WALIMATUL ‘ARUS

19.12.14

Assalamualaikum wbt

Bersempena dengan cuti persekolahan yang panjang ini, banyak majlis kenduri diadakan bagi meraikan hari bahagia pasangan pengantin. Majlis kenduri ini disebut juga sebagai walimatul ‘arus.

PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
  • Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
  • Dari Anas ra, beliau berkata, “Tidaklah Nabi s.a.w  menyelenggarakan walimah ketika menikahi istri-istrinya dengan sesuatu yang seperti beliau lakukan ketika walimah dengan Zainab. Beliau menyembelih kambing untuk acara walimahnya dengan Zainab.”
(HR. Al-Bukhari no. 5168 dan Muslim no. 3489)

Namun begitu, sebagai orang Islam yang beriman mestilah tahu bagaimana dan mengapa perlunya diadakan majlis perkahwinan. Ia penting supaya perkahwinan yang dibina nanti mendapat berkat dan rahmat dariNya.

TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS

1)    Untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T
2)  Untuk memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut iaitu hubungan yang telah menghalalkan persetubuhan di antara pasangan tersebut.
3)    Bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad (mendapat pahala disisi Allah)

"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

4)    Bagi meraikan dan memuliakan pasangan pengantin baru
5)    Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, kekeluargaan  dan ukhuwah Islamiyah antara kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
6)    Mengeratkan hubungan Islamiyah antara masyarakat Islam dan jiran seluruhnya.
7)    Untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk daripada masyarakat terhadap pasangan tersebut kiranya tidak diisytiharkan perkahwinan dan diadakan kenduri tersebut

Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:

1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan


sumber: PUSAT ISLAM UTeM

tiba-tiba, lapar nasi minyak. hehehe.

You Might Also Like

12 comments

  1. BW n thanks for sharing. Artikel yang Sangat berinformasi .

    ReplyDelete
  2. Hana suka WU yg sederhana dan tak berlebih-lebihan.. eloklah duit yg banyak dilaburkan untuk WU tu digunakan untuk mulakan hidup baru sebagai suami isteri :)

    ReplyDelete
  3. Cuti sekolah ni mesti ada banyak..

    ReplyDelete
  4. musim cuti sekolah sama dengan musim orang kahwin dan sunat. hehe. senang nak memebuhi undangan kan.

    ReplyDelete
  5. angkat kuali la kalau byk jemputan.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Ehem mcm bau nasi minyak....
    Macam....
    Hahahaha.
    Terliur jugak oh dh lama tak gi makan naci minyk.
    Umi selalu tinggal je kita haih sedih nyaaaa hahaahha

    ReplyDelete
  7. setuju dgn hana.. tak payah gah sangat majlis..cukup la apa yg wajib dibuat.. dan bersederhana. lgpun tak mau la berhutang lepas dah kahwin kan.. baik menabung utk masa dpan..tp kalau mampu buat la mana yg mampu asalkan tak ada niat nak menunjuk2.. ^^

    ReplyDelete
  8. tiba2 lapar nasi minyak ek... heheheee

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang bermanfaat zizie... bila baca tjuk ingtkan zizie yang kawin..hihihiih

    ReplyDelete
  10. Bagus info nie... bermanfaat sungguh..
    at least lepas ni org tahu la tujuan sebenar walimatul arus tu dri pandangan yg betul ... :D

    ReplyDelete
  11. Haa gitu, jelasss maksud walimatulurus. Hhee. Wajib pergi sekiranya dijemput.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.