#6 : Looking For You

6.6.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

berat sungguh tajuk dia untuk diulaskan. ni yang kekadang senak perut nak cuba 30 Days Blog Challenge. dia suruh ulas bab cintan cintun pulak. bukan apa, takut ada yang muntah darah bila baca sebab kalau dah masuk bab cintan cintun, kena amik mood romantis. haih, tetiba nampak imej colour pink. muahaha

luckily even parents zizie orang kampung, di mana kalau masuk bab drama kononnya golongan yang kolot, dorang tak adalah sampai nak jadi matchmaker, cupid dan tetapkan pasangan anak-anak mereka. even my parents tak reti guna handphone & laptop, abah pernah berkata, "abah tak nak carikan pasangan untuk anak-anak abah. tapi jangan bawak balik menantu perangai serupa hantu sudahlah". 

ayat mak lagi mithali, "mak bukan setakat nak menantu, tapi mak nak anak menantu". maksudnya, bukannya bakal menantu tu setakat menjadi pasangan anak-anak tetapi layan mak seperti mak sendiri dan mak pun boleh layan macam anak sendiri. then, zizie tanya mak, "aik mak, anak sepuluh orang tak cukup ke?" hihihi.


okay, so nak bawak menantu untuk my parents yang perangai bukan macam hantu dan boleh dibuat macam anak sendiri. tudia, serupa macam nak beli anak patung kat pasaraya.

bagi zizie, ayat, "cukuplah dia dapat menerima saya seadanya" sangat klise dan tak pernah wujud dalam dunia ni. okay, kalau ada pun, our parents & siblings je kot yang terima diri anda seadanya. tu pun, puaih mak ngan abah hingaq kat ceq suruh belajar memasak. muahaha. you'll try to change at least one criteria about your partner. at least.

kalau ikut nafsu perempuan, nak yang handsome macam jack frost, badan ala-ala brad pitt sudah la, penyayang macam aaron aziz, pandai macam sheikh muzaffar, pandai menyanyi dan main gitar macam lee jong hyun, blaa.. blaa.. blaa..

for the demanding parts, first memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
lelaki, islam, akil baligh, waras, bukan suami orang dan berkemampuan.
second, tahan lasak dan berjiwa kental. sebabnya, zizie ni unpredictable. kejap-kejap jadi ironman, pastu black widow, pastu hawk eyes, tup tup incredible hulk, jeng jeng jeng captain america dan suddenly bertukar kepada thor. sadis lagi kalau bertukar jadi loki. nampak tak the guy kena kental macam mana. hahaha.

and from my previous relationship with XY, jangan terlampau memilih. yela, nak cari teman hidup semati setia hujung nyawa, mestilah memilih. tapi, sebelum kamu berjumpa dengan mana-mana insan, jangan la mulut tu celupar, "eh, simpang malaikat 44 la aku tak nak yang jenis cenggitu cenggini". yang cenggitu cenggini la yang korang akan dapat. betul tak kakak-kakak yang tengah pegang anak? hihi.

as a conclusion (dah macam buat report), ceq nak hat yang pandai tackle perangai ceq yang suka berubah-rubah ni ja. dan dan dan, memenuhi permintaan my parents. okaylah, letak sikit ayat islamik, yang akan membantu zizie untuk ke jalan yang benar. Love till jannah. chewah. first time zizie guna ayat love till jannah. haha.

nota zizie : ini cuma pengalaman zizie. kalau tak setuju takpe sebab kisah cinta kita berbeza.

You Might Also Like

11 comments

  1. Adik beradik 10 orang ke? Ramainya. Mesti best gila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.. pastu pening sebab bilik tidur xcukup. Hahaha.

      Delete
  2. Haha..of course la nak yg perfect. But kita ni xperfect. Masuk maka Zizie mybe nak menantu yg sporting gitu. Hew3 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya, xde manusia yang perfect ana.. acane tu.. hihihi.. xpe.. jodoh rahsia Allah kan ;) ana, kenapa typo teruk? Hahaha

      Delete
  3. kalau kite nak macam muka lee dong wook maybe :P bhahahah. kalau my mom & nenek lain tau akak,cerewet sangat kalau masuk bab menantu ni ehh masih bawah umur lagi :P hahaha

    ReplyDelete
  4. kami adik beradik 8 org ahaha XDD

    owh ayat... mmg parent yg baik.. tapi tadi tersalah anggap deh.. masa terbaca nak anak menantu.. ahahaha ingatkan nak cucu (maksud nyalah) rupanya nak menantu yg leh anggap cam anak sendiri ahahaha :3

    insyaAllah :) dapatlah nanti tuh.. baca doa tiap kali lepas solat, mintak suami lagu tuh.. :)

    ReplyDelete
  5. ramainye adik beradik zizie.. meriahh....hihiiii... setuju dengan zizie.. anis pon kadang2 ade mase jadi hulk jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kak Zizie pun minat Jonghyun ke ? Ishhh. Hahaha. Semoga akak jumpa dengan idaman hati yang faham akak. Heheheh

    ReplyDelete
  7. Moga mendapat jodoh idaman kalbu yer Zizie :))

    ReplyDelete
  8. ok lagi 10 orang. Macam pak cik saya, anak dia 12 orang. haaa. Amek kau. Produktif sungguh. hihihi.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.