Sifat Keji - Takabbur

5.12.14

Siapalah kita untuk bersifat takabbur, riak dan sombong dihadapan manusia sedangkan Allah SWT sedang memerhatikan tindak-tanduk kita. Selayaknya adalah Allah SWT sahaja yang bersifat sedemikian. Allah SWT telah berjanji bahawa bagi orang yang bersifat sombong neraka Jahannam lah tempatnya.


فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِين

“Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu”
(QS. An-Nahl: 29)

Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memiliki sifat sombong ini ialah, firman Allah SWT yang bermaksud :

“Janganlah kamu berjalan dengan menyombongkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37)

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)

Biasanya perasaan ini akan timbul apabila kita berhadapan dengan orang yang lemah pada sangkaan kita. Kita lihat penampilannya yang biasa, rupanya yang biasa, pangkatnya lebih rendah maka pada masa itulah perasaan bangga diri datang dan menerbitkan kesombongan.

Perkara-perkara yang biasanya menjadi bahan kesombongan atau ketakabburan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin (tulisan Imam Al-Ghazali) ada tujuh perkara, iaitu

-ilmu pengetahuan
-amalan dan peribadatan
-keturunan
-keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal
-harta kekayaan
-kekuatan fizikal
-kuasa atau pengaruh.

Orang yang sombong juga tidak akan dapat meninggalkan perasaan dendam, memberi nasihat kepada saudara muslim yang lain secara jujur atau ikhlas dan tidak dapat melaksanakan budi pekerti yang baik.

Sifat sombong atau takabbur juga sebenarnya menyebabkan seseorang itu awal-awal lagi akan disisihkan oleh Allah SWT di dunia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud;
"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran." (Al-A'raf: 146)

Selain itu natijah kesombongan juga, menyebabkan pintu hati pengamalnya tertutup dari menerima hidayah dan kebaikan dari Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
"Demikianlah Allah menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas (memaksa rakyat)." (Surah Al-Mukmin : 35)

Apa yang lebih malang, pemilik sifat takabbur yang menafikan hak-hak Allah akan ditempatkan ke dalam neraka seiring dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan." (Surah Al-Mukmin: 60)

Dan ini diperkukuhkan lagi oleh hadis yang berbunyi yang bermaksud;
"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."

Oleh itu, takutlah kita dengan azab Allah SWT yang sememangnya amat dahsyat dan janji-janji Allah itu adalah benar. Justeru didiklah hati kita dengan meletakkan kebesaran Allah SWT yang paling teratas dan ingatlah bahawa kita sedang diperhatikan oleh-Nya!

sumber: Pusat Islam UTeM

You Might Also Like

14 comments

  1. sifat sombong pada Allah yg sy takut T_T kadang2 bila satu ujian yg Allah bagi tu utk bawak kita dekat balik pada Allah tapi sy sendiri, sebagai manusia kadang2 tu rasa sombong - makin jauh dgn Allah. insyAllah mungkin tu gunanya Allah lengkapkan kita dgn orang sekeliling utk keep reminding each other to turn back to Him. :)

    thank you sharing, salam jumaat utk awk :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Salam jumaat Zizie

    ReplyDelete
  3. mudah-muadahan kita dijauhkan dri sifat2 negatif nih... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah zie..setinggi mana pun kita..jangan sesekali takbur..semua pinjaman..sementara..merendah diri itu good..asal tidak merendahkan maruah kita pada pandangan Allah dan sesama insan kerana bersikap takbur..

    ReplyDelete
  5. moga2 dijuahkan dri sifat ni..
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/12/dia.html

    ReplyDelete
  6. takut juga kalau sifat cmni ada dlm diri kita. minta dijauhkan Ya Allah T_T

    ReplyDelete
  7. Moga dijauhkan daripada sifat takbur ni.

    Terima kasih atas perkongsian, Zizie :)

    ReplyDelete
  8. Nice entry :) Sentiasa lah merendah diri..

    ReplyDelete
  9. thanks kak zizi uiii
    Betul.
    Siapa lah kita ni nk belagak kan....

    ReplyDelete
  10. nice sharing zizie.. mudah-mudahan terhindar dr sikap sombong. kadang2 xsuka tgk org bodoh sombong ni

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Perkongsian yang amat bermanfaat Zizie...

    ReplyDelete
  12. Peringatan utk diri sendiri

    *noted*

    ReplyDelete
  13. Nice sharing zizie. Insyaallah sentiasa membimbing Dan mendidik diri menjauhi sifat takbur ini.....

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.