak payah beli tiket. Jimat duit. XD

    ReplyDelete
  9. Nangis ngan kakak nak tgk spiderman, skali kat ternet dah keluar. So tgk kat ternet. Ni nangis lak nak tgk xmen. Tak sempat pulak. Byk keje wuuu...T_T

    Seriously zizie, wayang tu xde org jage? Lain kali masuk je. Wat muke tak bersalah. Haha

    ReplyDelete
  10. bestnyaa da tgok xmen.. hmmm.. nk tgok hugh jackman!!! hehehe

    ReplyDelete
  11. Nak tengok X-Men juga! hahahaha. Bilalah boleh tengok

    ReplyDelete
  12. bestnyaaaaa~ nak ikut.... hahahhaa

    ReplyDelete
  13. Seronoknya bergumbira! :) Arol orang Melaka. Tak sangka pulak panggung wayang kat Melaka Mall tue dah tak ramai orang sekarang. Dulu pergi ramai jugak beratur kalau nak beli tiket. Tapi Arol dah lama tak tengok wayang, so mungkin memang dah sunyi sekarang panggung wayang Melaka Mall tue. :D

    ReplyDelete
  14. masak la kalau panggik kak Sally...jenuh! hahaha...

    dulu selalu je buat kerja gila..masuk keluar cinema...tp time tu kawan kak sally jaga..hahaha

    ReplyDelete
  15. tak sabar nak bergumbira macam y'all lpas exam..:D manyak syiok

    ReplyDelete
  16. ingatkan nama kawan akak tu memang fong fong fong -_- hahahaha

    ReplyDelete
  17. ingatkan nama kawan akak tu memang fong fong fong -_- hahahaha

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.