Wajah - Part 1

26.10.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

sebelum kamu semua meneruskan bacaan, zizie harap kamu semua sudilah memberi feedback untuk cerita ini. cerita ini bukanlah hasil penulisan zizie, tetapi ianya karya kepada sahabat zizie. sahabat zizie inginkan pandangan dan maklum balas yang ikhlas daripada kamu semua untuk memperbaiki hasil penulisannya. it's okay kamu semua nak komen macam mana sekalipun. hope you alls enjoy it.


******

Beberapa saat selepas guru mata pelajaran sejarah keluar dari kelas. Lima minit sebelum waktu rehat bermula. Seorang demi seorang pelajar mula meninggalkan kelas. Ada juga mereka yang mula, atau sedang melelapkan mata. Sama ada letih berkerja mahupun mengantuk. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri.

“Hana, jom pergi makan.” Ajak Anis Suzanna. Dengan ceria Rohana dihampirinya.

“Maaf. Hari ini... Mungkin tak boleh...”

Why?” Anis Suzanna mendekatkan wajah. “ Ada janji dengan orang lain?”

Pipi Rohana dicucuk lembut dengan jari telunjuk.

Perlahan-lahan Rohana mengangguk. Wajahnya sedikit merah. Segan. Bibir bawah digigit dengan lembut. Sedikit demi sedikit dia menoleh ke kiri. Ke arah seorang lelaki. Lelaki yang memakai face mask.

“Oh, Ridz rupa-rupanya... Patutlah sejak kebelakangan ini awak nampak lain macam...” Anis Suzanna bersuara sinis. Dia merapati Rohana dari belakang. Dengan manja dia mendakap perempuan itu.

“Ta... tak adalah...”

Segera Rohana memalingkan wajah. Bertambah segan. Tambahan pula apabila mata bertentangan mata. Dengan Ridzuan. Tetapi tiada sebarang komunikasi komunikasi.

“Sejak bila mula keluar dengan dia?” Anis Suzanna mula mengorek rahsia. Bertambah sinis nadanya.

“Kami tak ada hubungan seperti itu. Kawan biasa sahaja...”

Terus wajahnya bertukar merah padam.

“Pasti awak bahagia. Ada orang yang tersayang.” Rohana dilepaskan. Anis Suzanna berpusing setempat beberapa pusingan. Kedua-dua belah tangan ditekan pada meja. Matanya memandang dalam ke wajah Rohana. “Argh, cemburunya saya!”

Tiada sebarang reaksi daripada Rohana. Kaku seperti arca batu dengan wajah yang masih merah.

Anis Suzanna kembali mendakap Rohana dengan lebih erat. Dia menggeselkan kepalanya pada bahu perempuan itu. Manja. Seperti biasa.

“Tapi, memang betul. Hidup kita akan lebih ceria jika kita mempunyai seseorang yang kita suka. Tambah-tambah lagi jika kita boleh ada bersama orang itu.” Nadanya mendatar. Sayu.

Cengkaman Anis Suzanna tiba-tiba bertukar kuat sedetik. Pandangan matanya bukan lagi di dalam kelas.

“Bukannya keluarga tak penting. Tapi orang itu yang mungkin menjadi sebahagian daripada keluarga kita pada masa hadapan. Who knows.” Anis Suzanna tersenyum simpul. Dia kembali tenang. Namun dakapannya yang melilit Rohana bertambah erat.

“Saya pun harap begitu...”

★★★★★★★

Pagi yang indah. Meskipun terletak di kawasan bandar, udara pada pagi itu begitu nyaman. Mentari baru sahaja mencurahkan cahayanya. Membasahi permukaan bumi. Suasana persekitaran sekolah tipikal, sama seperti di mana-mana sahaja. Riuh-rendah bukan bising. Diam bukan sunyi. Tetapi warna-warni kehidupan.

“Bersemangat sikit! Tinggal lima pusingan saja lagi!” Guru mata pelajaran pendidikan jasmani mereka, Sir Razak memberi kata-kata semangat. Bekas tentera berusia lewat 40-an itu berdiri jauh di astaka padang, dalam keadaan senang diri dengan kedua-dua belah tangan di belakang. Setiap gerak-geri pelajar-pelajarnya dipantau.

