Perang Kentut

7.4.15

Amaran! Anda dilarang untuk membaca entri ini ketika sedang menjamu selera.



Rumah zizie tak ada remote. Kalau ada pun, mesti takkan tahan lama. Anak-anak pak cik zakaria ni semuanya ganas. Kalau dah bergaduh, segala semua barang nak baling. Selalu jadi mangsa, beg sekolah. Masih teringat peristiwa adik zizie baling beg sekolah zizie dalam lopak air sebab sakit hati dengan zizie. Apa benda la kitorang buat masa kecik-kecik dulu. Isk isk isk.

Berbalik kepada remote. Memandangkan tak ada remote untuk kitorang berebut, ada satu benda yang selalu kitorang gaduhkan.

KENTUT!

Lagi-lagi, bila pagi hujung minggu bila mana semua cousin kat kampung berkumpul kat rumah zizie. Bila dah full house macam tu, bergelimpangan la kitorang kat hadapan tv sambil tonton cerita dragonball.

Bila tengah ralit tengok dragonball, mana la nak perasan abang sepupu yang kejam ni nak menyakat. Tiba-tiba je dia dah mengiring sambil bontot menghala muka zizie. Tetiba! Perghhhh!! Kalah bau telur busuk! Dikentutnya kat depan muka zizie.. Ggrrrr!!

Sesi balas dendam. Paksa perut ni untuk kentut jugak. Biasalah. Pagi-pagi kan badan banyak gas. Tetiba rasa macam berjaya je nak keluarkan gas tosik. Tapi, kita tak boleh guna yang taktik sama macam dia.

Bila rasa nak melepas tu, cepat-cepat letak tangan kat bontot dan buat gaya macam tengah kumpul angin kentut. Kemudian, cepat-cepat tekupkan tangan kat muka dia balik. Nah kau sebijik!

Gitulah perangai kitorang masa kecik-kecik. Nakal tu toksah cakap la. Ada je ideanya. Tapi part perang kentut ni, kalau hati tak kental pun memang boleh buat menangis. Hehe.

Papai!
posted from Bloggeroid

You Might Also Like

26 comments

  1. hahaha tak senonoh punya perangai!

    ReplyDelete
  2. bhahaha.. tu kentut kepal namenye..
    sgt xsenonoh.. kehkeh

    ReplyDelete
  3. Hahahah. amboii perangai tak senonoh betul. hahaha

    ReplyDelete
  4. macam mana itu contoh perang kentut yah...

    ReplyDelete
  5. ceh!!tak senonoh..ni kalau bakal mak mertua baca ni duit hantaran otomg seribu,..ajahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. jangan la kak.. perangai time kecik2 je ni.. hehe

      Delete
  6. hahaha. macam macam perangai ada. tak senonoh betul. hihiihih :)

    ReplyDelete
  7. iyarkk.. hahaha.. agak2 nya sekarang bila dah besar buat lagi ke atau malu2 bila jumpe? Hak3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap kali balik kampung, tak pernah terserempak lak ngan abang sepupu tu..

      Delete
  8. haha...rare betul gaduh pasal kentut. Baca entri ni rasa rindu pulak zaman kecik2 dulu tengok dragon ball dengan adik-beradik n sepupu. Lagi2 iklan apollo tu...rindu giler.. :)

    ReplyDelete
  9. Wah, dahsyatnya... Sama cam sepupu Zumal gak selalu buat gitu masa kecik...

    ReplyDelete
  10. hahahhaa. :D
    kecik2 dulu selalu rapat dengan sepupu2 yg lelaki2. sekarang penyegan dah kalau jumpa. T^T

    ReplyDelete
  11. adik beradik gitu le kan. hehe

    ReplyDelete
  12. HAHAHHAH this post made my day hikhik T_T
    rinduuuuu family ceh hahahahah
    tapi perang kentut takleh belah ah hahaaa

    ReplyDelete
  13. kahkahkakahhhh tak senonoh kentutt bersepahh.. akk dok rebut dgn suami remote tu. tapi salunya kalah laaaa HHAHHAAA

    ReplyDelete
  14. okkk...teknik baru,,tekup pakai tangannn,,hahahahhaha,,,,nicee haahhaha

    ReplyDelete
  15. mak aih.. haha. samalah macam dekat rumah yaya.. hahaha.. tapi adik yaya la suka sangat kentut macam tuh. isk isk isk... kalau bergaduh nak menonton ke apa.. remote jadi mangsa.. sampai berkecai. hahaha

    ReplyDelete
  16. Salam .Hee seronok kalo teringat zaman kecil kecilan kan ;p

    ReplyDelete
  17. boleh tahan nakal juga :P ingatkan perang lawan kentut siapa yang lebih kuat xD

    ReplyDelete
  18. hahaha!! kadang2 tira dengan adik2 pun kentut selamba aje. pastu memasing macam uwekkkk! sebab busuk. hihi

    ReplyDelete
  19. Hehehe..kenangan tu zie..bila dah masing masing dewasa...jadi satu memori..kak PC pun dulu kecik kecik jadi mangsa kentut dgn sepupu sepupu..lelaki..

    ReplyDelete
  20. ahahaha part paksa perut produce kentut tu kelaka.. aduhai..
    CT xde la pengalaman cemni.. xdok adik bradik.. kalo tngok tv gaduh ngan mak la kot..
    nak tngk katun sorang nk tngk drama..

    ReplyDelete
  21. haha duduk rumah sewa dan hostel dulu selalu la bt perang ni,,lawan sapa paling busuk..

    ReplyDelete
  22. hahahaha... kelakor teringalak pernah kena dgn kawan anak jirang sebelah dulu seminggu xckp dgn dia...

    ReplyDelete
  23. eeeuuuwww...hahahahaha...elok la kentut2 tu tanda buang angin yg x ptt

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.