Diekori Budak Kecil.

9.10.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

secara jujurnya, zizie tak ramah dengan bebudak kawasan perumahan rumah sewa zizie. one of it, kerana peristiwa yang zizie pernah alami. boleh baca di SINI. biasalah kalau budak-budak nakal, buat bising. itu zizie boleh terimalah sebab selalu aje bebudak kat sini bermain kat tangga. siap bagi salam, tanya akak nak ke mana so on. tak mengganggu pun, sehinggalah petang tadi...

lebih kurang pukul 6 petang, zizie baru pulang daripada kelas. masa zizie turun daripada motor, zizie perasan ada sorang budak perempuan dalam likungan 9 tahun asyik pandang kitorang dan senyum-senyum. masa tu, zizie dah rasa tak selesa. so, zizie saja tak pandang budak tu dan pesan kat classmate zizie supaya bawak motornya elok-elok.

dan seperti apa yang zizie sangkakan, it really happened! budak tu ikut zizie. masa sampai first floor, zizie pandang dia dan tanya elok-elok, "ye? kenapa?", dia sengih-sengih sambil jawab, "nak gi rumah kawan.". okay, fine. belum sempat zizie nak sambung panjat tangga, dia tanya lagi, "rumah akak tingkat berapa?". dah sah la budak ni. zizie cuma jawab, "kat atas." patutnya zizie tanyalah pasal apa nak tahu. lembap la kau ni zie! rumah zizie kat second floor, nak acah-acah naik sampai ke tingkat atas rasa malas la pulak.

lepas aje second floor, zizie sengaja melambatkan langkah dan belek-belek phone. suddenly, teringat kat member yang datang kat area rumah zizie. so, zizie call dia. budak tu dah panjat tangga nak ke tingkat seterusnya, tapi dia boleh berhenti dan perhatikan zizie cakap phone.

"you know what, there's a little girl trying to follow me. she asked which floor i'm living. she said she want to go to her friend's house but right now, she is standing at the stair and watching me on the phone. i can't go home like this."

memang berhabuk aku speaking sebab tak nak kasi budak tu faham.

terus zizie ke tempat kawan zizie berada. memang bengang jugak la dengan budak tu. orang dah lah baru lepas kelas, penat. nasib baiklah zizie ni baik hati tak gi jual budak tu. creepy tau. creepy. rasa creepy diekori budak kecil. maybe it sounds like i'm being paranoid to the kids. but, it really happens to my friends. kalau asyik melayan, dorang ni asyik nak bertandang ke rumah. tak nak la sampai macam tu.

somehow, rasa macam dalam cerita seram. ala, yang scene orang tegur budak tengah bermain sorang-sorang, but actually budak tu dah mati beberapa tahun yang lepas.

bagi para pembaca yang mempunyai anak-anak, atau adik-adik kecil yang suka menegur strangers atau terlebih peramah, tolonglah berpesan kepada mereka supaya berhenti melakukan sedemikian. kan kalau dibawa lari, takkan baru nak menangis air mata darah.

peristiwa ni berlaku depan mata zizie dan berlaku di kawasan rumah sewa sekarang. ada budak perempuan ni tengah menegur la dua orang anak-beranak yang tengah turun tangga. "akak, akak nak kemana?". akak tu jawab la nak ke kedai dan saja je bertanya kat budak perempuan tu sama ada nak ikut ke tak. laju aje budak tu nak ikut. kakak ngan mak cik tu pun terkejut tau dengar jawapan budak tu. mak cik tu pun suruh la budak tu pergi minta kebenaran mak dia kalau dia betul-betul nak ikut. next, zizie tak tahu apa cerita tapi budak perempuan tu tak ikut la. mungkin mak cik tu tak kasi. the point is bukan keadaan yang bahaya, tetapi perangai budak-budak ni boleh mengundangkan bahaya tau. so parents and the eldest, please be alert!

maghrib, baru zizie boleh balik ke rumah tau. huhu.