“Panaskan badan. Kemudian 15 pusingan trek, baru boleh bersukan...” Keluh Anis Suzanna.

“Hahaha...” Rohana memberikan respons. Ketawa kecil. Bersetuju dengan apa yang dikatakan. Tiada penafian. Dia juga letih. Tidak mampu lagi meneruskan langkah.

Jika hendak dibandingkan, pelajar-pelajar lelaki masih lagi nampak bertenaga. Mereka dalam kelompok yang berlari di hadapan. Diikuti dengan kelompok pelajar-pelajar perempuan.

Setiap minggu sekurang-kurangnya 15 pusingan trek dipaksa berlari. Selepas itu barulah bebas untuk melakukan aktiviti sukan yang lain. Alasannya, untuk meningkatkan stamina. Lebih banyak digerakkan tubuhh, lebih mudah oksigen untuk mengalir ke otak. Bukan sahaja menyihatkan badan, juga memudahkan untuk menumpukan perhatian di dalam kelas nanti. Adakah menu senaman ini memang benar-benar menyihatkan badan atau hanya Spartan Training?

Takala menghabiskan langkah-langkah terakhirnya, Rohana memandang ke arah kelompok pelajar-pelajar lelaki. Sama sepertinya, keletihan. Bukan semua. Ada juga yang masih bertenaga, Badrul dan Ridzuan. Badrul yang bertubuh sasa mungkin tiada masalah. Susuk tubuh seperti seorang ahli tinju. Boleh dikatakan natural-born-athlete. Sebaliknya, Ridzuan pula tidak. Apa yang dia perasan selama ini, lelaki itu sering memakai face mask. Misteri.

“Baiklah, aktiviti memanaskan badan tamat!” Jerit Sir Razak. Jam tangannya dipandang.

Wajah seorang demi seorang pelajarnya yang hanya tinggal satu per lima nafas dilihat sekilas. Remaja zaman sekarang, tiada stamina!

“Selepas ini kamu semua bebas melakukan aktiviti masing-masing. Dismiss!” Sambung Sir Razak.

Warming up...?” Anis Suzanna ingin mempersoalkan kata-kata gurunya.

Beberapa langkah meniggalkan trek, lututnya mula menggeletar. Tubuh juga terasa begitu berat. Semakin sukar untuk berjalan. Tenaga daripada sarapan pagi tadi sudah habis digunakan.Lemah, bagai hendak tumbang.

“Hana, jom pergi ke...”

Beralih ke arah Rohana, Anis Suzanna mendapati perempuan itu sudah tertiarap di atas padang. Masih tercungap-cungap. Mujurlah tidak pengsan.

Are you ok?” Soal Anis Suzanna, melabuhkan punggung.

“Ya. Tapi cuba tengok budak-budak lelaki dekat sana. Bertenaga lagi nak bermain bola keranjang.”

Boys. Tubuh mereka hanya terdiri daripada tulang dan otot sahaja. Hahaha...”
Rohana ketawa kecil.

 “Perhaps...”
Mata Rohana memandang ke arah Ridzuan yang masih lagi berada di atas trek. Sedang berjalan, mencekak pinggang, menstabilkan pernafasan. Juga tercungap-cungap seperti orang lain. Tetapi dia tidak nampak begitu letih. Face mask yang dipakai hanya menyukarkan dia untuk bernafas.

Sejak pertama kali bertemu,  hingga sekarang, wajah sebenar Ridzuan dia tidak pernah lihat. Bukan dia sahaja, malah hampir seluruh sekolah. Gambar di dalam rekod pelajar juga memakai face mask. Alasannya tidak pernah dijelaskan. Pasti ada sesuatu yang hendak dirahsiakan. Rahsia yang orang lain tidak sepatutnya tahu.

“Tapi bukannya sesuatu yang salah, exercise. Badan pun sihat, lemak pun boleh bakar. Diet! Diet!” Sambung Anis Suzanna lagi.

Rohana mengangguk faham. Tumpuannya ke arah lain.

