4 GAYA TUDUNG ONLINE PALING VERSATILE

19.7.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Kurang sepuluh hari, kita akan menyambut bulan Syawal pula, bulan di mana umat Islam meraikan kejayaan setelah berpuasa selama sebulan. korang dah beli baju raya, kasut raya dan tudung raya?

Apabila bercakap mengenai tudung, memang ramai sekarang wanita sudah mula bertudung. Begitu juga dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air Umie Aida, Ziana Zain, Neelofa dan ramai lagi. Apa yang lebih menarik, terdapat juga banyak koleksi dan rekaan tudung yang boleh anda dapati di pasaran. Ada yang boleh dibeli terus di kedai dan juga koleksi tudung online daripada butik-butik online.

Menyentuh mengenai rekaan tudung atau gaya tudung yang semakin moden dan unik, kebanyakkan wanita memilih 4 gaya tudung dianggap paling versatile dan mudah digayakan. Apakah 4 gaya tudung tersebut? Jom kita lihat!


1.      Tudung Syria

Gaya tudung ini merupakan yang paling mudah dipakai dan dilihat paling kerap digayakan oleh wanita tidak mengira usia. sarung saja, dah selesai.


2.      Tudung Lilit (shawl)

Gaya tudung kedua juga ini turut menjadi pilihan utama para wanita lebih-lebih lagi golongan muda. lilit, lilit jugak. tapi, labuhkan menutup dada ye.


3.      Tudung Sarung @ Hoodie

Untuk wanita yang sentiasa sibuk dan menggemari gaya yang ringkas, tudung sarung atau jenis hoodie adalah gaya yang paling ideal.


4.      Turban

Seterusnya adalah gaya tudung turban yang kerap digayakan oleh penyanyi terkenal Alyah dan Yuna. Gaya yang ranggi ini amat sesuai untuk anda yang ingin menghadiri majlis-majlis istimewa. Zizie panggil, gaya Afrika. hehe.


So, untuk pilihan tudung online yang menarik dengan harga yang berpatutan, luangkan masa korang untuk layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga. ZALORA menyediakan pelbagai koleksi tudung yang pastinya menepati citarasa. Alang-alang, boleh la shopping untuk beraya! 

You Might Also Like

16 comments

  1. Akak belum beli apa apa pun zie..last minute la insyaAllah..tak kisah nak mengikuti aliran fesyen asalkan tidak meletakkan syariat di tempat terkebelakang..ilham untuk mereka cipta tudung itu dari Allah untuk sesiapa saja..dan ujian untuk kita adalah jangan sampai lakukan kesilapan sewaktu membeli..berlapang dada itu bagus..yang tak molek bila dedah dada..

    ReplyDelete
  2. Tak pandai nak pakai yang lilit-lilit ni. Bawal lagi best. hehe.

    ReplyDelete
  3. Izz pakai tudung bawal 5 ringgit je nanti raya. Hahaha. Tudung dah bersepah dlm almari. Mak pun dah marah2. Raya ni pakai yang dah ade je.

    Btw, izz pun suka pakai syria. Senang and cepat. Heheh

    ReplyDelete
  4. iqa x minat gaya tudung urban. ahaha

    ReplyDelete
  5. ika prefer bawal, syria and shawl heeee..tp shawl jarang2 juga pakai sebab mencik kalau dy senget benget sana sini...nti masa lbih kt nk betul tudung je..leceh..haha

    ReplyDelete
  6. Macam2 stail yer... Memang menarik ^_^

    ReplyDelete
  7. yang zizie kata gaya afrika tu, adik sy panggil gaya speaker atas kepala. celah mana dia tengok benda tu mcm speaker ntah. haha!

    ReplyDelete
  8. teringin nak bershawl huuuu

    ReplyDelete
  9. mumme susah sikit cr tudung this year sbb ketinggalan dr org lain...twist,syiria,L...jenuh mencari...

    ReplyDelete
  10. malas nak berhabis masa depan cermin semata-mata demi tudung ahaha XD
    pakai tudung sarung je, lipat sini sana, ok done XDD
    hehe..
    kan3 turban style tuh puan dekat Africa yg pakai :)
    kalau laki pakai turban tak kisah sgt :)

    ReplyDelete
  11. Simple senang pakai cepat dan selesa menjadi keutamaan hehehe

    ReplyDelete
  12. zizie pkai stail ape raye nnti??hehe...

    ReplyDelete
  13. hahahah.... gaya afrika... tp memang betul punnn dulu wan pon takutau nama mende alah tu.... wan panggil dia topi negro je.... hahahahahahah

    ReplyDelete
  14. akak selesa bawal n wide shawl je skang

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.