Wajah Part - 6

13.12.14

Hari-hari berikutnya berlalu seperti biasa. Peristiwa yang berlaku pada hari itu bagai tidak pernah berlaku. Tiada siapa yang ingin mengingat kembali. Juga tiada siapa yang mahu bercakap mengenainya.

Sekali lagi, waktu rehat. Tiga orang pelajar perempuan yang sama, Anis Suzanna, Iirma dan Rohana duduk di bawah pohon yang renek sambil menikmati makan yang sekadar mengalas perut masing-masing.

Di bawah pohon bersebelahan pula Hisham, Badrul dan Harris. Tidak lupa juga Irham yang sudah terlelap sambil menghamparkan buku menutup mukanya.

“Macam picnic. Don’t you think so?” Kata Anis Suzanna.

Yeah, we have all the foods, girls...” Iirma menyambung. Matanya melirik ke arah pelajar-pelajar lelaki. Sambungnya, “and boys...

“Tapi rasa macam tak cukup sesuatu....” Anis Suzanna bersuara sinis. Dia melirikkan pandangan ke arah Rohana. Perempuan itu belum perasan. Sambungnya,“Or maybe somebody...

Kening Rohana terangkat. Terasa seperti diri renung dengan pandangan mata yang kurang menyenangkan. Bekal yang dia bawa diletakkan di atas riba buat sementara.

“Apa?” Soalnya.

Where’s Ridz?” Anis Suzanna bertanya kembali. Kedua-dua kening terangkat. Senyuman ringkas terukir pada bibirnya begitu sinis. Langsung tidak disembunyikan. Seperti mana niatnya untuk menyindir Rohana.

Tetapi perempuan itu masih enggan menjawab. Wajah Rohana pula, sebaliknya memaparkan seribu satu tanda tanya. Seolah-olah tidak mengetahui apa erti soalan yang diajukan kepadanya. Walau bagaimanapun, samar-samar kelihatan coretan kecil senyuman pada hujung bibirnya. Peluang itu digunakan oleh Anis Suzanna sebaik mungkin.

Anis Suzanna datang dekat. Merangkak perlahan-lahan. Sambungnya, “I mean your Ridz.”

“Ri... Ridz? Kenapa dengan dia?” Berpura-pura Rohana tidak faham. Hujung bibirnya terangkat lebih tinggi.

Anis Suzanna datang lebih dekat. Bersedia untuk menerkam sasarannya.

Come on, sweetheart. Just spill it out.” Amaran diberi dengan nada yang manja.

Bekal ditutup terlebih dahulu dan diletakkan ke tepi. Rohana berganjak dari situ. Sedikit demi sedikit. Kemudian menghampiri Iirma. Dia bersembunyi di sebalik perempuan itu. Walau bagaimanapun, tindakan itu tidak menghalang Anis Suzanna daripada cubaan menerkamnya sekali lagi.

“Hahaha...” Harris ketawa kecil melihat telatah anak-anak gadis itu. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal orang perempuan. Sememangnya bukan sesuatu yang patut dia buat. Irham yang terjaga pula mula menyumbat kedua-dua belah telinga dengan jari telunjuknya.

Honey, we already know about your ring.” Ucap Anis Suzanna sebaik sahaja menangkap sasarannya. Bukan sahaja Rohana. Malah Iirma juga turut dia dakap bersama-samanya.

Duduk di atas riba Iirma, Anis Suzanna mendapatkan tangan kiri Rohana. Sebentuk cincin bercorak rama-rama tersarung pada jari manis perempuan itu menjadi perhatiannya. Rekaan yang agak unik. Nampak seperti cincin perak. Tetapi hakikatnya tidak. Bukan juga tembaga.

Masih belum puas ditatap. Tangan Rohana ditarik melepasi bawah lengan Iirma. Pasti ada maksud sesuatu di sebalik rekaan cincin tersebut. Corak rama-rama itu mungkin hanya motif semata-mata. Entah mengapa, tetapi firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik corak cincin tersebut.

“Zanna, stop it.” Kata Iirma yang mula berasa tidak selesa. Apa lagi setelah tersepit antara mereka berdua. Anis Suzanna diturunkan daripada riba.

Tell me. Is this ring has her pair?” Lagi Anis Suzanna menyoal. Hatinya belum puas.

Tersentak. Mengecil anak mata Rohana. Tubuhnya kaku. Dia membisu. Anis Suzanna yang mencapai tangannya semula tidak dia perasan.

Sinis lagi senyuman Anis Suzanna. Dia rasa dia sudah dapat meneka rahsia di sebalik cincin tersebut. Reaksi Rohana terlalu jelas. Dia menerkam perempuan itu. Iirma juga turut sama menjadi mangsa.

Ketiga-tiga perempuan itu rebah ke rumput serentak. Ketawa kecil Anis Suzanna yang manja jelas kedengaran.

We’re so dead if the Spartan sees us.” Hisham memberi komen, bercakap mengenai Sir Razak. Meskipun tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Guru pendidikan jasmani, juga bekas tentera itu begitu tegas.