You Might Also Like

23 comments

  1. Scary juga ya budak-budak sekarang ni

    ReplyDelete
  2. yup creepy.. itu laa perangai budak2 skrg.. terlebih berani... lpas tu kna culik, kena jual ke hape.. baru tau nak nanges, nak mama laa itu laa ini laa.... parents pun xnak kawal betul2

    ReplyDelete
  3. Hehe... Bebudak tu peminat Zizie agaknya ^_^

    ReplyDelete
  4. Seram ke? Hehee... Doa yg baik2 je

    ReplyDelete
  5. bahaya sgt bebudak yg tak takut org ni.. lg bahaya kalau jenis yg ikut je.. huhu..

    ReplyDelete
  6. sangat2 membahayakn.. kalau ade org niat jahat..mmg menyesal x sudah2.. hishh.. kite yg 'dah besar' pon terasa cuak nak ikot org xknal n nak kuar sorg2 pon seram lahai -.-

    ReplyDelete
  7. kalau i dah lari dah when out of nowhere budak kecil ikut i n tegur cmtu.. warggghhh malam jumaat cmni terbaca post u plak.

    ReplyDelete
  8. hmm.. bdk2 sekarang ni terlalu berani. tak salah tapi bahaya. mungkin mak ayah mereka bekerja dan di jaga oleh orang lain.
    best blog zizie.. :)

    ReplyDelete
  9. Takut gak kalau sy pun. Selalu fikir cm zizie.huhu

    ReplyDelete
  10. Budak kecik yang follow Zizie tu menyeramkan laa. Haha. Ana dulu lagi best, follow orang naik lori, nyorok kat lori. Kah3. Lagi terkejut beruk pacik tu sbb dah bawak ana sampai ke kL. Hahaha..zaman budak nakal.. XD balik uma kene rotan. Umi risau gila kot anak dia ni tak balik. Zaman dulu org baik2 ramai lagi. Zaman skrg, ramai orang jahat. Adik2 jangan ikut sebarang orang boleh tak? Serius so scary.

    ReplyDelete
  11. saya mengaku sya ni jenis tak mesra kanak2.. haha.., tp tak ada la macam kejam sangat tak senyum ke apa..

    skema pula guna sya

    kita pun tak selesa budak ikut bontot sampai intai2 masa tengah telefon.. wohooooo..mcm psiko ja..

    mak ayah jenis tak kisah anak2 terlebih mesra atau kurang prihatin,itulah masalahnya,risau ja baca perengan last tu,sampai kata nak ikut mak cik tu..

    budak2 sekarang apa pun tak takut..

    ReplyDelete
  12. to anonymous yang berkemungkinan kakakku, kita memang boleh doakan je. tapi usaha daripada parents dorang tu penting.

    ReplyDelete
  13. macam sesuatu je budak tu. sekarang ni mcm2 boleh jd. jaga diri sis :)

    ReplyDelete
  14. menakutkan je cite zizie nie.. bahaya budak cmtu.. boleh senang2 je ikot org lain.. aiyoo

    ReplyDelete
  15. Salam singgah..saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog
    saya balik :)
    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. kurang kasih sayang kot..kalau akak pun takut..buatnya mak dia cari dituduh kita culik..Oh tidak!!

    ReplyDelete
  17. Betul tu akak. Sokong sangat. Sebab tak tau kenapa budak2 sekarang suka menggedik. Hahaaa. jahat gila. sebab ada anak jiran kat rumah ni selalu datang rumah sebab nak tengok tv cite kartun je. what theee.. kat rumah xkan takde tv. lols. saje je kan.

    ReplyDelete
  18. dia tengok Zizie peramah le tuh dia brani nak buat geng.. tapi memanglah !! kat taman rumah CT ni pun.. anak anak kecik umur lima enam tahun dok main sorang sorang luar rumah. mak ayah tak tengok. huuurm.. heran jugak.

    ReplyDelete
  19. haha zizie..cuak gak kan kalau diekori walau budak2..

    ReplyDelete
  20. zaman sekarang ni, bukan saja penjenayah mencari mangsa. kalau dah gitu perangai, ini kanak-kanak yg mengundang penjenayah. bahaya betul tabiat kanak-kanak mcm ni.

    ReplyDelete
  21. Aish tu lah kan? Bukannya takmo layan cuma takut je overfriendly sgt ada pihak yg amik advantages..

    ReplyDelete
  22. jeng jeng jeng, takut pulak kan. take care :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.