Dengue Fever

20.9.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Minggu ni, terabai jugak blog ni. bukan sebab zizie busy tetapi zizie kurang sihat. bukan kurang, memang tak sihat langsung.

Yang paling menyedihkan, zizie start tak sihat masa hari jadi zizie. menangis tak berlagu jugak la sambut hari jadi dengan penyakit. zizie ingatkan demam biasa aje sebab zizie kalau demam tak pernah melarat. tapi sampai zizie tak boleh tidur malam dan badan zizie sakit-sakit. pukul 4 pagi, terus ke hospital, buat ujian darah and taraa.. dapat kad denggi.



since my platelet is still normal, doc suruh buat check up kat klinik after two days. platelet menurun sampai 169. rutin tidur tak payah cakap la. setiap jam akan terbangun sebab tak tahan dengan sakit badan. sampai dah berguling-guling zizie dibuatnya. suhu badan lak kejap panas, kejap sejuk, kejap sejuk, kejap panas. bila zizie sejuk, sendi-sendi kat kaki sakit tahap rasa nak tendang orang aje.

masuk hari ke-4, memang zizie dah flat habis and i got the other symptom ; sakit belakang mata. cubalah tanya doc sama ada boleh masuk wad ataupun tak sebab zizie duduk di perantauan dan tak ada orang boleh jaga. nak jaga diri sendiri pun terseksa kot. but, doc bimbang hospital akan suruh balik since platelet zizie masih atas 100 dan almaklumlah, pesakit denggi makin bertambah so no vacancy la.

disebabkan keadaan zizie dah lemah, doc suruh amik iv drip. bengang pulak hati ni, dah minum air sampai 3 botol besar pun blood concentration naik jugak.



after diskusi yang memeningkan kepala dengan parents chum kakak zizie, akhirnya zizie buat keputusan untuk teruskan rawatan di Terengganu. bukan apa, kesian pulak kat parents zizie nak datang melaka semata-mata nak tengok keadaan zizie dalam 2,3 hari. dahlah bukan senang nak tinggalkan rumah dengan adik-adik yang masih bersekolah. at least, mak boleh jaga sampai sembuh.

hari ni, masih lagi ke klinik untuk buat ujian darah dengan harapan platelet naik sebab demam zizie dah kebah, makin menurun adalah! adoyai.. nurse pun dah keliru nak cucuk tangan belah mana untuk ambil darah. rasa macam nak letak tag je kat tempat cucuk tu sebab takut zizie pun dah lost count kat mana dorang cucuk zizie. hehe.



kawan-kawan zizie pulak, tak habis-habis tanya dah okay belum. alamak. kalau denggi tu boleh sembuh dalam satu hari, zizie sanggup jadi bahan eksperimen untuk dorang buat antidot. kalau nak tahu guwa okay, nanti guwa announce kat fb,instag and twitter. (guwa memang baran bila tengah sakit)

terima kasih sangat-sangat kepada doc yang consult zizie dari hari pertama hingga tadi. memang cara dia bekerja sangat marvelous. sampai MA yang tak jumpa kad rawatan zizie pun dia boleh marah-marah.

sekarang badan zizie dah start gatal merenyam dan bintik-bintik dah muncul. zizie cuma tunggu ketibaan parents je untuk pulang ke Terengganu.

Bye. nak sambung garu badan!

You Might Also Like

23 comments

  1. La ba'sa Thohurun, InshaaAllah..
    Tidak mengapa, semoga dapat membersihkan kamu daripada dosa, inshaaAllah ^^

    Syafakillah dan Sanah Helwah!
    (Get well soon and Happy Birthday)
    Kalau denggi maknanya kena minum air mineral banyak2 la kan?

