Final Year Project 1 Presentation - Done!

3.12.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Ya Allah, berhabuk teruk rumah ketiga zizie ni.. maafkan diriku.

Alhamdulillah, hari ini dah selesai final year project (fyp) presentation. Malam-malam sebelumnya, zizie sangat sangat sangat sangat risau dan stress. Siap berterapi dengan coklat. Hehe. Mana tidaknya, kawan-kawan lain sempat la nak tunjuk poster kat supervisor dorang dan perbetulkan apa yang patut. Supervisor zizie pulak busy terpaksa ke kampus lain. So, jadi "anak yang berdikari" la.



Terima kasihlah kepada hazirah sebab rajin benau dia layankan kerenah zizie. "Azie, camne ni?", "azie, okay tak kalau zizie buat macam ni?". Memang zizie redha sahajalah dengan poster zizie sebab zizie tak tahu nak buat macam mana dah. Sudahlah pagi tadi ada kejadian sampai masuk lambat untuk presentation. Maafkan kami pak ip. Memang tak boleh elak.

So, berdirilah zizie di samping poster dengan harapan semuanya okay-okay sahaja.



Siapa nampak tajuk fyp zizie? Hehehe.

Syukur ke hadrat Illahi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Soalan pun boleh dijawab dengan "sedikit menggoreng". Then, my supervisor datang menjengah poster zizie. Memang part expected result tu, zizie dah pasrah sebab tak dapat guide daripada dia sebab busy. Nasib baiklah all the panels faham isi kandungan poster zizie. Hehe. Lain kali, siapa nak belajar buat poster, pm zizie. Chewaahh.. Macam la kau expert sangat zie.

Tahniah juga kepada rakan-rakan fakulti. Ada yang kena hentam teruk, ada yang biasa-biasa sahaja. Yang penting, need to focus on the report! Jangan sedih-sedih tau. *flying kiss satu*



Sementara tunggu panel, inilah kerja kami. Selfie. Hahaha.



Tunggulah bila dah submit report. Qada tidur habis-habisan! Hehe. Tak larat nak fikirkan assignment yang tertangguh lagi, project presentation subject lain lagi. Sabarlah wahai hati.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

16 comments

  1. lawa poster kak zizie, mesti ada banyak isi dlm tu :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah ya Zizie. Dah habis dah fyp. Kurang sikit stress. Ya tak? hehe :D

    ReplyDelete
  3. oke la tu...hasil slps berdikari je kan..:)

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee suka menggoreng dalam presentation.

    ReplyDelete
  5. dah submit boleh release tension. yeayy!

    klik inti 4x untuk kak zizie.

    ReplyDelete
  6. Aduh..pasneh yana plak! Lom pk nk bt ape..huhu.. Btw, saiful bahrin tuh kwn yana mse teknik jasin.. Tgok zizie de tag dia kt gmbr..

    ReplyDelete
  7. wahh tetiba rindu pulak masa zaman study dulu hihihi. kalau ada presentation je mesti panik n stress mcm org gila xD

    ReplyDelete
  8. Tahniah yer Zizie... Selamat qada tidur ek

    ReplyDelete
  9. tahniah akak yee :)

    shi blm final pula XDD

    lama sgt laa masih :D

    ReplyDelete
  10. tahniah kak ! ^^ semoga terus ukses dengan reda Allah :))

    ReplyDelete
  11. Untung ada kawan macam tu..boleh bantu bila kita nak kan pandangan dan bantuan..:) terima kasih ye Hazirah..ekekek

    ReplyDelete
  12. Akak singgah ye

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. akak fobia dgn fyp sebab mmg takde hati nak buat psm. haha

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.