Wajah - Part 4

15.11.14

Part 1
Part 2
Part 3


“Apa pula yang tak kena dengan anak dara seorang ni? Tersengih-sengih dari tadi.” Soal Anis Suzanna. Dagu ditongkat ada pada meja. Bertentang dengan Rohana. Bingung dengan perubahan sikap Rohana. Langsung tidak menentu. Kerap sangat bertukar mood sejak kebelakangan ini. Sambungnya, “Is she being possesed by something?

“Tak ada sampai tahap tu. Maybe...” Celah Iirma. Dia turut serta. Kemudian melabuhkan punggung pada meja sebelah.

Perbualan anatara dua orang anak gadis itu tidak dihiraukan. Rohana dan dirinya dalam dunia sendiri. Sekali lagi. Tetapi keadaannya sekarang berbeza berbanding sebelum ini. Dunia yang tiada seorang pun boleh ceroboh. Walau dengan apa cara sekali pun.

Then?” Sekali lagi Anis Suzanna bertanya.

“Entahlah...”

★★★★★★★

Waktu rehat. Tipikalnya, pelajar-pelajar akan tertumpu ke kantin. Tidak ketinggalan juga yang mengunjungi perpustakaan. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang menghabiskan masa duduk di sekeliling kawasan sekolah.

Juga, pelajar-pelajar yang duduk dalam kelas masing-masing. Berbual, sambil makan makanan yang dibawa bersama-sama tidak kira dari rumah, mahupun dibeli sebelum tiba ke sekolah. Ada juga yang sedang meniru kerja rumah pelajar lain.

Dalam kelas 4 Quanta, Irham dan Harris sudahpun terlelap di tempat duduk masing-masing. Kebiasaan bagi dua orang budak lelaki itu. Langsung tidak melepaskan peluang yang ada. Jika tidak tidur, memang barangkali ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka.

Manakala Anis Suzanna dan Iirma pula duduk di bawah pokok seperti biasa. Mulut lebih sibuk mengunyah makanan masing-masing. Berdua-duaan sebegini, biasanya perbualan antara mereka kurang. Jika perbualan yang biasa, memang ada. Tetapi perbualan yang agak peribadi, barangkali tidak dibincangkan di kawasan seperti ini.

Sebaliknya, Rohana pula langsung tidak kelihatan sebaik sahaja loceng rehat berbunyi tadi. Ke mana dia menghilang, tiada sesiapa pun tahu. Bukan perempuan itu seorang sahaja. Sama juga dengan Ridzuan yang seolah-olah ghaib begitu sahaja. Sejak bila lelaki itu meninggalkan kelas, juga tiada yang perasan.

Berhampiran dengan stor sekolah. Sebelum masuk ke padang. Sekali pandang, tidak kelihatan pelajar yang kelihatan berada sekeliling kawasan itu. Tetapi apabila pandangan mata direnung seketika, barulah nampak kelibat seorang lelaki sedang duduk di bawah sebatang pokok seperti sedang mengunyah sesuatu.

“Di sini awak rupa-rupanya.” Kata Rohana, memunculkan diri dari sebalik pokok itu tiba-tiba. Tangan yang dibawa ke belakang tubuh menyembunyikan bekal makanan.

Luas terbuka mata Ridzuan. Kotak air susu yang baru sahaja hendak dipisahkan strawnya terlepas ke permukaan rumput. Tetapi reaksinya tidak begitu menonjol. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu yang dihijab face mask seperti biasa.

“Kenapa tak pergi makan dengan orang lain?” Sambung Rohana sambil datang dekat. Langkahnya perlahan. Dia melabuhkan punggung 30 sentimeter dari kanan lelaki itu.

Menggeleng. Lemah Ridzuan menjawab, “Saja-saja.”

Ringkas. Tetapi tidak berniat dingin terhadap Rohana.

“Tak rasa sunyi?”

Lagi Ridzuan sekadar menggeleng. Kotak air susunya dipungut semula. Bucu-bucu kotak tersebut dipegang dengan hujung jari. Label yang tertera padanya dipandang kosong.

“Tak. Lagi pun di sini tak ada orang sangat. Tenang.” Jelas Ridzuan.

Pandangannya dilontarkan ke arah padang. Trek balapan berwarna merah gelap pada asalnya telah pun pudar warna, ditelan masa. Di tengah-tengah trek itu pula terdapat kawasan kecil di mana rumputnya lebih segar berbanding selebihnya kerana sering dilitupi tilam lompat tinggi.

Ridzuan memejamkan mata. Mendengar bunyi angin bertiup. Angin tengah hari ini agak panas. Ditambah lagi dengan bahang mentari yang langsung tidak diselubungi kumpulan awan yang datang bersama-sama angin tadi.

