Tutorial Membuat Header Menggunakan Microsoft Excel

17.2.15

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Dah lama zizie tak touch up blog. Bila boring duduk kat rumah, saja-saja jelah godek laptop. Hasilnya, terbentuklah sebuah header baru. Zizie ni bukan jenis kreatif sangat. 80% buta seni gitu.


Untuk membuat header seperti di atas, korang memerlukan Microsoft Excel 2010, Microsoft Word 2010, dan background atau gambar pilihan hati. Boleh saja menggunakan Microsoft berlainan version asalkan ianya mempunyai function yang diperlukan.

Langkah pertama ialah buka Microsoft Excel anda

TULISAN

1. Klik Text Box di tab Insert dan letakkan di ruangan kerja.
2. Masukkan perkataan dan ubah font mengikut kehendak sendiri.


3. Untuk memudahkan visual working, klik tab Home.
4. Highlight perkataan dan klik Middle Align dan Center. Perkataan anda akan berada di tengah-tengah Text Box.



BACKGROUND

1. Klik tab Insert dan kemudian klik Picture.


2. Pilih background pilihan anda.
3. Untuk mendapatkan bentuk awan, klik tab Format di bawah Picture Tools.
4. Klik anak panah kecil di bawah Crop. Pilih Crop to Shape dan kotak dialog Shape akan keluar.
5. Pilih bentuk awan atau pilihan sendiri.


6. Gambar akan cropped mengikut bentuk tersebut.


7. Untuk meletakkan Background di belakang Tulisan, bawa Background kepada Tulisan dan klik Send  Backward di tab Format.



GAMBAR

1. Seperti BACKGROUND, klik tab Insert dan klik Picture dan pilih gambar pilihan hati.
2. Untuk remove background yang tidak diinginkan, single klik pada gambar tersebut dan klik Remove Background


3. Apabila Remove Background diklik, Gambar anda akan menjadi seperti gambar di bawah.


4. Ruangan purple ialah bahagian yang akan dibuang. Oleh itu, selaraskan kotak tersebut untuk mendapatkan imej yang tidak mahu dibuang.
5. Klik pada mana-mana ruangan selain daripada gambar di atas dan akan mendapat hanya imej yang ingin di simpan.

GROUP

1. Susun Tulisan, Background dan Gambar mengikut selera masing-masing.
2. Tekan Ctrl dan tanpa melepaskannya klik Tulisan, Background dan Gambar.
3. Klik Format di bawah tab Picture Tools dan klik Group.


4. Gambar, Tulisan dan Background telah menjadi Group.


SAVE AS PICTURE

1. Klik pada tab Home.
2. Klik anak panah kecil di tepi Copy dan pilih Copy as Picture


3. Kotak dialog Copy Picture akan muncul dan klik OK.


4. Buka Microsoft Word. Pada tab Home, klik anak panah di bawah Paste dan pilih Paste Special.


5. Kotak Dialog seperti di bawah akan muncul dan klik OK.


6. Right klik pada gambar dan Save as Picture.


Selamat Mencuba!

You Might Also Like

33 comments

  1. dah bookmark..nnti boleh try :) thanks yer

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhh . pandainyaa akak . yaya nak try !

    ReplyDelete
  3. akak zizi .. kenapa yaya xjumpa "group"dekat microsoft excel yaya ni ... alohhh

    ReplyDelete
  4. complicated jugak nampak gayanyaa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaklah. Tapi alah bisa tegal biasa. Hee.

      Delete
  5. tak sangka guna excel pun boleh erk... btw, header zizie mmg lawaaa

    ReplyDelete
  6. Nice post... Thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Sejujurnya saya baru mengetahui excel dapat mencipta gambar yang bagus ini...

    ReplyDelete
  8. wahhh...miya lagi buta bab2 macam ni...thanks tau share ilmu ni

    ReplyDelete
  9. wahh baagus ni. xtau pula microsoft puun booleh buat header. ingatkn ps dgn photoscape je

    ReplyDelete
  10. Aik? Excel pun boleh buat gini. Haha Baru tauuu =P

    Thank youuuu share. Moga sama sama beroleh manfaat =) Nanti saya nak cuba =D In shaa Allah.

    Btw, header baru tuu gempak okey. No worries =D Hikhik

    ReplyDelete
  11. Wahhh...terbaik nya.
    Guna excel pun boleh buat ala-ala photoshop.
    Memang terbaik.

    ReplyDelete
  12. Ilmu baru..input baru..zizie topup pahala baru..alhamdulillah..syukur..moga ilmu yang dikongsi dimanfaatkan oleh rakan rakan bloger..

    ReplyDelete
  13. suka header baru zizie tu. hehe.

    ReplyDelete
  14. Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup, vector art, tudung untuk dimenangi.. http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete
  15. Woww. tak payah ade photoshop pon takpe kalau macam ni. hehehe. Iz tahu buat data je gune excel. hehe.

    ReplyDelete
  16. nice sharing.. blogwalkinghere

    #visit me on shukranzahari.blogspot.com
    #happy blogging

    ReplyDelete
  17. Microsoft Excel 2007 punyaa takdaa kaa function utk remove background tuu ? cari tak jumpa pun..

    ReplyDelete
  18. Mesti guna excel yg up punya...kalau 2003...2007...tkda rasa nya function ni...hehe

    ReplyDelete
  19. Ijinkan Saya Berbagi peluang usaha kecil.
    Silahkan Mampir ya...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.