Harris ketawa kecil sekali lagi tanpa berkata apa-apa.

Girls. Who cares if they’re gay. Cuba kalau lelaki, 100% headline esok.” Badrul pula menyambung.

Iirma mencebik mulut. Mata berkelip tiga kali. Kumpulan lelaki itu dia pandang. Dia hanya tersenyum. Hakikatnya, dia ingin mencapak kedua-dua belah kasut ke muka Badrul.

The ring has her pair, here.” Seorang lelaki bersuara tiba-tiba.

Kesemua mereka memandang ke arah sekeliling. Meliar. Segenap arah. Tidak nampak sesiapa yang mencurigakan. Bukan suara-suara milik mereka. Aneh. Tetapi suara tersebut biasa kedengaran.

Rohana tahu. Siapa dan dari mana suara itu datang. Ingin dia rahsiakan. Matanya sudah bertentangan dengan pemilik suara itu secara tidak sengaja sebaik sahaja mendengarnya. Dia juga tidak dapat menghalang diri daripada terus memandang ke atas.

“Hana, jangan cakap yang...” Anis Suzanna turut meniru perbuatan tersebut. Begitu juga mereka yang lain.

Kelipan kecil. Pantulan cahaya daripada sebuah objek kecil daripada atas pokok tempat mereka berteduh. Sebentuk cincin bercorak pepatung. Tersarung pada jari manis tangan kiri seorang lelaki. Wajah lelaki itu tidak kelihatan. Terselindung di sebalik bayang-bayang pokok tersebut.

“Oh...” Biasa sahaja reaksi Iirma. Tidak begitu terkejut.

Duduk di atas dahan pokok berkenaan sambil menghayun kaki. Lelaki itu bersahaja seolah-olah apa yang dia lakukan bukan perkara yang lain daripada yang lain. Dia mengambil sebuah beg plastik sederhana besar daripada dahan sebelah. Isinya diperiksa.

“Ridz?” Anis Suzanna bertanya. Terkejut sebaik sahaja mengenal pasti identiti lelaki itu.

“Ya, saya.” Tenang Ridzuan menjawab.

Cincin yang tersarung pada jarinya ditanggalkan. Kemudian dicampakkan jatuh ke tapak tangan Anis Suzanna.

Ridz. Why are you here?” Rohana bertanya dengan nada yang agak garang. Tetapi masih lagi nampak comel seperti biasa. Dia ingin bangun dan mendapatkan Ridzuan meskipun memang mustahil. Tetapi ditangkap oleh Iirma pula.

Kaki dihayunkan lagi. Semakin kuat. Kemudian dia melayang ke udara dan mendarat dengan selamat. Minuman daripada beg plastik tadi dihulurkan kepada Rohana.

“Saya pergi beli air tadi.” Jawab Ridzuan.

Tercengang. Bukan itu jawapan yang diharapkan Rohana.

“Dekat mana kau beli?” Soal Harris pula.

“Luar. Kafeteria penuh dan kedai koperasi pula habis stok.”

How?

Fly.

Diam seketika. Masing-masing mengalami kesukaran untuk mempercayai kenyataan daripada Ridzuan. Carak bercakap tidak seperti bergurau. Kerana lelaki itu bukannya biasa berbual dengan mereka. Apakan lagi hendak berjenaka.

Ridzuan pada hari ini bukan seperti bukan Ridzuan yang mereka kenal. Penampilan serta nada lelaki itu juga berbeza daripada biasa. Ada sesuatu yang berbeza tetapi mereka masih belum dapat mengenal pasti perkara tersebut.

Is there something wrong with you?” Anis Suzanna bertanya kembali. Masih dalam proses mempercayai apa yang berlaku dan lihat.

Ridzuan hanya mengangguk. Itu baru reaksi biasa mereka lihat daripada lelaki itu.

Terjaga sekali lagi. Buku dialihkan daripada wajah. Irham mengangkat tubuh dan bersandar pada pokok berhampirannya. Katanya, “Mana face mask kau?”

Kesemua mereka tersentak. Serta-merta mereka memandang wajah Ridzuan. Seperti mana yang dikatakan Irham. Hari ini, kali pertama sejak beberapa tahun bersama-sama, Ridzuan menunjukkan wajahnya.

Tidak terkata. Tiada seorang pun ingin memberi komen mengenai wajah Ridzuan. Ayat biasa didengar, “Aku dah agak. Muka dia macam ni.”

Jika tidak sekalipun, “That’s why you’re always hiding your face.

Tetapi tiada apa masalah dengan wajah lelaki itu. Jerawat besar mahupun luka juga tidak ada. Apa lagi sebarang kecacatan kekal yang biasanya menjadi alasan untuk menyembunyikan wajah.

Terlepas daripada Iirma. Rohana segera bangun dan datang kepada lelaki itu. Dia berbisik, “Where’s your mask?

“Saya sudah berhenti pakai.” Ringkas jawapan Ridzuan.

