#18 : Feels Better

25.6.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Manusia ni berbolak balik perasaannya. Kadang kala sukar ditafsir oleh tuan empunya diri sendiri. So do I. Orang nampak kita senyum, ketawa tetapi apa yang ada di dalam hati dan bermain di fikiran adalah sebaliknya.

"Get your treatment" and "Distract your mind"
"Dapatkan rawatan anda" dan "Alihkan tumpuan anda"
Dua perkara berbeza yang boleh dilakukan.

Alihkan tumpuan atau Distract your mind ialah perbuatan mengalihkan tumpuan daripada masalah. Selalunya, menonton movie, mendengar muzik, keluar bersama-sama kawan dan shopping ( untung kau banyak duit ).

Manakala mendapatkan rawatan ialah dengan mendekatkan diri dengan Allah, berjumpa dengan kaunseling dan berkongsi dengan sahabat atau keluarga.

Menangis ialah perbuatan meluahkan perasaan. Menangis sebab gembira pun ada kan. Tak semestinya menangis kerana duka sahaja. Selalunya, menangis kerana gembira disebabkan individu tersebut lepas daripada rintangan yang sukar baginya. Kalau suka-suka, itu gedik namanya. Hehehe.

Bagi zizie, zizie lebih suka menangis dan distract my mind. Rawatan tu ada tapi minimum. Zizie ni bukannya jenis share my problems to random peoples sebab manusia ni bukan kita boleh percaya sangat. Tak sampai satu jam, semua orang boleh tahu masalah kita. So, I better keep it by myself!

Beban tu akan dibawa ke mana sahaja. And it'll never end. Bukan senang nak keep it simple like nothing happened before. Tapi, takkan nak affect orang lain disebabkan masalah kita. So, I distract myself with other things.

Kalau ada orang nak hangout dengan zizie, barulah zizie keluar. Zizie takkan cari orang untuk hangout sebab takut pulak dicop bila-kau-ada-masalah-baru-kau-nak-cari-aku. Padahal, ramai je yang buat cenggitu kat kita ni. Takpelah. Orang boleh buat sesuka hati kat kita. Kita je tak boleh buat sesuka hati kat orang lain.

Tidur pun salah satu untuk mengalihkan tumpuan. Ada yang anggap ini ialah rawatan. Bagi zizie, tidur ni ubat penenang selepas menangis, lepastu bangun dengan bloated face.. hihi.

Last but no least, dekatkan diri dengan Allah. We don't need to spill out everything to Him because He knows everything. "Sebaik-baik teman bicara dan sebaik-baik pengubat hati ialah Allah S.W.T".

How about you?

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

11 comments

  1. betul tu kak :) sama laa,, yaya pun suka menangis . dah nages lepas tu tido .. ada stu lg, nak keep calm kan diri yaya, yaya suka pergi mandi, lepas mandi rasa mcm fresh .hee .. yg pntg terapi kan diri dgn Allah :)

    ReplyDelete
  2. Setuju. Sebaik-baik tempat meluah ialah pada Allah. :) Luah pada insan, belum tentu dapat tenangkan diri. In sha Allah.

    ReplyDelete
  3. Emosi paling tak menentu adelah kaum hawa. Huhu..pasni nak jadikan zizie sbgai teman hangout lah.. :D

    ReplyDelete
  4. K nrl pun jenis jarang luah perasaan... hehe

    ReplyDelete
  5. Saya bila dah terlalu banyak masalah / suatu masalah tu tak tertanggung, tak kuat nak hadapi, confirm menangis. :D

    ReplyDelete
  6. tak suka menangis... suka menjerit sekuat hati... ;)

    ReplyDelete
  7. kalau boleh diselesaikan sendiri..kita selesaikan perlahan2..nak cerita kat orang pun boleh cerita je la..kan??
    mengadu kat Allah lebih baik..

    ReplyDelete
  8. CT pilih menangis jugak kot. duduk sorang-sorang and cakap sorang-sorang then nangis. rasa lebih okeh daripada luahkan kat orang. kekadang diorang tak faham pun..

    ReplyDelete
  9. Kalau saya, saya guna je semua cara.

    ReplyDelete
  10. kalau kite nangis puas2 dulu lepas tu baru tido. tapi lpas bangun tu comfirm nangis balik T_T

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.