A Day With Le' Boyfriends.

24.12.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Dah lama tak jumpa orang kesayangan kerana jarak memisahkan kami. setahun sekali, baru boleh berjumpa, dah macam raya bunyinya. Minggu lepas adalah hari yang ditunggu-tunggu, dinanti-nanti. Siang malam berdoa agar rancangan kami menjadi. Almaklumlah, nak lepas rindu.

Terima kasih kepada abah mereka sebab benarkan Zizie bawak mereka keluar berjalan-jalan. yeay! dapat juga jumpa anak-anak; Aqif & Khalif. Dah besar dah. Aqif dah nak masuk darjah satu. Khalif pun dah nak masuk 3 tahun dan akan dihantar ke Taska.

Mula-mula jumpa, dorang dah teriak panggil Zizie, "Andak! Andak!". Gosh! I miss you so much, guys. Maka, berpindah kereta la mereka. Tak sampai 15 minit masuk kereta, dorang dah belasah zizie. Ditariknya selendang zizie. "Rosakkan selendang Andak!". Nauzubillah punya nakal dorang ni.


kakak zizie dah warning awal-awal,

"You larat ke? Dorang tu makin ligat tau. Pak Ngah dorang dah kena buli haritu". 
"Aqif tu memilih makanan, boleh ke tu?".

Rileks. Kalau nakal, kita marah dia. Kalau memilih makanan, pandai-pandai la cari makanan untuk dia. hehe. Lepas amik dorang, kitorang ke Seoul Garden.

"Aqif, aqif nak makan apa?"
"Aqif nak makan nasi goreng."

Alamak, ada ke nasi goreng kat Seoul Garden tu.

Sampai aje kat Seoul Garden, sekali lagi dorang nak buli Andak dia. Dua-dua mintak nak didukung ke meja makan. Abang Seoul Garden tu tengok aje. Ya Allah, pening kepala kejap. Takkan nak angkut dua-dua, patah pinggang aku. Memang kena angkut sorang-sorang la. What a lucky, Khalif still under 90 cm, so it's free for him. Selamat duit aku.


Nakal sangat! Orang nak ambil makanan pun tak senang dibuatnya. Khalif punya selera tak risau sangat sebab dia jenis kuat makan. Alhamdulillah la ada nasi goreng kat Seoul Garden tu.


Naib baiklah zizie bawak kawan zizie, Azie. so, boleh gilir-gilir dengan dia. Then, I have a little conversation with Aqif. Aqif ni dia cepat mature. so, memang best sembang ngan dia even kekadang merapu jugak jawapannya. Dialah yang zizie jaga sejak umur 4 bulan. Bergaduh, bermanja, menangis, semua dah kena dengan dia ni. Satu perangai dia, kuat sangat merajuk. Aduhai!


Adik pulak jenis slumber and cool sikit. Dia ni jenis ikut apa yang abang dia buat. Dia nampak abang kiss Andak, terus dia datang gomol Andak. Aduhai. Hahahaha.

Lepas bagi dorang makan sampai kenyang, barulah Zizie boleh makan. OMG. Tu pun tak puas sebab budak-budak ni tak sabar nak ke pantai.


Tengok la budak-budak ni. Andak nak berposing pun tak boleh. Dua-dua buas. So, sementara tak ada anak ni, you olls berposing la selentik mana selagi boleh. hahaha.

Masa masuk dalam lift, Aqif ni boleh pulak buat lawak, "Jangan tutup, nanti tersempit". Suara dia dah la halus. Semua yang ada dalam lift gelakkan dia, including me. Dia dah malu and nak cover dengan pukul Zizie. Tapi, tersalah pukul Auntie lain. Hahaha. Makin berdekah la kitorang gelak, "Aqif pukul siapa tu? Andak kat sini.". Dia dah malu sangat sampai menangis. Katanya Andak jahat sebab gelakkan Aqif. Pandai kamu ye nak putar belit cerita!

Adik malas nak layan perangai abang. Dia buat tak tahu aje. Sampai sahaja di Pantai Klebang, Aqif ni mintak nak main layang-layang. Yela, ikutkan aje sebab dah merajuk. Adik pun nak jugak. Aduhai.


Seronok dapat layang-layang. Mainlah kamu denga Auntie Zirah. So, zizie layankan si Khalif. Orang dah bagi layang-layang, bukannya dia nak main sangat. Saja sibuk dengkikan abangnya. Aduhai.

"Andak, kejarlah!"


Suka betul dia. Andak tak kasi main dekat dengan air sebab abah dorang tak kasi baju spare. Nasib baiklah adik ni dengar kata dan main pasir aje. Then, interview dia sikit. Klik video kat bawah. Sorry. Angin kuat kat pantai. hehe.



Dulu, adik ni jenis pemalu. Suka menempek aje, manja-manja. Sekarang, dah panjang akal. Kita suruh dia lompat, dia tonggek pulak. Hahaha.