“Why?”

“Bukan di sini. Nanti saya ceritakan.”

Terpaksa akur. Rohana duduk semula. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, segera dia diapit oleh Anis Suzanna dan Iirma. Senyuman sinis sudah tidak perlu ditanya mengapa.

“Aku rasa sesuatu yang buruk bakal berlaku.” Ucap Irham tiba-tiba.

Diam sekali lagi. Ini pun satu perkara yang mereka tidak jangka. Hari ini kerap Irham membuka mulut. Sesuatu yang lain daripada biasa. Biasanya jika tidak dipaksa atau bukan topik kegemarannya memang lelaki itu akan membisu.

Indeed.” Kedengaran suara Sir Razak. Tegas seperti biasa. Spartan, bekas tentera itu sedang terpacak berdiri di hadapan mereka. Kedua-dua belah tangan mencekak pinggang. Ekspressi wajah, tidak pernah baik daripada biasa. Menakutkan. Bekas tentera itu lagi menyambung, “Kids, give me 10 right now.

Memang tidak terjangka. Sama seperti ramalan Irham.

★★★★★★★

 “Lain kali, kalau nak buat kejutan, jangan libatkan orang lain boleh tak?” Tegas Rohana. Zip parka ditarik kejap ke atas. Hud disarungkan menutup kepala. Dia memandang Ridzuan yang mula mengeluarkan face mask. Terasa ingin dirampas face mask itu dan mengoyaknya. Sambungnya, “Or at least let me know about it.

Marah. Tetapi tidak nampak seperti marah langsung. Meskipun suara tegas berbanding biasa, air mukanya langsung tidak garang.

“Saya tak ada niat apa pun. Just thinking would it be fun if I join you guys...” Balas Rizuan.

And you get us 10 rounds track while wearing school uniform.

Well, I don’t see that’s coming. Honestly.

Whatever...

Rohana mempercepatkan langkah meninggalkan Ridzuan di belakang. Wajah ditundukkan. Tidak nampak siapa di hadapan tetapi sudah memandai untuk mengelak daripada bertembung dengan mereka.

“Hana, tunggu!”

Segera Ridzuan mengejar perempuan itu. Lagipun tiada sesiapa yang dia kenal berada berhampiran. Jika tidak, sudah pasti lebih berat kakinya untuk melangkah, mengejar perempuan itu. Takut, kalau-kalau ada khabar angin yang kurang baik mengenai mereka.

Seperti angin, pantas Ridzuan bergerak. Dia hilang tiba-tiba. Kemudian muncul semula di hadapan Rohana. Lengan parka perempuan itu dia pegang.

You know what, I’m sorry. My bad.” Kata Ridzuan.

Bisu, tiada jawapan.

“Hana.”

Masih lagi diam.

“Saya tahu awak marah. Awak nak saya buat apa lagi?”

Mulut masih tertutup rapat.

“Hana...”

“Baiklah. Choco-Caramel Shake dan Choco-butter Cookie.”

“Lagi?”

Rohana mencebik mulut. Kembali kelat air mukanya.

Ridzuan melepaskan nafas lemah. Tangan menyentuh saku belakang seluar, memeriksa sesuatu. Sambungnya, “Itu saja?”

Dahi Rohana berkerut. Seperti dipermainkan.

“Saya habis banyak kalori disebabkan awak.”

Ridzuan mendengus. Tetapi dengan senyuman. Pinggang dicekak. Kemudian dilepaskan semula. Dia mendongak ke udara dan ke wajah Rohana.

“Baiklah. Kita pergi isi perut dulu. Kemudian baru kita jalan-jalan.” Ucap Ridzuan.

Tangan kanan dihulurkan. Rohana menyahut. Ingin dipegang. Namun pantas Ridzuan memegang pergelangan perempuan itu, berlapik lengan parka.

Dalam hati, agak kecewa. Sekilas pandang, senyuman pada wajah lelaki itu menjadi penawar. Bagi dia, senyuman tersebut seperti penyejuk hati. Malangnya masih banyak yang perlu diperbaiki. Lebih keikhlasan atau kegembiraan agaknya? Mungkin juga dengan makanan dan minuman manis.


“Awak nak tahu sesuatu tak?” Soal Rohana, manja.

“Apa?”

“Sebenarnya saya...”

“Awak apa?”

“Rahsia.”

Tersenyum. Tangan Rohana dilepaskan. Entah mengapa, Ridzuan juga turut tersenyum, meniru setiap garis, alur bibir Rohana.

Mata saling berpandangan. Tetapi tiada kata-kata yang terucap. Kerana kata-kata sahaja tidak dapat menggambarkan apa yang ada dalam hati masing-masing.

Fin



You Might Also Like

4 comments

  1. Kalau la boleh fly cam Ridz tu kan best ^-^

    ReplyDelete
  2. Akak singgah membaca....ni adik buat sendiri ke cerita?? Best baca

    ReplyDelete
  3. kak marshaliza, bukan.. ini nukilan sahabat saya :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.