Hangout at Satu Daerah Satu Industri (SDSI), MiTC Melaka 2014 - Part 1

18.12.14

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

showcase SDSI ni merupakan salah satu acara tahunan yang paling zizie dan kawan-kawan nantikan setiap tahun.

sumber: http://www.miti.gov.my/
ya, acara ni dah lama berlalu tapi baru sekarang zizie nak menulis. maaflah. saya seorang yang busy. hehe.

terima kasihlah kepada kawan-kawan zizie kerana mengajak zizie ke SDSI pada 6 Disember lepas. hehe. sebenarnya, zizie boleh pergi jalan kaki je sebab lokasinya gila-bapak-dekat-la tapi saja nak bermanja dengan kawan. hahaha.

sampai sahaja ke sana, perghh.. memang fullhouse! laju kami melangkah ke Menu Malaysia. amik kau, makanan dari semua negeri ada. memandangkan group zizie ada 3 orang Terengganu (including myself) dan 1 orang Perak, terus zizie tarik dorang ke booth Terengganu. bertepuk-tepuk kitorang nak makan nasi dagang. almaklumlah, kami semua dah lama tak balik Terengganu. hahaha.

kalau makan nasi dagang, mestilah makan dengan ikan tongkol atau orang Terengganu panggil, "ikan aya". bahagian yang paling sedap ialah bahagian kepala. kawan dari Perak ni tanya, "kenapa kepala?". kitorang tak tahu nak describe the heavenis of kepala ikan aya tu macam mana sebab sedap gilo! tapi, hampa la sebab kepala ikan dah habis. so, tempat kedua bahagian yang paling sedap ialah bahagian ekor.


nasi dagang berharga RM 5. zizie ingatkan, zizie je yang rasa aneh. rupa-rupanya kawan-kawan zizie pun rasa benda yang sama. it's totally different with our mom's cook. kuah nasi dagang ni rasa manis-manis gitu. sebenarnya, tak ada pun rasa kuah masak manis macam ni. whatever. manis ke tak, tetap dimakan sehingga habis sebab kebulur dan homesick.

kemudian, zizie ke booth negeri Perak. tertarik pulak tengok udang lipan yang dipamerkan dalam akuarium. dah macam alien vs predator. tapi, kepala dia macam umang-umang. tak nampak keudangannya sangat. hahaha. menu udang lipan ni pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) tau.


kawan zizie yang dari Perak pun tak pernah makan udang ni. katanya, mahal! di booth ini, zizie memilih udang lipan celup tepung. almaklumlah, baru sudah bernasi dagang. satu pinggan, RM10. wow! sangat mahal.


hehe. dah tinggal satu, baru ingat nak ambil gambar. okay, sepinggan RM10. dalam pinggan tu, ada 10 ketul macam ni. nampak tak kemahalannya di situ. for me, berbaloi. tengok saiz udang la. dah la besar, banyak isi. udang lipan celup tepung ni rasa macam ayam la pulak.

next dishes is sate kajang dari booth negeri Selangor. satu cucuk 70 sen. teringat dedulu sate satu cucuk 40 sen aje. huhuhu.


perut sudah kenyang, hati pun girang. maka, bercuci mulut bersama aiskrim RM 2 pulak dengan perisa vanila coklat.


seronok betul satu malam dapat makan banyak-banyak. hehe. tapi kenapa berat aku tak nak naik-naik!! terima kasih korang. sayangilah sahabat anda yang suka bawak anda keluar makan. hihi.


You Might Also Like

16 comments

  1. wow.. dap nya makanan semua . akak mmg xmakan udang lipan sbb geli dengan bentuk dia hekhek

    ReplyDelete
  2. woa XDD ada klink usahawan :3

    perghh nampak sedap ja makanan yg Zizie makan tuh.. tapi semua yg Misaki tak makan.. mwahahaahaha...

    ais krim je Msiaki makan.. ahahahaa..

    ReplyDelete
  3. akak kalau beli udang lipan akak sorang je amakn..anak dengan suami geli..hehehe

    ReplyDelete
  4. oh event ini yg zizie cakap masa sy dtg melaka tu kan? hehe

    ReplyDelete
  5. Memalam macam ni tengok makanan...memang menggoda

    ReplyDelete
  6. tgk entri ada banyak gambar makan2 ja..ahahha..lapor ni..selamat pagi zizie..!

    kawan suka makan mmg syok la, tak banyak songeh,harap nanti nak kurangkan berat kawan sudi ikut sekali..hehehe..

    setiap negeri ada booth sendiri ya.. bestnya dpt makan makanan dr negeri lain.. ingatkan test food,rupanya kena bayor..

    kita tak pandai makan udang, biasa makan kena kopek kulit,kalau malas bedal ja..hehe.. udang lipan dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  7. Banyaknya makanan. Heaven habis la ni.

    ReplyDelete
  8. Macam sedap je gamba makanan tu , terliur
    Jom tengok video Blogbuster saya :D
    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/12/can-you-see-my-blogbuster-videos.html

    ReplyDelete
  9. Bestnye boleh makan macam-macam yer Zizie... Zumal belum pernah makan udang lipan tu sebab dia nampak pelik... hehe ^-^

    ReplyDelete
  10. kalau dekat memang ini lah acara yg dinanti2 oleh aku jugak. hehe. bestnya makan2.

    ReplyDelete
  11. oh. sampai 7 dis je erk.. terlepas sudah huhu

    ReplyDelete
  12. nice..

    http://electricalsembangkosong.blogspot.com/2014/11/buat-duit-dengan-hanya-bermain-games.html

    ReplyDelete
  13. Sedappppnyaa udanggg tuuuuu! Aaaaaaaaa

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.