Ridzuan yang memulakan langkah dengan perlahan. Saat berganti, rentak langkah lelaki itu semakin pantas. Kurang 20 meter, lelaki itu sudah pun kembali berlari seperti tadi.

★★★★★★★

Tamat waktu persekolahan. Anis Suzanna, Iirma serta Rohana memilih restoran makanan segera untuk meluangkan masa bersama-sama. Sekadar kentang goreng dan minuman ringan. Sudah memadai untuk mengalas perut serta membasahkan tekak. Tempat duduk di tingkat atas restoran, bersebelahan dengan dinding kaca menjadi pilihan. Dapat melihat apa yang berlaku di luar sambil berbual. Mencuci mata.

“Hari ini tak kejutkan si Irham dan Harris, Zanna?” Soal Iirma.

“Tak. Kedua-duanya terus lesap sebaik saja kelas tamat. Harris ada part time. Irham pula, disappeared. Tapi, sejak kebelakangan ini dia selalu nampak keletihan.” Anis Suzanna bernada lemah. Kentang gorengnya dikunyah tanpa sos.

Boys, biasalah. Always have secrets.”

“Betul! Kemudian tak ambil peduli langsung orang di sekeliling!”

Rohana mengangguk setiap apa yang didebatkan. Dia diam, menjadi pihak neutral. Minumannya diambil. Hanya dipegang gelas yang diperbuat daripada kertas itu. Sejuk. Tangannya basah sedikit. Tidak dia peduli. Perbualan mengenai orang lelaki, fikirannya melayang. Teringatkan seseorang.

“Zanna, awak ada apa-apa hubungan dengan Irham?” Iirma membuka topik perbualan.

“Kalau sekadar kawan, ya.” Ringkas jawapan Anis Suzanna.

Renungan sinis Iirma dia perasan. Belakang dibentangkan pada kerusi. Sambungnya, “Don’t get me wrong, kami kenal sejak kecil lagi. Sebab itu hubungan kami rapat.”

Tiada apa untuk disembunyikan.

“Harris pula?”

“Alang-alang jaga Irham, I don’t mind keep my eyes on him too. They’re like twins, perangai, tabiat dan tak banyak ragam.”

“Betul. Tapi, perasan tak, dia seperti sudah ada someone?”

“Siapa?”

Iirma diam. Dia tersenyum sinis. Straw minumannya dibawa ke bibir. Seteguk minuman ringan dihirup menyegarkan tekak. Pandangannya dialihkan kepada Rohana yang diam sejak tadi.

“Hana pula, bagaimana? Any progress?” Soalnya.

Pro... progress?” Tertanya-tanya.

“Hubungan awak dengan Ridzuan.”

Tersentak. Diam, dengan mata yang terbeliak. Wajahnya menjadi merah sedikit demi sedikit.

“Ridz? Sejak bila awak ada hubungan dengan dia?” Aniz Suzanna nampak terkejut.

“Biar betul? Saya ingatkan semua orang sudah tahu. Hana memang sudah lama had her eyes on Ridzuan. Kalau tak silap, sejak tingkatan satu lagi. Betul tak?” Nada Iirma bertambah sinis. Wajahnya hanya memandang Rohana.

Tidak dapat dinafikan. Bukan fitnah atau rekaan. Sudah lama dia rahsiakan perkara ini. Tidak sekali pun dia bercerita kepada orang lain. Tidak siapa pun. Meskipun kawan baik atau keluarga sendiri.


“Tapi, kenapa Ridz selalu pakai face mask? Dia ada masalah kesihatan?” Anis Suzanna ingin tahu.

That might not be the reason. Sebab saya sudah periksa SEMUA rekod kesihatan dia. Langsung tak ada masalah. Sekali pun dia tak pernah jatuh sakit. Cuma beberapa kali dia ke klinik kerana kecederaan kecil.” Iirma menjawab. Matanya masih lagi tertumpu pada Rohana. Renungan matanya tajam. Seperti jarum, menusuk terus ke hati perempuan itu. Ingin dia mendengar perkara yang sebenar daripada mulut Rohana sendiri.

“Mungkin ada masalah dengan wajah. Parut, misai dan sebagainya...” Sambung Anis Suzanna lagi.

