My Last Holiday : Taiping!

21.6.14

[scheduled post]
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

nak throwback percutian masa study week awal bulan (Jun) yang lepas. okay okay, sebelum tu zizie nak ubah sikit mindset sesetengah orang. tak semestinya bila orang balik rumah atau kampung atau bercuti, dia tak study terus. tengok ni, cuti pun study tau walaupun yang masuk kepala 30%. haha.


cuti yang lepas, lebih kepada menemani angah zizie yang tersayang. kesian dia, dahlah tiap-tiap hari kena cucuk heparin, lepas tu cuti sekolah tak pergi jalan-jalan sebab abang ngah kena duty. sampai angah sanggup sponsor ticket sebab nak zizie ke sana.

basically, cuti selama empat hari tu, study, makan, pergi jelalan. nothing special sangat sebab zizie memang nak cuti yang santai-santai aje, gosip-gosip dengan angah ala-ala luah perasaaan dan sebagainya. cerita bercuti kali agak memboringkan. kalau tak sanggup, sila lari laju-laju daripada blog ini. hehe.


my favourite all the time is Daim. banyak betul la stok angah ni, almaklumlah duduk berdua aje, tak ada sape nak makan. first time zizie cuba pepero, rasa macam..... biasa je! Rocky lagi sedap kot.. para peminat pepero, jangan marah ye. this is my tastebud :P

malam kedua di sana, abang ngah bawak kitorang ke Gate Cafe. perkena Chicken Chop gittuuu..


kitorang bertiga ni, lain-lain selera. sizling untuk zizie, grilled untuk angah dan fried untuk abang ngah. jangan tanya zizie berapa harganya sebab tukang bayar mestilah abang ipar ai tu. hihihi.

i miss you so much sister and brother.

keesokkannya, teman angah ke ekspo buku di Taiping Sentral. bukan setakat beli buku, meluncur laju ke dalam butik First Lady pulak. hahaha.


nak gelak pun ada dengan gelagat angah ni. buku untuk bakal baby pun dibelinya. andak harap, baby tak malas membaca sebab umi you sangat garang tau. hahaha.

pada hari terakhir, berpeluang juga zizie merasa Mee Udang tetapi, kali ni di kedai Mak Teh.


walaupun kuantiti udang tak sebanyak di kedai Mak Jah, rasa kuah Mee Udang Mak Teh sangat sedap. kalau sukakan udang, Kedai Mak Jah la pemenangnya, tapi rasa Mee Udang, kedai Mak Teh lagi sedap. dua-dua kedai ni penuh tau dengan para pelanggan mereka.

malamnya, kami mentekedarah di Lazzad Cafe. sebenarnya, Lazzad Cafe cuma bersebelahan dengan Gate Cafe.


kitorang cuba makan nasi ayam hainan di sini dan pekena sate ayam, daging dan perut. sedap!! selalunya kalau makan nasi ayam, tak semua ikut selera zizie. tapi nasi ayam di Lazzad cafe boleh tahan sedapnya. satenya pula lembut.

itulah percutian zizie ke Taiping. masa nak balik tu, abang ngah cakap, "kalau hang nak makan-makan, hang mai taiping. nak kasi hang gemuk". hakhak. takleh terimala tu orang dah kurus. hahaha.

You Might Also Like

6 comments

  1. tak pernah makan pepero. hehe.

    ReplyDelete
  2. meja study awak sebiji macam saya nye masa tinggal di rumah sewa dulu hihi

    ReplyDelete
  3. Nasik ayam hainan. Febret ana tuh. Sedapnyee..tak semua kedai sedap. Plg sedap ana pernah makan kat seremban je. Tu pun jauh naik ktm, turun teksi. Semata2 nak nasik ayam hainan paling terbaik. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Semua makanan nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  5. akak ni mmng sengaja tau nak buat kite jealous tengok makanan tu :P

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.