Wajah - Part 3

9.11.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

terima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca cerita Wajah. sekali lagi, zizie ingin terangkan, cerita ini bukanlah penulisan zizie, tetapi PENULISAN RAKAN ZIZIE. kesian dia, dah touching sebab ada yang anggap ini ialah hasil penulisan zizie walaupun telah zizie nyatakan di dalam entri tentang dia. mungkin, tidak dibaca sampai habis ye. atas cadangan sis +nana liena , zizie telah meletakkan entries Wajah di sidebar untuk memudahkan pembacaan. okay, let the story begins..


Part 1
Part 2


“Hana.” Panggil Anis Suzanna.

Tiada jawapan. Raut wajah tanpa sebarang mimik. Tidak berperasaan. Kosong. Mata juga tidak seperti memandang apa-apa. Pasti dalam fikiran juga kosong. Mengelamun jauh ke dalam dunia sendiri. Tiada apa yang dapat menembusi atmospheranya.

What’s wrong with her?” Soal Iirma sambil mengunyah sandwich yang dia bawa. Ringkas resepi air tangannya sendiri. Berisi tuna, tomato dan salad. Nutriennya sudah seimbang. Cukup memadai bagi mengalas perut hingga tamat waktu persekolahan sehingga awal petang nanti.

Anis Suzanna menggeleng. Tidak tahu apa yang sudah terjadi kepada sahabat baik mereka itu. Diam. Langsung tidak bersuara. Sejak pagi tadi lagi dengan kelakuan seperti itu. Semasa kelas sama. Tetapi segala nota pada papan hitam disalin. Segala soalan dijawab dengan sempurna. Sempurna, sama seperti komputer.

Aneh.

Kali terakhir keluar bersama-sama sebelum ini langsung tiada apa-apa yang ganjil. Baik dari segi tingkah laku mahupun percakapan.

Bekal diletakkan ke tepi. Anis Suzanna terus menerkam Rohana. Dipeluk erat perempuan itu seperti keluarganya sendiri. Malah lebih daripada itu. Sekali lagi pandang, sama seperti kanak-kanak kecil mendakap erat patung beruang kegemarannya. Sedikit demi sedikit condong. Akhirnya tumbang mereka ke permukaan rumput. Pipi digesel sepenuh hati, tanda kasih sayang.

Honey, please come back!!” Rintihnya.

Iirma tidak mahu turut serta. Dia sudahpun perasan pasangan-pasangan mata yang sedang merenung ke arah mereka bertiga.

Tingkah laku yang agak menonjol. Sememangnya menjadi tumpuan. Mujurlah sesama perempuan. Iirma sekadar menjadi pemerhati. Sandwich terus dikunyah. Sekali-sekala diselang dengan minuman yogurt buah-buahan. Melihat telatah Anis Suzanna yang spontan dan pelbagai ragam. Hati geli. Senyumannya disembunyikan.

Bukan lakonan, tetapi memang begitu sifat sebenar Anis Suzanna. Sentiasa dengan perangai happy-go-luckynya. Malah, hampir semua orang sudah tahu. Bagi Anis Suzanna sendiri pula, dia tidak mahu menyembunyikan sifat tersebut. Kadang-kala tingkah lakunya agak menonjol, juga keterlaluan. Tetapi, bukannya sesuatu yang salah. Dia cuma ingin melihat semua orang ceria, dengan senyuman di wajah masing-masing. Itu sahaja.

Walau apapun, itu hanya agenda sampingan. Matlamat sebenar Anis Suzanna berperwatakan sedemikian, tidak ramai yang tahu. Semuanya demi kepentingan diri dia sendiri. Dalam kalangan pelajar-pelajar kelas mereka, hanya Iirma sahaja yang tahu dan perempuan itu sangat memahami perasaannya.

Selama ini juga Iirma tidak pernah membuka mulut terhadap tingkah laku Anis Suzanna. Meskipun dia pernah diperlakukan seperti Rohana. Kerana dia tahu, bagaimana hati dan perasaan Anis Suzanna yang sebenar. Apa yang disembunyikan di sebalik wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu. Walaupun belum pasti sama ada senyuman tersebut benar-benar ikhlas atau sekadar coretan pada wajah yang hanya dibuat-buat.

Biarlah menjadi rahsia antara mereka berdua. Barangkali rahsia ini lebih baik tidak diketahui sesiapa. Barangkali itu keputusan yang tepat, buat masa sekarang.