Maybe. Tapi saya rasa Ridzuan bukan seperti itu. Dia jenis yang bersopan-santun. Sekali pun tak pernah meninggikan suara.” Seteguk lagi dihirup minumannya. Iirma menghela nafas lega. Sambungnya, “Sekali pun tak pernah bercakap dengan kita.”

Iirma memanjangkan tangan, mencapai Rohana. Jari-jemari perempuan itu dia usap perlahan-lahan. Alasannya tidak begitu jelas.

“Mungkin kerana dia tidak pernah bersuara. Selama ini pun dia hanya menggunakan bahasa badan untuk berkomunikasi dengan orang lain.” Rohana terpaksa bersuara. Dalam keadaan sekarang agak bahaya jika dia terus berdiam diri. Lebih banyak rahsianya yang bakal terbongkar dia rasa.

“Banyak kali kami berbual...” Anis Suzanna mencelah. Wajahnya kosong. Tetapi, bukan sengaja berpihak kepada Iirma.

Rohana diam. Menelan air liur. Aura yang keluar daripada tubuh kedua-dua kawannya negatif dengan masing-masing berbeza sifat. Niat yang kurang baik sebagai teras. Sememangnya ada sesuatu yang tersembunyi.

“Ahhh... Saya teringin nak tengok wajah sebenar dia...” Keluh Anis Suzanna.

Me too...” Sambung Iirma.

Lemah tidak bertenaga. Mereka berdua mula melabuhkan muka masing-masing pada meja. Hanya berbantalkan lengan sendiri, wajah Rohana terus ditatap. Diam seribu bahasa.


bersambung..

p/s : maaf ya, sebab zizie tak dapat nak blogwalking sebab sibuk dengan test. please drop your feedback at the comment :)

You Might Also Like

14 comments

  1. just nice.. cume permulaan cerita agak tidak faham.. boleh cube lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. Best..nak tunggu sambungannya..yang paling penting setiap apa yang ingin dikongsi mesti memberi manfaat dan kesan mendalam pada pembaca..

    ReplyDelete
  3. awal2 tu xpaham..dak sekolah or dak uni..huhu

    ReplyDelete
  4. Menarik gak citernya... Kalau pendapat, pengenalan tu boleh kembangkan lagi dengan pengenalan wataknya.... Just idea ;)

    ReplyDelete
  5. are they best friends?
    they seemed not like best friend at all. i mean, apa jenis kawan baik cakap mcm tu kat kawan dia sendiri. macam jeles je. eh emo pulak rasa. saya rasa tak suka dgn anis suzanna tu lah.

    btw, saya tak pandai nak komen tentang penulisan kawan cik zizie ni. hehe.. but setakat yg saya baca.. macam okay je. nice one. keep it up!

    <3

    ReplyDelete
  6. semalma bc separuh,harini sambung balik..hehe..
    pendapat kita la, ada perkataan yg terlalu metafora atau perkataan tu tak berapa sesuai digunakan. kalau nak guna ayat puitis atau bahasa bombastik kena banyakkn membaca dan belajar lg.. ini cuma cadangan kita ja..lain org lain dia punya akal..hehe..

    all the best utk exam ya zizie!

    ReplyDelete
  7. datang singgah.. tq inform blog saya x leh comment..

    sekarang dah boleh..

    tq

    ReplyDelete
  8. First baca, ingatkan budak sekolah. bukan rupanya. yang Anis Suzanna tu bercakap dalam nada jeles je. huhuhu. nak tunggu yang seterusnya :)

    ReplyDelete
  9. not bad tapi macam samar2 sikit ceritanya.. nampak mcm nak highlightkan Ridzuan tu pakai face mask. mungkin?

    next please. hikhik

    ReplyDelete
  10. Ridzuan ni ala ala Kakashi sensei dalam cerita Naruto la tu.. haha
    nice la cerita ni ^^

    ReplyDelete
  11. wah...zizie nak karang novel ker nanti?

    ReplyDelete
  12. at first baca,face mask? oh rupanya mmng guna face mask lpas tengok gambar kat bawah tu. nak juga tahu why budak laki tu guna face mask.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.