Terasa seperti ada sesuatu seperti sedang berbisik kepadanya. Bukan mainan minda mahupun khayalan dia. Kerana dia sendiri faham apa yang cuba disampaikan.

Tiba-tiba angin itu bertiup kencang. Langsung tiada sebarang amaran. Meniup segala apa yang ada dalam laluannya. Habuk, debu serta dedaun kering turut dibawa bersama-samanya naik ke udara sebelum meninggalkan kawasan itu.

Ridzuan membuka matanya semula.

“Ridz?” Tanya Rohana. Dia merapatkan wajah kepada lelaki itu.

Segera Ridzuan berganjak. Kotak air susunya terlepas sekali lagi. Terkejut. Sementara itu, tangan Rohana pula memanjang. Matlamat perempuan itu adalah untuk  mencapai face masknya. Sekali lagi.

Malang bagi Rohana, gerak-geri itu sudah boleh dijangka.

I got it.” Ridzuan menahan tangan Rohana.

Perempuan itu tenang dan melabuhkan punggung semula. Ridzuan menambah jarak antara mereka. Sambungnya, “All I need to do is remove this face mask, right?

Rohana mengangguk faham. Pipinya kemerah-merahan tanpa dia sedar. Matanya pula bersinar-sinar.

“Kenapa awak selalu pakai face mask?” Soal Rohana lagi. Merapatkan jarak antara mereka.

“Saya ada sebab tersendiri.” Ridzuan menjauhkan diri. Sempat dia meragut kotak air susunya.

“Sebabnya?”

Diam. Straw dicucuk ke kotak air susu tersebut. Beberapa kali dipusing kemudian kedudukan straw itu statik kembali. Kotak itu bertemu permukaan rumput semula. Tetapi kali ini dipegang dengan tangan kanan Ridzuan.

“Tak adalah serius sangat. Tapi biasanya saya pakai face mask ni hampir setiap masa.”

“Setiap hari? 4 tahun berturut-turut?”

Ridzuan mengangguk. Membisu.

 “Dekat rumah pun pakai juga?” Semakin serius suara Rohana. Dia merangkak ke arah Ridzuan. Pandangan hanya tertumpu ke arah mata lelaki itu.

Lagi menggeleng. Sambung Ridzuan, “Biasanya waktu berjaga saja. Kalau mandi, makan, apa semua, saya tanggalkan.”

Why do you always keep that face mask on?

Lengan baju Ridzuan ditarik. Rohana merenung dalam, terus tertusuk ke mata lelaki itu. Menusuk masuk mengikut saluran darah. Lantas ke jantung lelaki itu. Dengupan jantung yang mengepam darah lelaki itu spontan bertukar laju.

Sedikit merah wajah Ridzuan. Terlalu banyak darah ke kepalanya.

Ridzuan menggerakkan wajah. Perlahan-lahan. Lari daripada pasangan mata yang merenungnya. Namun tidak jauh dapat dia pergi. Tangan Rohana lagi melarat. Mulanya mencapai kolar, kemudian kedua-dua belah pipinya. Perempuan itu memaksa dia kembali bertentangan mata dengannya.

This time, please look at me and answer my question.” Paksa perempuan itu lagi.

Ridzuan cuba melawan tetapi keputusannya sama. Sama seperti sebelum ini. Anak matanya dilirikkan ke arah lain.

“Rohana, if somebody sees us like this, we’re so dead.

“Hana!”

Let me go first.

Not until you tell me your reasons.

“Kenapa awak nak tahu sangat? I don’t think that really matters to you.

“Sebab saya nak berkenalan lebih rapat dengan awak. Bukan saja tu, tapi saya nak tengok muka awak. Nak kenal bagaimana personaliti awak sebenar. Siapa diri awak yang orang lain tak pernah tahu selama ini.”

Rohana menarik nafas dengan dalam. Ditahan. Wajahnya merah. Bukannya merah kerana segan atau malu. Air mata yang hampir-hampir melimpah ditahan.

Sekuat hati, sepenuh perasaan, dia menolak Ridzuan.


Hilang imbangan. Lelaki itu tumbang ke rumput. Remuk hati, Rohana tidak sanggup lagi menatap wajah lelaki itu. Lantas dia bangun. Ingin disusunnya langkah seribu. Nasibnya tidak begitu baik. Kain seragamnya sekali lagi membuatkan gerakan kakinya sumbang. Dia juga turut hilang imbangan lalu rebah bersebelahan Ridzuan.

Mereka berpandangan. Kedua-dua membisu seketika

Now we’re dead.” Keluh Ridzuan lemah. Dia segera bangun dan menjauhkan diri daripada perempuan itu.

“Ke... kenapa?” Rohana juga berbuat perkara yang sama.

Look...” Ridzuan menunding jarinya ke arah bertentangan.

