Good Luck With Your Hostel Life, Bro!

14.2.15

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Lamanya tak menulis kat blog. Cuti semester pun tinggal seminggu aje lagi. Cuti semester ni, zizie sibukkan diri sepenuhnya dengan family. Almost 3 months tak jumpa kan, balas dendam la. Salah satunya, uruskan kemasukkan kolej adik zizie.

Pada mulanya, adik zizie tak dapat mesej untuk interview ke kolej vokasional. Frust menonggeng jugak la dia sebab result PT3 dia okay, semua lulus, tapi tak dapat panggilan pulak. Sedangkan kawan-kawan dia yang lain dapat pulak. Nasib baiklah cikgu dari kolej tu suruh aje pergi sesi interview.

budak belakang tengah nervous

Bila pergi ke sesi interview, nama adik zizie ni ada je dalam senarai. Alhamdulillah la ada rezeki dia. Masa bersembang dengan cikgu, sempat la bertanya kenapa ada sesi interview. Adik zizie yang sorang lagi pun belajar kat kolej tu tapi tak adalah kena interview. Cikgu cakap, sesi interview tu untuk menapis student yang betul-betul nak masuk ke kolej tu dan bukanlah semata-mata sebab dipaksa oleh ibu bapa.


Dua minggu kemudian, adik zizie dapat surat tawaran ke Kolej Vokasional Wakaf Tembusu untuk kursus Teknologi Automotif. Bila dah jadi ‘manager’ tak bergaji si budak ni, kita pulak yang tolong bimbang dia boleh adapt ke tak hostel life. Tapi, sekarang dah tak bimbang bila dia pun tak ada nak homesick ke apa. Nasib baiklah adik aku ni jenis lasak.

sementara tunggu adik, kita selfie dululah mak.. hehe.
Lepas ni, kalau balik kampung dah tak ada la geng nak buli sebab dah duduk kat asrama. Belajar molek-molek deh. Semoga tak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Zizie dulu boarding school, so masak sangat dengan perangai budak duk asrama ni. Hehe.



You Might Also Like

18 comments

  1. Alhamdulillah..selangkah kehadapan..mengorak langkah baru demi masa hadapan..moga setiap nikmat peluang dan ruang yang diberi..dimanfaatkan sebaiknya oleh adik zizie ye..sama sama saling mendoakan..

    ReplyDelete
  2. bagus jga buat interview tu.. tak ada la lepas ni kes budak nak pindah sekolah ke apa sbb xtahan ddk asrama..

    lelaki mmg cepat tabah ya bila nak berjauhan dgn famili atau berlagak cool? harap dia tak kena buli la kat sana ya .. :D

    ReplyDelete
  3. Hai adik kak zizie. *kenyit mata* hehehe.

    Bagus la akak ni uruskan adik2. Hee :D

    ReplyDelete
  4. leklok duduk hostel adik kak zizie! :D adik saya pun mulanya nak masuk KV tpi x dapat pulak

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee semoga adek itu akan selamat dok di asmara. ;-p

    ReplyDelete
  6. seiras je muka dengan adik ZZ, all the best buat adik kay :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah and tahniahhhh =D Hehehe Gudluck yoow untuk adik . Apasal semua hensem =P Hikhikhik

    Kelik kelik Nuffnang 3x =D

    ReplyDelete
  8. Tahniah untuk ur bro.. selamat kembali ke UTEM.. hehe

    ReplyDelete
  9. muka awak macam elfira loy sikit hehe

    btw, goodluck adik awak~! :D

    ReplyDelete
  10. tahniah for ur brother...
    good luck...

    ReplyDelete
  11. anda ditag disini http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/liebster-award-2015.html :)

    ReplyDelete
  12. gudluck untuk adik zizie, bljar leklok ckp kt die, hehe

    ReplyDelete
  13. lama jugaaak tak jenguk zizie. heeee. ehh header dah bertukar. :D

    ReplyDelete
  14. Insha Allah...kalau dapat didikan ibu bapa yang betul.dan dapat kawan yang betul kat asrama, Insha Allah akan terhindar daripada perkara perkara yang tak diingini.

    ReplyDelete
  15. salam perkenalan singgah bw smbil folloe here :)

    ReplyDelete
  16. Kadang parents terlalu obsessed nak anak belajar ikut bidang pilihan mereka...hmm..

    bagus juga langkah kolej buat interview

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.