Oblong Burger Station, Burger Kampung Lapan Yang Berwarna Warni!

13.4.15
Oblong Burger Station, Burger Kampung Lapan Yang Berwarna Warni! | Korang mesti ada seorang kawan yang perangainya tiba-tiba mengidam nak makan sesuatu kan? Ayu, is one of them. Kali ni, ayu mengidam nak makan Burger Kampung Lapan atau nama officialnya, Oblong Burger Station. Teruja tau nak makan kat sini sebab this is the first time Zizie melihat colourful burger depan mata sendiri.


Amacam? Colourful kan? Lemme introduce them one by one.

Tortilla Ayam
Disebabkan Zizie baru sahaja makan nasi as my dinner even though dah 3 jam berlalu, Zizie cuma order Tortilla Ayam. Rasanya sangat enak! Ayamnya dimasak dengan sempurna dan sangat lembut. Maybe, mereka boleh wrap the tortilla supaya mudah untuk dimakan. Apabila dimakan dengan menggunakan garfu dan pisau, isinya akan terkeluar. Bila dah wrap, boleh la nak menikmati hidangan tortilla dan intinya dengan sempurna.

Red Rice Chicken Burger With Cheese
This one is Hong Ji Wen's. Jangan ingat warnanya hanya sekadar hiasan. Sebenarnya, roti burger ini mempunyai flavour tersendiri kerana red rice mempunyai perasa strawberry. Itu pun diketahui selepas ayu merasanya.

Green Tea Burger.

Yang ini pula perasa Green Tea Chicken Burger dengan chicken floss yang diorder oleh Azie. Walaupun namanya Green Tea, menurut azie dia tak rasa pun perasa green tea. Well, kalau ada rasa green tea, pahit la pulak. Siapa nak makan burger yang pahit?

Charcoal Burger.
Ini pulak untuk orang yang mempunyai selera besar seperti Ayu. Charcoal Burger Max. Max bermaksud burger tersebut mempunyai 4 2 kepingan daging burger. Ask yourselves how to finish it because I'm still in shock how Ayu can ate all of it.

Setiap burger mempunyai saiznya tersendiri dengan harga yang berbeza. Dan semestinya berpuas hati dengan hidangannya. Banyak lagi hidangan lain yang disajikan. Memandangkan lokasinya sangat dekat dengan rumah zizie, next time zizie akan pergi lagi! Woohoo!!

Lokasi:

Oblong Burger Station hanya berhadapan dengan Asrama Kolej Profesional Mara (KPM) Melaka.

You Might Also Like

39 comments

  1. Gambar nampak sedap je... tapi Sha tak mampu kot makan si Charcoal tu walaupun selera besar ! hahahaha..... nice sharing :) terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. bukan nampak je. hehe. takpe. dia ada saiz tertentu. so, boleh pilih.

      Delete
  2. Wow. Roti burger pun ada perasa strawberry sekarang. Macam-macam ya sekarang ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. tahu takpe. entah apa la lagi makanan yang akan colourful. hihi.

      Delete
  3. sedapnyaaaa. meleleh air liur tengok gambar nie. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. aish. lap sikit BV.. nanti kan banjir. ekeke.

      Delete
  4. Ahhhh.. Siot... Yg max tuh double ok.. Not four..

    ReplyDelete
  5. Allah sedapnyaaaa!!!! Nanti mai melaka nak food hunting kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa ajak zizie sekali. hehehe.

      Delete
  6. sedap ke? komain lagi sos warna hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti yang dinyatakan dalam entri di atas, sedap. tu mayonis. nampak je hijau, tapi rasa mayonis jek.

      Delete
  7. wow macam best je roti hitam tu, teringat burger king. hahaha

    ReplyDelete
  8. wahhhh unik macam2 warna dengan perasa tersendiri tu ...kalau ke melaka bleh la try ni..

    ReplyDelete
  9. wah sedap..!
    hai.jom ke blog kecik sy nii:)

    prompter@crop.org

    ReplyDelete
  10. http://nonasani.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html

    komen sikittt.huhuh

    ReplyDelete
  11. bestnyaaaa! lawanya burger tu warna-warni! sedapnya burger tu! sedapnya tortilla tu! tapi kenapa kt melaka?? T.T harga burger tu sebiji semua atas RM10 eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada saiz yang kita pilih...

      Delete
  12. first time rasanyer tengok oblong burger colorful macam ni.
    hopefully akan ade kat KL one day, sebab nak turun p Melaka entah bila cik zizie oi.. mengidam aje laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak gee.. mai la sini.. hewhew... :3

      Delete
  13. Tetiba Zumal pun mengidam burger ^-^

    ReplyDelete
  14. waaaa sedap sangat...tgk gambar pn dah taw....

    ReplyDelete
  15. woaaah.. CT suka gak menda2 pelik macam ni.. tapi x snggop kot nak makan yang bertingkek2 tu.. kena share la hahaha..

    ReplyDelete
  16. Green Tea Burger? heyy rare sangatttttt menu dia ni! ok ok balik kg nnti kita cari hehehehhee

    ReplyDelete
  17. ughhhhh sedapnyya ToT nak pi ah kalau ada masa

    ReplyDelete
  18. wuishhhhh... warna warni.. gila besar.. ahaha XD
    kalau Misaki.. tak mampu nak makan nih.. ahahaha..

    tapi serius cakap.. terliur beb XDD

    ReplyDelete
  19. perghhh terliur seh. boleh pergi nanti... om nom nom...depan KPM eh.....

    ReplyDelete
  20. first time dengar burger rasa strawberry & green tea. huhu

    ReplyDelete
  21. wow wow wow....nmpk tempting..

    ReplyDelete
  22. bertahun rasanya nak makan tortila ayam tuh.. :'( sampai sekarang xdapat makan.

    ReplyDelete
  23. interesting. prnah tgk burger bun hitam tu, but merah dan hijau belum pernah tgk lagi. ingatkan tu ada pewarna pandan xD rupanya green tea. mcm mana ek rasa burger dgn perisa strawberry, xboleh bayangkan, kekeke

    ReplyDelete
  24. wahh., da cm burger dlm citer sponge bob la plak., jgn mkn nih kulit pun betukar kaler dah la., huhu., tp mmg nmpak sedap la.,

    ReplyDelete
  25. Subhanallah zie...nikmatnya..nikmat mata yang memandang..insyaAllah nikmat juga yang telah menikmatinya..alhamdulillah..rare ni.,

    ReplyDelete
  26. aaaa. time x jejakkan kaki kat melaka laa ada mcm2 makanan sedap2 kat melaka >.<

    ReplyDelete
  27. meriahnye burger...pe rs yg kaler2 tu...

    http://lonafreak.blogspot.com/

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.