Rohana, pada mulanya hilang kepercayaan terhadap lelaki itu. Tetapi dia menoleh ke arah jari yang menunding tersebut.

Sir Razak. Gagah berdiri dengan kedua-dua belah tangan mengangkat kotak berisi barang-barang yang dibawa daripada stor sukan. Wajah bekas tentera itu kosong. Tetapi kening dan hujung bibirnya terangkat.

Skippers, give me 15 laps after school today.Sir Razak memberi komen berikutan apa yang dia nampak. Sebarang alasan tidak akan masuk ke telinganya. Lalu dia meneruskan kerjanya.

Yes sir...” Keluh Ridzuan. Dia memusingkan tubuh, lantas bangun berdiri. Kotak air susunya dicapai dan dicampakkan ke dalam tong sampah.

★★★★★★★

Disebabkan hari ini kelas mereka tidak ada kelas pendidikan jasmani, Sir Razak meminjamkan seragam milik pasukan olahraga. Rohana menunggu di atas trek sambil memanaskan badan. Rambut yang separa panjang melepasi bahu dia ikat ke belakang. Sambil itu matanya tertumpu pada Ridzuan yang sedang bercakap dengan Sir Razak di hadapan stor sukan. Dari situ juga dia dapat lihat lelaki itu sedang mengenakan sesuatu pada pergelangan kakinya.

“Maaf menunggu.” Ridzuan datang. Stopwatch dihulurkan kepada Rohana. Sambungnya lagi, “Sir Razak mahu kita record masa larian masing-masing.”

Mata Rohana sepet memandang. Anak matanya tidak begitu jelas kelihatan. Ridzuan terus membetulkan tali kasutnya. Diperiksa buat kali terakhir agar tidak terungkai simpulan mati yang dia buat.

Still with the face mask?” Soal Rohana seorang diri.

Ridzuan mengangkat wajah. Sekilas mata memandang Rohana. Butang stopwatch dia tekan kemudian lariannya bermula.

“Sampai bila awak nak lari?” Soal Rohana lagi, turut mengikut langkah lelaki itu.

“Sampai bila? Sampai habis 15 laps ni.”

That’s not what I mean.

Diam. Ridzuan meningkatkan tempo. Meninggalkan perempuan itu jauh di belakang.

“Kenapa awak nak sembunyikan wajah awak? Padahal tak ada apa yang salah pun.”

I never meant to do that.

Then? Why?

Ridzuan membiarkan soalan itu tidak terjawab. Dalam tidak sedar, kedua-dua belah buku limanya tergenggam. Darah memancut ke kepala. Pernafasan, dengupan jantung tidak stabil. Lagi laju dia lari, lantas, menamatkan larian 400 meter pertamanya. Tetapi masih ada 14 pusingan trek yang perlu dihabiskan.

Fine! Biar saya beritahu rahsia saya dulu!” Jerit Rohana yang bertentangan dengannya.



Jantung Ridzuan berhenti sedetik. Begitu juga dengan kakinya.

“Saya Rohana. Tingkatan 4 Quanta. Ex-stalker.”

Ridzuan kembali ke lariannya.

Tidak mengalah. Rohana mengejar.

“Dulu, waktu sekolah rendah, saya ada suka seorang lelaki. Saya nak tahu sangat mengenai dia. Disebabkan perasaan ingin tahu tu, saya stalk dia berhari-hari. Sampai saya dapat kesemua maklumat yang saya mahukan. Tak kira apa masa sekalipun, saya akan ikut, perhati orang itu dari jauh tanpa dia sedar.”

Kurang faham akan kata-kata Rohana. Namun Ridzuan berlari tanpa memperlahankan rentaknya.

“Sekarang, saya mula ambil upah daripada orang lain. Saya stalk orang untuk mendapatkan maklumat, mendedahkan scandal mereka. Pada mulanya saya cuma nak isi masa lapang saja. Tapi kadang-kadang saya buat ini semata-mata untuk duit.” Sambung Rohana.

“Kenapa awak buka aib sendiri?”

“Sebab...”

Don’t push yourself, Rohana.”

Ridzuan muncul dari belakang tiba-tiba. Lantas memintas Rohana.

Geram dengan kata-kata lelaki itu. Stopwatch yang terkalung pada leher ditanggalkan. Sasaran dikenal pasti, belakang kepala Ridzuan. Dengan sepenuh hati, stopwatch itu dia lontar.

Pantas Ridzuan berpusing ke belakang. Tubuh dilonjak ke udara. Gerakan halus bagai seorang penari balet. Ridzuan menangkap stopwatch berkenaan. Buat seketika dia kelihatan seperti terapung-apung. Tetapi kembali dia mendarat di atas permukaan trek  itu semula dengan selamat.