    ReplyDelete
  2. Oh my... Ya Allah berita tak baik TT^TT
    since misaki tak pernah rasa benda nih, misaki tatau nak cakap apa, tapi fighting!!

    misaki taknak tersalah cakap :)

    so,jgn bagi badan lemah!! kalau rasa sakit kata tak sakit and ikut saranan doktor..

    hurm anyway camne leh dapat? sini pun byk namuk, Misaki sampai fobia nak masuk toilet malam2 semata2 nyamuk byk.. nasib dalam bilik tdow tadak nyamuk TT^TT

    anyway semoga Allah cepat sembuhkan Zizie.. :D banyak2 kan doa.. hurm apa kata try minum air zamzam dgn niat nak sembuh dari penyakit denggi and hope platelet semakin cepat dgn izinNya.. insyaALlah.. manalah taw :D sebab zam2 kan air ubat :)

    Misaki tak pernah kena sakit mata, tapi hari raya ritu, dia mcm nak start sakit mata taw, start from my mom.. so sbb rasa takut sgt.. terus amek air amzam dgn niat pastu sapu kat mata.. alhamdulillah deg hendakNya, takdak sakit mata :D hehe

    jgn marah2 k.. :)

    ReplyDelete
  3. Moga Zizie kembali sihat yer. Patut la lama tak update. Banyakkan berehat k...

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee kasihannya. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. zisie kena denggi ke?? kesian zizie.. cepat sembuh taw.. patut la tgk kat fb ayat2 sedih..sabar ye.. anis pon baru lepas elok keracunan makanan..

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah..kesian adik akk ni..sabar zie..Allahuakbar..cabaran mula smstr baru ni..moga terus tabah dan cekal,,

    ReplyDelete
  7. bahayanya denggi. sekarang ni mmng musim denggi. banyak gila nyamuk :(

    kawan saya penah kena denggi, dia kata seksa sgt terbaring kt hospital 2 minggu. tiap2 hari kne cucuk utk check darah. takut lak saya dengar..

    get well soon kak zizie..

    ReplyDelete
  8. Akak demam denggi. Patut lah tengok gambar kat insta. Cepat sembuh tau akak. Iz doakan !

    ReplyDelete
  9. bahaya nya enyakit tuh...penyakit itu dtgnya dr Allah...get well soon...keep calm and doa bnyak2.......abistuh sakit sakit nih cmana hapdet blog?

    ReplyDelete
  10. Dugaan tu Zizie. Sabar ye. Banyakkan minum air. Kat area ana, suspek denggi pun kene tahan wad seminggu. Hampeh betul. Semoge Zizie cepat sihat. :)

    ReplyDelete
  11. semmoga cepat sembuh ye adik..

    abg nak share artikel funny bg adik sihat

    http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/3-perkara-yang-boleh-menjatuhkan-sebuah.html

    ReplyDelete
  12. Semoga epat sembuh..Bahaya kena denggi ni..nak sembuh pun lama ..jadi baik dekat dengan keluarga..mudah sikit diaorang nak menjega..kan??

    ReplyDelete
  13. kesian nya kat zizie.. get well soon dearrr... Allahh tgh uji zizie.. sabar yee... :D

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sembuh zizie. Akk kena denggi ni tahun 2013. Mmg lemah badan. Jangan lupa makan sup ketam, minum air masak banyak. Ketam tu cari ketam nipah tau..take care..=)

    ReplyDelete
  15. syafakallah kak zizie!! nnati kalau dah sihat sambung buat blog tau..heheh

    ReplyDelete
  16. ada 3 petua untuk pesakit demam denggi.

    1 - sup ketam / ketam rebus. hirup sup tu, makan sekali ketam tu. ari2 la kalau boleh. pg, tengahri & malam.

    2. air rebusan daun betik.
    part nei schaz xpasti pucuk betik ke, daun ke..tapi jangn pulak amek daun yg tua. 1 hari sekali je. orang kate dpt 1 hari 1 sudu pun dah boleh bunuh kuman denggi.

    3. air kelapa xjejak tanah. kalau rumah ade pokok kelapa..time petik tu (kalau pokok rendah) pegang..jangan bagi jatuh kena tanah. time nak kopek tu baru letak xpe.

    schaz hampir 2 minggu lebih demam denggi. amalkan yg no 1 & 3 ..no 2 tu cam xsanggup nk minum rasanya. hehe

    ReplyDelete
  17. Take care dear. Akak doakan adik cepat sembuh :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.