#21: Di sebalik itu..

30.6.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. seronoknya tahun ni, zizie dapat berpuasa di rumah. Kawan-kawan yang praktikal di perantauan, jangan menangis ye. Nak suruh zizie post gambar juadah di rumah pun boleh, tapi jangan menangis. Hehe.




Ini gambar daripada tempat praktikal zizie. Di sebalik pulau kecil yang tak berpenghuni tu, terletaknya kampung zizie. Mak zizie ajar, kalau orang tanya duduk kat mana, bagitahu Pulau Duyung. Bila orang tanya Pulau Duyung belah mana, barulah bagitahu Pulau Ketam.

Duyung vs Ketam

Kampung zizie yang sebenar ialah Pulau Ketam. Mesti confuse dengan Pulau Ketam di Selangor tu kan? Hahaha. Actually Pulau Ketam dan Pulau Duyung berada di atas pulau yang sama. Asalnya, Pulau Ketam ni pun, sebahagian daripada Pulau Duyung. Pulau Duyung ni pulak terbahagi kepada tiga : Kelab Aya, Duyung Besar, Duyung Kecil. Sehinggalah di bahagian kampung zizie tu, banyak sangat ketam-ketam kecil tu. Sebab tu la terbahaginya Pulau Ketam.

Sesiapa yang pernah ke Masjid Kristal dan pandang ke seberang sungai sana, itulah kampung zizie. Kalau ke Pasar Payang, akan menghadap Pulau Duyung.

Pulau Duyung ni yang mana? Siapa pernah dengar Monsoon Cup, pertandingan kapal layar? Monsoon Cup tu berlangsung di Pulau Duyung.

Zizie nak ceritakan kedudukan kampung zizie ni, rasa macam fail sikit.. oh, by the way, untuk ke kampung zizie tak perlu pun naik bot atau lalu jalan laut. Pulau ni disambungkan dengan Jambatan Sultan Mahmud. Kalau dulu, kat situlah terletaknya Tol Kuala Terengganu.

Nota zizie : hati meronta-ronta nak ke blog korang. Tapi, kuota nak habis dah ni :'(

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

9 comments

  1. ohhh myyyyy ika pernah pergi dengan asyraf tahun lepas..huhuhu
    tp tak masuk laa ke kampung ziee....boleh laa p lepas ni hiks ;)

    ReplyDelete
  2. Oh..fening kepala. Pulau ketam, pulau duyung tu kat ganu ke zizie? Btw ana ni memang jahil sikit bab tempat2 kat msia ni.

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    wah dah berpraktikal dah good luck :)
    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak

    ReplyDelete
  4. ketam, duyung. comel-comel sungguh nama tempat tu.

    ReplyDelete
  5. arghhh! teringinnya nak pergi terengganu... macam best je kampung akak tu..

    ReplyDelete
  6. Dekat Terngganu ke? Teringinnya nak pergi Terengganu :D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kan dapat berpuasa dengan family... Zumal pun bersyukur tahun nie dapat berbuka dengan tok, tahun lepas zumal tak berkesempatan berbuka di rumah... Salam Ramadhan yer Zizie ;)

    ReplyDelete
  8. kite langsung tak tahu sbb belum pernah jejak kat situ lagi hihi in shaa allah satu hari nanti :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.