Membina Lemak di Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

1.4.15

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Orang Melayu, kalau tak makan nasi lemak, rasanya tak melayu la kan. Belum pernah jumpa orang melayu cakap tak pernah makan nasi lemak. Sedangkan teacher zizie daripada UK pun suka gila makan nasi lemak! I miss you Madam Allison.

Kali ini, zizie nak bawak engkorang ke tempat yang menghidangkan nasi lemak yang sangat sodap! Jom kita ke Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru! Sesiapa yang pernah merasa Nasi Lemak Antarabangsa pada zaman dahulu, which is 2 years and more ago, korang kena pergi sekali lagi! Kenapa? Baca sampai habis, and you'll know why.

Di sana, zizie memilih menu Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis beserta Bergedil. Manakala driver kecik, Hazirah memilih Nasi Lemak Sambal Sotong.

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis
Nasi Lemak Sambal Sotong.
Sambal dia sangat sedap. Dulu pun, zizie pernah merasa Nasi Lemak Antarabangsa di Melaka. Berbeza sangat! I'm prefer this one. Sambal dia tu memang susah nak cari la kat mana-mana kedai sebab selalu dapat sambal yang pedas-pedas aje. Tapi di Nasi Lemak Antarabangsa, dengan pedas-pedas manisnya, sampaikan ada yang mintak sambal lebih.

Tak cukup dengan itu, tekak ni dibasahkan dengan Air Kelapa VIP daripada Kelapa Frutti. VIP sangat dengan aiskrim dan chocolate topping, memang buat korang telan air liur sekarang..

Air Kelapa VIP.
Perut ni tersenyum riang la sebab disogok dengan hidangan-hidangan yang sangatlah sedap! Kemudian ditambahkan lagi dengan pencuci mulut; kuih koci.

Delicious kuih koci.
Kuih koci ni, berebut-rebut kitorang mintak. Kalau boleh, nak bungkus bawak balik. Intinya tak terlalu manis dan sangat sesuai dengan selera zizie yang tak berapa suka benda manis leting, even though zizie ni orang pantai timur.

Good news! Harga makanan di sini takkan naik sehingga September 2015 walaupun GST telah dilaksanakan pada hari ini ( 1 April 2015). Suka tak? So, masukkan Nasi Lemak Antarabangsa dalam senarai No GST anda.


Bila perut happy dapat makan sedap, automatically tuan empunya badan pun happy. Kelab Blogger Ben Ashaari pun kata sedap!



Nasi Lemak Antarabangsa
Lokasi : 4 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru  50300 Kuala Lumpur
Website: www.nasilemakantarabangsa.my




You Might Also Like

22 comments

  1. tengok gambar je pun dah sedap. penat telan ailio nie hah. bagusnya kalau takdak GST, meriah la tempat tu nanti. :D

    ReplyDelete
  2. Bagus la takde GST... Sedap la tengok nasi lemak tuu ^^

    ReplyDelete
  3. kat teganu je ade nasi lemak ikan aye..
    tu nasi lemak paling sedap! hihik..

    alahai.. perot lapa tengok gambar nasi lemak rase terliur je.. emm

    ReplyDelete
  4. lama tak singgah makan nasi lemak kat sini. dedulu masa stay dengan parents dekat keramat ada gak la pegi..

    tapi memang best, dan yang tak best kene beratur panjang je..


    huhuhu. yang penting perut kenyang. hihihi


    http://www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete
  5. sedap ni...akak suka kalau sambal dia tak manis tak pedas..heheh

    ReplyDelete
  6. macam sedap je air kelapa tuh..harharhar..

    ReplyDelete
  7. Tira ingat nnt nak pegi breakfast kat sana. tak tahan tengok geng2 kita dok upload gambar nasi lemak. sambal melimpah ruah tu mengancam kalbu. haha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..rezeki..ermmm perkara baik kongsi bersama..nikmatnya lebih terasa..secara tidak langsung membantu jugakan..

    ReplyDelete
  9. Rindu nasi lemak balut dengan daun pisang :D

    ReplyDelete
  10. alamak, nak kena try ni. hehe. nmpk sedap.

    ReplyDelete
  11. tak boleh singgah meh dkt blog ni time lapar. kekeke.. sdpnya. ada air kelapa VIP lagi tuuuu (walaupon tak penah dgr, hehe)

    rindu pulak dgn satu gerai nasi lemak ni, dulu slalu singgah beli nasi lemak ikan dia lepas balik sekolah rendah :P

    ReplyDelete
  12. I love ur Lemak too...ehhh Nasi Lemak Antarabangsa..heheheh

    ReplyDelete
  13. @Ezy Loy tu mmg doh kak.. mana nak cari ikan aye kat tempat lain.. ehehehe

    ReplyDelete
  14. @Diana Rashid must try kak.. sambal dia xterlalu pedas dan tak terlalu manis..

    ReplyDelete
  15. @Farah that's the best way to wrap nasi lemak kan :D

    ReplyDelete
  16. Dah dekat 6 tahun dok KL pun failed tak tahu pasal Nasik Lemak ni.. Sekarang dah bungkus semua balik kampung.. Hurmm melantak nasi lemak kampung je cukuplah.. ^_^

    Hai cik Belog pe kabo ^_^

    ReplyDelete
  17. yang dekat melaka tu memang kurengggggg....

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.