★★★★★★★

Hari sudah lewat petang. Rohana masih lagi belum pulang. Terkaku di tempat duduknya. Bukan kerana kerja sekolah yang perlu disiapkan. Bukan juga denda. Bukan kerana membersihkan kelas.

Anis Suzanna cuba mengheret Rohana pulang bersama-samanya tadi. Tetapi Iirma menghalang.

Dalam fikiran Rohana tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Terlalu penuh dengan apa yang berlaku tempoh hari. Malam itu. Di lorong gelap lagi sempit. Berdua-duaan. Hanya dia dan Ridzuan.

Tindakan luar kawalan.

Apa yang dilakukan memang tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Matlamat utamanya hanya melihat wajah sebenar Ridzuan. Itu sahaja.

Sedar. Teringat kembali apa yang dia lakukan. Wajah Rohana bertukar merah pada serta-merta. Dia terus menghempap mukanya pada meja. Sekuat hati. Kedengaran jelas seluruh kelas. Malu. Tidak mahu menunjukkan wajah tersebut kepada sesiapapun.

Dalam tidak sedar, ada yang sedang memerhati.

Ridzuan.

Tiga meja dari belakang. Terduduk keletihan. Buku nota dijadikan kipas untuk menyejukkan tubuh. Hanya memerhati. Diam seribu bahasa seperti sediakala.

Mengelamun seorang diri? Ridzuan mencondongkan kepala. Terpinga-pinga.

Tekak yang kering dibasahkan dengan minuman isotonik. Dengan penuh berhati-hati dia meletakkan botol minuman tersebut di atas meja. Tetapi tetap menghasilkan bunyi.

Telinga Rohana tergerak ke arah bunyi tersebut. Segera dia berpaling ke belakang. Pada mulanya matanya rambang melihat apa yang ada. Sasaran dikenal pasti. Anak matanya tertumpu tepat ke wajah Ridzuan. Kemudian dizum ke mata lelaki itu.

“Aaa...” Tiba-tiba Rohana menjerit. Dia bangun dan berganjak ke belakang. Kedua-dua belah tangan memegang meja. Tertolak ke arah bertentangan.

Ingin lari. Seragam sekolahnya pula menjadi penghalang. Langkah kaki menjadi sumbang kemudian dia jatuh tersungkur pada lantai kelas. Tidak tercium apa-apa kecuali habuk yang tinggal.

“Awak tak apa-apa?” Soal Ridzuan. Dalam sekelip mata sahaja dia muncul di hadapan Rohana.

“Aaa...” Lidah masih terkelu. Masih lagi terkejut. Semakin hampir Ridzuan ke arahnya, dia berundur.

“Rohana, bertenang.” Pujuk Ridzuan, cuba memahami tindakan perempuan itu. Dia turut menjauhkan jarak antara mereka.

“Hana...” Ucap perempuan itu dengan bibir yang berat untuk terangkat.

“Awak tak apa-apa?”

Kepala Rohana bergetar. Wajah merah tadi semakin menyala. Panas kian terasa. Sukar untuk dia bernafas. Mata melirik ke kira dan kanan dengan pantas. Barulah nampak kepalanya menggeleng.

“Boleh bangun? Tak manis kalau orang nampak kita dalam keadaan begini...”

Rohana tidak menjawab. Hanya memandang ke bawah. Wajah, mata Ridzuan terutama sekali dia tidak mahu pandang. Takut dirinya terpukau sekali lagi. Takut dirinya melakukan tindakan luar kawalan sekali lagi. Rohana diam. Kedua-dua belah tangan disembunyikan ke belakang tubuh.

Ridzuan menghulurkan tangan. Bagaimana ekspressi lelaki itu Rohana tidak tahu. Face mask menjadi penghalang.

Here.” Ridzuan menunggu respons daripada Rohana.

Masih lagi malu. Rohana tetap memberanikan diri. Dia juga turut mengangkat tangan. Mencapai Lengan bajunya dicapai lelaki itu. Genggaman Ridzuan agak lemah. Langsung tidak menyakitkannya.

Rohana melonjakkan tubuh ke hadapan.

Berdiri. Rohana bertentangan Ridzuan. Tangan belum dilepaskan. Manakala mata pula memandang satu sama lain.

Diam sekali lagi.

