Omnomnom. Kerjanya makan sahaja.

27.9.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Hi uolls! selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, zizie dah sihat kembali daripada demam denggi. ada yang nak tahu ke zizie makan apa sampai sihat? kalau ada, bagitahu la. boleh ceq buat modal untuk next entry. ekeke.

after kelas di pagi hari, memang jadual zizie kosong. huhu. tak tahu nak buat apa padahal fyp guwa sayup-sayup menyeru namaku. memandangkan zizie baru sihat, selera makan ni tunggang langgang sikit, so petangnya lari ke secret recipe. zizie pun tak tahu la kenapa ke sini akhirnya ku jejaki.

sebelum tatap gambar makanan, tatap gambar blog owner dulu. hehehe.



teringin nak makan banana split, tapi enggak adalah pulak. so, tibai chocolate sundae dan iced honey lemonade. rasa honey lemonade ni macam ubat la pulak. aduh. tahu la kita ni baru lepas jadi pesakit kan.



malamnya pulak, goreng keropok lekor yang baru je dibawa daripada terengganu. ini mak zizie punya kerja. ai tadah je apa yang mak ai kasi. hehehe. baru ingat nak makan sekali dengan housemates tapi semuanya keluar dengan pakwe masing-masing. yang ada pun dah kenyang melantak dinner.



jadi la guwa lone ranger melantak keropok lekor sorang-sorang. then, hantar kat group whatsapp geng-geng praktikal haritu sebab nak mengadu la makan dorang-sorang. TETAPI! dengan kurang ajarnya ada dua orang makhluk Allah pergi hantar gambar makanan yang sedap-sedap.



ini gambar daripada zack. katanya tengah join dinner di pesta konvo UTeM. ciss! udah ler perginya tak mengajak kita pastu dia post macam ni pulak.



ini pulak daripada mat yie dari UKM. katanya nak order pizza tak dapat. so, pusing-pusing jumpa western aje. kononnya, teman ai makan daripada jauh. kalau dah mengidam mushroom soup tu, tak payah nak jadikan guwa sebagai alasan la mat yie wehh..

terasa macam perang makanan la pulak semalam. harini zizie rasa nak buat food hunting kat pesta konvo. orang-orang melaka jom lah ke UTeM yang tengah melangsungkan pesta konvo. hehe.

happy weekend!

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

18 comments

  1. nampak sedap nyee :3

    shi nak jugaaaa TAT

    ReplyDelete
  2. wah...ungtunye dpt makan..nak makan jugak!! T^T

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akak dah sihat. Bestnya kepok lekor. Arghh teringin nak makan :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. ini lepas gian ke apa cik Zizie.. kang2 elok2 dah sembuh jadi benda lain pulak.. hahaha.. btw, sy dengar kalau kena denggi ni nak cepat baik makan sup ketam. betul ke? cik zizie makan apa?

    ReplyDelete
  5. kenapa semua makanan dlm gambar ni sedap2? T__T

    ReplyDelete
  6. tapikan...kopok lekor jugak yang paling sedap..heheh

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah dah sihat wal afiat seperti sediakala....hehehehehehehe .....syukuri nikmat kesihatan dan nikmat makan :)
    terliur aiskrimmm jer..keropok ta sangat ....

    ReplyDelete
  8. wah, sedapnya ais krim tu, tak tahu pun zizie demam denggi.

    ReplyDelete
  9. Sengsara nengok gmbar makanan waktu mlm2 ni.lapaqqqqq terus

    ReplyDelete
  10. Rindu nak makan keropok lekor!

    ReplyDelete
  11. kerpoko lekor tu jugak yang kiter terliurr! dapnyee

    ReplyDelete
  12. aiskrim 2 nampak mengiurkan dhla sy ni dh lama xmkn aiskrim.. memg jap g nk kna p carilah... hehehe btw singgah smbil tekan2 iklan...

    ReplyDelete
  13. Syukur zizie dah kembali sihat..alhamdulillah..moga terus fokus untuk smstr yang baru ni.,

    ReplyDelete
  14. best dapat mkn sedap2. kite xleh. kena jga diet. hahaa

    ReplyDelete
  15. ommo!!!! sdapnyaaaaa.. lapa lahaiii ;)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.