“Bahaya.” Stopwatch itu dikalungkan kepada Rohana semula.

Tangan Ridzuan ditepis. Rohana menolak bahu Ridzuan dan meneruskan hukuman yang dikenakan kepadanya. Masih lagi berbaki lebih 13 pusingan lagi bagi dia.

“Rohana, tunggu dulu.” Panggil Ridzuan. Kemudian segera mengejar perempuan itu.

Giliran Rohana pula membisu.

“Rohana.”

Membisu lagi.

“Roha...”

Tangan kiri dihayun. Seperti hendak mencakar muka Ridzuan. Malangnya lelaki itu sempat mengelak. Tangan kanan pula dihulur. Ditepis Ridzuan dengan kedua-dua belah tangan. Sekali lagi dia menggunakan tangan kiri, meragut face mask yang dipakai Ridzuan.

“Please give it back to me.” Minta Rizduan dengan sopan.

Berkerut dahi Rohana. Kerutan itu bertambah apabila melihat wajah lelaki itu yang langsung tidak beremosi.

Rasa geram dalam hati yang membuak-buak tidak mampu ditahan. Face mask itu Rohana koyak kepada dua dan dicampakkan ke tepi trek.

“Apa masalahnya kalau awak tak pakai face mask? Ada orang datang nak cium awak? Atau udara di sini terlalu kotor untuk awak bernafas?” Rohana meninggikan suara. Dada lelaki itu ditekan.

Calm down, Rohana.” Cuba dipujuk perempuan itu.

“Kenapa?”

Merah wajah Rohana. Nafasnya turun naik. Sama ada sudah penat berlari. Atau disebabkan emosi yang tidak terkawal. Wajah yang tidak begitu kelihatan tertunduk itu masih boleh dibaca. Samar-samar air jernih di kelopak mata perempuan itu nampak.

Kening Ridzuan terangkat.

“Kenapa? Susah sangat untuk berterus terang?”

“Bukannya saya tak mahu...”

Alasan demi alasan daripada lelaki itu bukannya apa yang dia mahu dengar. Perasaannya kini bercampur baur. Berat hati untuk bersuara lagi. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasa. Kecewa. Malu. Marah. Apa sahaja, dia tidak faham.

Rohana kembali meneruskan langkah, meninggalkan Ridzuan.

Segera Ridzuan mengejarnya. Memperlahankan langkah apabila datang dekat. Tetapi ditolak Rohana ke tepi.

Dia mengulangi perbuatan yang sama. Cuba memulakan perbualan antara mereka kembali. Tetapi reaksi daripada Rohana tetap sama. Ditolaknya sekuat hati.

Enggan berputus asa. Ridzuan sekali lagi cuba merapati Rohana. Matanya terpandang ke arah Sir Razak yang berada di luar trek. Sesungguhnya apa yang dia lakukan tidak begitu manis dipandang.

Berat hati untuk berlari meninggalkan Rohana. Tetapi Ridzuan meningkatkan rentak lariannya. Laju seperti kebiasaannya, lantas meninggalkan perempuan itu jauh di belakang.

Beberapa kali dia akan memintas Rohana. Tetapi perempuan itu masih enggan bersuara. Langkahnya juga perlahan, seperti sudah tidak bermaya. Wajah juga tertunduk, memandang trek setiap masa.

Tidak sampai hati Ridzuan untuk meninggalkan Rohana bersendirian. Tetapi selagi Sir Razak masih memantau pergerakan mereka, dia tiada pilihan lain selain terus mara ke hadapan.


Meskipun sudah menamatkan kesemua 15 pusingan, Ridzuan masih terus berlari. Tetapi langkah kakinya perlahan. Menyamai langkah kaki Rohana. Mulanya dia sekadar mengekori perempuan itu dari belakang. Tetapi dia mengambil keputusan untuk berlari seiringan dengan perempuan itu sehingga Rohana juga menamatkan hukuman yang dikenakan terhadap dia.

You Might Also Like

7 comments

  1. tak sabar pula apa sebab dia pakai face mask.

    ReplyDelete
  2. Itulah Rohana tak sabar sangat..
    Kan dah kena dgn Sir Razak.. Hehehe.. Cian dak face mask tu..

    ReplyDelete
  3. Salam Perkenalan.
    Follower #2534
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wow.. nice nice.. nampak misteri bila pakai face mask.. heee

    btw, triple klik sony z3 utk zizie (:

    ReplyDelete
  5. actually Misaki suka org pakai face mask.. mwahahaha..

    some person nampak weird and buat Misaki nak tahu pasal org tuh..

    and someone yg pakai mask nampak cool bwahhahahaha XDD

    anyway sebab apa agaknya dia pakai mask.. sakit ke? sebab dia malu ke? kui3 XDD

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.