Ini dia panggil posing manja. Hahaha. Panjang akal dah dia ni.

Masa nak bawak dorang ke Seoul Garden, Aqif ni tetiba mintak Cool Blog. eh! Dah pandai minum Cool Blog pulak. Zizie ni pulak jenis tak suka manjakan dorang so, Zizie tak layankan sangat permintaan mengarut macam tu. Habis aje main kat pantai, Zizie bawak dorang minum Coconut Shake.

"Adik, adik nak Coconut Shake apa?"
"Kejap, adik fikir."

And he gave me this kind of face.


Eiiiii.. aku gomol budak ni sampai lemas kang!

Daripada menghabiskan duit kat Cool Blog, meh sini Andak belanja korang Coconut Shake Oreo. Haaa.. Sampai terdiam dorang minum sebab best sangat.


Coconut Shake Ori kepunyaan Andak pun dorang kebas jugak. Sedap kan? Hehe.


Thank you Hazirah and her sister, Haziqah sebab sudi temankan. Ini kalau Zizie sorang-sorang ni, mahu pengsan dibuatnya!

Kakak zizie cakap, "Jatuh la saham you sebab orang ingat you ada dua orang anak". It's better like that, sis. Coz I love them more. Ehehe.

Tahun depan barulah boleh jumpa dorang. Maybe next time, I'll make a trip to Tawau, Sabah to meet them. InsyaAllah. Already missing them. Even kena marah, kena pukul tangan sebab nakal, I still love you. Eheh.

You Might Also Like

22 comments

  1. manjanyaaa dengan andak diorg ekkk.. nak pulak die ikut jalan..

    ReplyDelete
  2. comelnyaaa diyorang!! especially bab dia tarik tudung akak :p hahaha kelakar gila.. yang part tonggeng tu pun kelakar juga.. comel je budak kecik dua ornag ni

    ReplyDelete
  3. amboii seronoknya budak kecik tu berjalan :)

    ReplyDelete
  4. Terserlah sikap ibu2 tu..tau..heheh

    ReplyDelete
  5. Ya Allah comelnya budak2 niii. Sweet sgt entry ni. Sayang betul diorg kat kak zizie. Manja tapi nakal, hehe. Sabo jelah layan kenakalan diorg kan :p

    ReplyDelete
  6. Omg sumpah diorang hencem eeeee kecik kecik ncem omey woot woot heheheheheh
    Betul.
    Kesah pe org ingat dh kahwin 2 anak ekekekeekeeke.

    Hmmm bila kak zizie nak ada anak sendiri. Eh.

    Hahahahajhha gurau!!! Hihi. Hm qila suka nice kids. I hate the naughty one ahahaha. Annoying tp tetap kena syg hehehehe

    ReplyDelete
  7. awww... sweetnya dengan boyfriends!! kenapa comel sangat budak dua org tu? gambar si adik yg muncung tu comel gilaaaaaa

    ReplyDelete
  8. aaa kenape cute sangat especially si adik. ohmaiiii

    Suke layan budK2 kan, terhibur dgn kerenah dorg :)

    ReplyDelete
  9. comelnya mereka berdua ni! hehe. tapi ligat n nakal sangat :) nasib baik Andak sayang. hehe :D

    ReplyDelete
  10. cantik la gambar budak tu menonggek..hoho.. posisinya lawa.
    btw,bestnya ada anak buah kan, mcm kita ni kat rumah semua dah besar2 saudara mara smua yg ada aanak duduk jauh. kekok kekadang layan budak..

    ReplyDelete
  11. Bestnya Andk baw dia jalan2.
    Tak adanya jatuh saham.

    Akak jalan dengan 3 orang anak-anak ni depa kata ADIK ke?

    ReplyDelete
  12. haha. adik comey nak jadi ustaz ye :)
    untung dorang ada andak yang penyabar orangnya ^^

    ReplyDelete
  13. Hhahaa. beraninya bawak budak2 ni gi jalan. Prektis gituuu. ekekeke

    ReplyDelete
  14. manjanya dorang dengan zizie.. Azwar tak biasalah pula dengan budak2..haha :)

    ReplyDelete
  15. Bestnyer ada anak-anak saudara cam dorang yer ^-^

    ReplyDelete
  16. ya allah muka tu kannnnn.. muka mintak gigit tahu? hehehe

    ReplyDelete
  17. Memang nakal nanti dh besar konfem malu dgn zizie.. hehe. Dh penah ada pengalaman mcm ni.

    ReplyDelete
  18. Tak rugi manjakan darah daging sendiri..satu hari mereka pula akan lebih menyayangi kita..anak anak belajar melalui tauladan..lihat..rakam..simpan dan ingat..both of you boys..very cuteszzz..ahakkk..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.