Kes Samun

8.9.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Pagi tadi, baru nak punch card kat mak yang zizie dah nak start kelas untuk sem baru. tapi, abah yang angkat sebab mak ke pasar tani. terkejut betul dengar berita daripada abah. memang tak pernah terjadi lagi kat mana-mana ahli keluarga zizie. malang tak berbau berlaku kepada kakak zizie.

alkisahnya, kakak zizie nak buka klinik tempat dia bekerja pada waktu malam. tiba-tiba datang seorang lelaki bertanya, "doktor dah sampai?". kakak zizie jawab la belum. tiba-tiba dia pegang handbag kakak zizie. kakak zizie marahlah si lelaki tu dan lelaki tu terus keluarkan pisau dan ugut kakak zizie untuk bagi handbag tu.

kawasan kat situ, memang sunyi dan kalau menjerit minta tolong pun tak ada orang yang boleh bantu. kebiasaannya, pukul 8 malam tu waktu dinner.

yang anehnya, ada juga perasaan perikemanusiaan dalam diri penyamun ni. lepas tu, orang kampung zizie terjumpa handbag kakak zizie di jambatan kampung zizie. mungkin dia tengok i/c kakak zizie dan buang handbag tu di kampung zizie. yang hilang adalah handphone, wang tunai, road tax dan kunci motorsikal.

belum sempat nak tanya keadaan kakak zizie tu, tetiba kredit habis la pulak... tapi, Alhadmulillah la kakak zizie tak diapa-apakan. hilang wang ringgit tak apa lagi. kalau hilang nyawa, macam mana nak ganti?

kepada kaum wanita terutamanya, sila berhati-hati ye. kalau nak ke mana-mana, bawaklah teman. manusia sekarang ni dah advance sangat. lelaki pun ada yang jadi mangsa rogol. isk isk isk.

You Might Also Like

19 comments

  1. aduhai takutnyee.. syukur kakak zizie selamat.. macam2 kes skrg..

    ReplyDelete
  2. orang sekeliling tak boleh percaya sangat sekrang ni..

    ReplyDelete
  3. kalau saya jadi kakak zizie sy lawan bermati-matian......jahat betul si penyamun tuh buli org yg lemah...
    baru nak start sem baru?tahniah..belajar kat mana?

    ReplyDelete
  4. Bahaya betul sekarang ni yer Zizie... Kesian kat akak Zizie tu.

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah..moga ianya tidak berulang lagi..bukan saja pada kakak zizie dan tak berlaku pada orang lain juga..yang bersyukur sangat kakak zizie tak cedera..alhamdulillah..moga si pelaku diberkas segera..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sebab tak jadik apa2 dekat kakak kan? :)

    nasib dia mencuri je..

    takut kan duk kat dunia sekarang nih.. macam-macam leh jadi.. seramlah..

    tapi boleh pulak org tuh campak beg kat kg? hurmmm....

    kita lak nanti kena careful.. jangan sorang2.. especially perempuan.. lelaki pun sama jugak.. tapi rasa perempuan lagi berbahaya kalau sorang TT^TT

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah takde apa apa yg jadi kat kakak kak Zizie.. memang kena hati2 sekarang.. macam macam kes boleh jadi

    ReplyDelete
  8. nasib baik kakak zizie tak pape. huhu. tak kisah lah nk ambik duit ke ape.. asalkan diri tak diapa2kan. huhu

    ReplyDelete
  9. ish menakotkn. naseb akak zizie xdepape kan.. kne berhati hati lepasni

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak dengar kes macam ni.

    ReplyDelete
  11. Syukur alhamdulillah kakak zizie selamat. Kebanyakan perompak skrg ni tak berperikemanusiaan. Yg paling ngeri kene kelar siap. Aduhai..semoga perompak tu di beri pengajaran hidayah dari Allah. Amin.

    ReplyDelete
  12. skrg ni...rakyat Malaysia ramai yang terdesak..hmm...

    ReplyDelete
  13. mujur kakak zizie ok...tp mst trauma gak kan..emmm manusia skrg ni sanggup bt saja kalau terdesak..be careful women!!

    ReplyDelete
  14. Mujur selamat..ye la..hilang duit tak pe.dia nak duit kita bagi je takut nyawa pulak yang hilang.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah kak zizie selamat. no more safe places on earth :/

    ReplyDelete
  16. Allah. Scha pun pernah mengalami juga. Seriauuu. Syukur kakak takde pape.

    Scha dh masukkan awk dlm bloglist scha. Teruskan berblogging dan tukar2 link yer :)

    ReplyDelete
  17. Salam. Hee bersyukur kerana selamat nyawa.

    ReplyDelete
  18. Allahuakbar, nasib baik akak kak zizie tak apa-apa.

    ReplyDelete
  19. mak aih seramnya. mesti takut gila bila nampak pisau tu kan huhu

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.