Masa seolah-olah terhenti.

Dunia menjadi kosong. Yang tinggal, hanya mereka berdua dalam dimensi ini. Lengang. Langsung tidak kedengaran sebarang bunyi.

Rohana merapatkan wajah. Sekali lagi. Pergerakan tubuhnya tidak terkawal. Segera tangannya dilepaskan Ridzuan.

“Roha...”

Sebelum sempat menyebut nama perempuan itu, Rohana memekup mulut Ridzuan dengan tangan kanannya. Face mask dicengkam. Ridzuan pula nampak terdesak dengan mata yang membulat.

Terkejut. Tindakan tersebut langsung tidak terjangka.

Pergelangan tangan yang memegang  face masknya dicapai. Langsung tidak bergerak meskipun sedikit. Malah lebih gagah daripada dia sendiri.

Stop it, Rohana!” Tegas Ridzuan lantas merentap tangannya sekuat hati. Kedua-dua mereka terseret ke belakang beberapa sentimeter. Pinggang Ridzuan berlanggar pada meja. Manakala tubuh Rohana pula bertembung dengan papan hitam.


Nafas Ridzuan turun naik. Peluh mula mengalir. Dengupan jantung menjadi abnormal. Berdengup, pantas daripada biasa. Jelas terasa dengupan organ dalamannya itu seperti drum. Bukan kerana keletihan. Tetapi kerana sketsa spontan tadi.

Belakang tangan kanan digunakan untuk mengesat peluh pada pipi. Face masknya sudah tiada. Mata membulat sekali lagi. Dia memandang Rohana. Sama sepertinya, membongkok menahan sakit. Tangan perempuan itu dia jeling.

Rohana, give it back.” Ridzuan meminta barang miliknya dikembalikan semula. Memekup wajah dengan tangan kanan. Agak biadap meminta dengan tangan kiri dihulurkan. Segera Ridzuan bertukar ke tangan kanan selepas itu.

Rohana menggeleng. Face mask Ridzuan digenggam dengan erat kedua-dua belah tangan. Didakap agar tidak dirampas lelaki itu. Malu. Tindakannya terhadap Ridzuan, juga malu dengan diri sendiri. Wajah yang merah padam terus tertunduk.

“Roha...”

“Hana!” Kata-kata Ridzuan dicantas. Bergema suara perempuan itu ke seluruh kelas.

Tangan dihulurkan sekali tetapi ditepis.

Ridzuan mendengus pendek.

Tidak mempedulikan lagi fack mask yang dalam genggaman tangan Rohana. Wajah dibiarkan tidak berselindung  seperti kebiasaannya.

Dia kembali ke tempat duduk. Barang-barang disumbat masuk ke dalam beg. Digalas pada bahu kiri. Dia menuju ke arah Rohana kembali. Beg  perempuan itu dia capai, juga digalas pada bahu yang sama.

Let’s go. Before somebody sees us.” Lengan baju Rohana dicubit sama seperti sebelum ini. Sekali lagi dia membawa perempuan itu pergi.

★★★★★★★

Restoran makan segera yang biasa dikunjungi Anis Suzanna dan mereka yang lain menjadi pilihan. Mungkin kerana jaraknya tidak jauh dari sekolah. Beg masing-masing diletakkan pada kerusi kosong. Rohana tunggu sementara Ridzuan pula mendapatkan minuman dan sedikit makanan untuk dikunyah.

“Kalau awak tak mahu cakap dengan pun tak apa. Tapi boleh tak pulangkan face mask saya?” Kata Ridzuan. Minuman ringan dihulurkan kepada Rohana.

Rohana menggeleng. Namun wajahnya masih lagi ditundukkan. Merah. Jelas kelihatan hingga ke telinga.

Look, Rohana. You can’t expect me to read your mind. If you have an issue, just tell me.” Sambungnya lagi sambil menyilang jemari kedua-dua belah tangan.

“Hana... Panggil saya Hana...”

“Ok, Hana. Sekarang, boleh tak pandang ke arah saya dan ceritakan apa yang terjadi?”

Rohana menggeleng lagi.

Hana, eyes on me.

Menggeleng.

Please...

Nada suara Ridzuan lembut ditutur. Kali pertama dia mendengar Ridzuan bercakap dengan nada yang lembut, apa lagi merendah diri seperti itu. Bunyinya memang tenang. Tetapi terselit perasaan risau yang disembunyikan.

