Mencari Bahagia

20.2.15
Assalamualaikum wbt

Kebahagiaan dapat dicapai apabila hati yang dimiliki jauh daripada penyakit. Walaupun diberi ujian, hati dapat menerimanya dengan tenang seterusnya dapat mengendalikannya dengan baik. Cuba kita renungi penulisan daripada Ustaz Pahrol ini mengenai Kebahagiaan.



Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN:

1. Beriman dan beramal salih.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Siapa yang beramal salih baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.”
(An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah SWT
.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.”
(Ar-Ra’d: 28)
3. Bersandar kepada Allah SWT

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.”
(Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT  akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya yang bermaksud :

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.”
(An-Nisa: 114)

sumber: Pusat Islam UTeM

You Might Also Like

13 comments

  1. Nice sharing zizie...
    suka tips yg diberikan...bgs sgt utk diamalkan :)

    ReplyDelete
  2. thanks for the advice and reminder <3


    ReplyDelete
  3. kadang2 input macam ni laa yg kita perlukan untuk membaiki diri, kan zie :')

    ReplyDelete
  4. hai datang follow sini ye :)
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. orang pernah buat.. berkesan.. :D

    ReplyDelete
  6. orang yang makan dilantai dengan tangan dan makan nasi berlauk bilis goreng dan kicap serta telur mata lebih merasakan nikmat hidup berbanding yang makan makanan mahal di dalam pinggan emas di kerusi yang empuk di hotel yang mewah... semata2 kerana hati yg baik... apa lagi kalau yang di hotel mewah tu ada hati yang baik...

    (tetiba nak goreng telo mata letak kicap plak)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.