Sebaliknya,  Rohana pula, kekal diam tidak bersuara. Dalam kepala,  penuh dengan diri sendiri. Apa yang telah dilakukan. Apa yang telah dikatakan. Apa yang telah difikirkan. Semuanya salah. Semuanya bukan dirinya yang dia sendiri kenal.

Ingin menjadikan Ridzuan seseorang istimewa bagi diri sendiri. Bukan kekasih. Teman, sahabat lelaki yang akrab. Sama seperti Anis Suzanna dengan Irham dan Harris. Sama seperti Iirma dengan Badrul dan Hisham. Berlainan jantina tetapi sesama spesis. Itu yang dia dambakan selama ini.

Bagaimana dengan Ridzuan? Adakah lelaki itu dapat menerimanya? Siapa diri dia yang sebenar. Beberapa kali dia pernah cuba merungkai rahsia lelaki itu. Rahsia wajah Ridzuan, cuba dia rungkai dengan cara paksa. Tanpa persetujuan lelaki itu sendiri. Semata-mata memenuhi kehendak hatinya.

Diri sendiri pula, seorang pelajar sekolah menengah yang asalnya seorang stalker. Kini sudah ‘bertaubat’. Kemudian mengambil upah sebagai seorang penyiasat peribadi. Berkhidmat setiap masa yang ada untuk klien-kliennya.

Di hadapan, orang mengenali diri dia sebagai seorang perempuan yang lemah lembut. Tidak pernah marah, lagi meninggikan suara. Airhead, menyebabkan ramai orang percaya bahawa dia seorang budak yang baik. Di belakang pula, mengekori orang lain yang tidak dikenali. Semata-mata ingin mengisi masa lapang. Juga untuk upah.

Apa beza dia dengan Ridzuan? Sejak kali pertama bertentangan muka, lelaki itu sudah pun memakai face mask. Setiap kali soalan berkaitan tabiat aneh itu orang tanya, Ridzuan akan diam. Jika tidak, dia akan menukar topik perbualan.

Apa yang lelaki itu buat di belakangnya, siapa tahu? Insiden malam itu tidak dapat dia lupakan. Bagaimana tangkas pergerakan Ridzuan. Bagaimana pantas lelaki itu berlari. Kemudian seolah-olah ‘terbang’ melepasi tembok yang tinggi. Apa lagi yang lelaki itu boleh buat, masih banyak yang dia tidak tahu.

Face mask Ridzuan digenggam dengan erat. Tindakan luar kawalannya berjaya merampas face mask lelaki itu. Inilah apa yang dia mahukan. Tetapi hatinya berasa kurang senang. Rasa serba salah.

Ridz, I’m sorry for what I’ve done.” Perlahan-lahan Rohana mengangkat wajah. Lemah. Sama seperti suaranya.

Dari atas leher dagu muncung yang sedikit tumpul terukir. Digaris dengan sepasang bibir yang merah lembap. Tidak tersenyum. Tidak marah. Hidung, kemudian sepasang mata yang sentiasa dia renung selama ini.

Adakah ini Ridzuan yang dia kenal? Seperti orang lain.

Baby face.” Ucap Rohana apabila menatap wajah penuh lelaki itu. Bukan apa yang terlintas dalam fikiran. Namun apa yang terdetik dalam hati. Spontan terucap tanpa ditafsir.

“Apa?”


You Might Also Like

7 comments

  1. Tak sabar menantikan kisah Rohana dan Ridzuan seterusnya. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Dah agak dah Anis tu mesti ada something kan? Takdenye orang yg best fren nak menunjuk2 mesra sangat mcm tu.. Macam saiko je.. Huhu..

    To Rohana, apa lah tak sabar sangat.. Be patience sikit boleh tak.. Kang kena reject baru tahu.. Muahahahaha.. Aku lak yg emo ni dah kenapa..

    ReplyDelete
  3. bnayak udang di sebalik mee nie..cerita penuh tanda tanya..hihi.. teruskan..chaiyok3..

    ReplyDelete
  4. Wahhjhh baby face last sekali tu hiks

    ReplyDelete
  5. wah..terima kasih la sbb buat column khas tu..senang sikit. suka baca cerpen2 ni..nnati dh habis baca kita komen la kat sambungan seterusnya. kena baca balik dr part asal..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.