Diam Juga Boleh Mengundang Fasad & 4 Cara Untuk Menegur Sahabat Anda

2.5.15

Perkongsian minggu lepas adalah berkaitan dengan lebih baik diam, dan ia merupakan satu ibadah yang ringan untuk dilaksanakan tanpa menggunakan sebarang tenaga. Perlu diingat bahawa diam yang dimaksudkan adalah bagi mengelakkan daripada berkata yang sia-sia, perkataan yang boleh menyakitkan hati yang mendengarnya atau sebagainya.

Ini bermakna diam yang kena pada tempatnya. Bukannya berdiam diri dengan mengasingkan diri sehinggakan tiada hablun min nas (hubungan dengan manusia).

Begitu juga jika melihat kemungkaran, kita tidak boleh berdiam sahaja tanpa menegur akan perbuatan tersebut. Sebagaimana yang telah diajarkan di dalam Islam iaitu terdapat dalam tiga kategori dan menegur dengan mulut adalah kategori yang kedua.

"Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dan mencegahnya dengan menggunakan tangannya (kuasa), sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia menggunakan mulutnya, sekiranya ia tidak mampu juga maka hendaklah ia menggubah dengan menggunakan hatinya. Sesungguhnya mengubah dan mencegah perbuatan mungkar dengan menggunakan hati itu adalah tanda selemah-lemah iman" - Sahih Muslim

Realitinya, kita sering berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan ataupun melanggar peraturan sama ada di tempat kerja, di rumah ataupun di tempat awam tetapi kita tidak mampu untuk menegurnya kerana takut akan melukakan hatinya, khuatir akan merenggangkan hubungan kerana jika di tempat kerja ia akan menyulitkan untuk mendapatkan kerjasama di masa hadapan nanti.

Sebagai Muslim yang beriman semestinya kita tidak redha dan tidak mahu berlaku kemungkaran yang berterusan dan untuk menegurnya memerlukan pertimbangan yang banyak.

Pertama : sekali sebelum menegur kita perlu ‘check’ diri kita dahulu supaya berada di landasan yang betul supaya apa yang ditegur dapat diterima olehnya

Kedua :  Perlulah secara tertutup supaya keaiban tersebut tidak diketahui oleh orang lain kerana sesungguhnya Allah SWT sangat menjaga aib seseorang atas sebab dia menjaga aib orang lain.

Ketiga : Menggunakan bahasa yang baik walaupun tegas supaya ianya dapat diterim oleh nya.

Keempat : Tidak mengherdik ataupun menjatuhkan maruahnya kerana dengan cara tersebut akan memburukkan lagi keadaan.

Semoga kita sentiasa berada di jalan betul dan ianya dapat dicapai dengan pertolongan Allah SWT jua.

Bagi meraikan hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas Rasul s.a.w  serta mohonlah keampunan daripada-Nya agar kita suci daripada dosa dan noda.

sumber: Pusat Islam UTeM

You Might Also Like

13 comments

  1. thanks for sharing sistur. aisyah pun ada problem bila nak tegur.
    harap pengkongsian ni ecah boleh apply bila perlu nanti...

    hai kak zizie lawa ;)

    ReplyDelete
  2. info menarik :) . betul kita kalau nak tegur kesalahan orang ada caranya .

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing! betul ke-empat2 yg akak ckp tu :)

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing. Bagus untuk orang yang tak tahu. Saya cuba juga praktikkan 4 cara ni kalau nak tegur orang yang rapat dengan saya.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi yer Zizie ^-^

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik Zizie..:)

    ReplyDelete
  7. 4 cara..sekaligus menjadi adab dalam tindakan menegur atau menasihati..namun sayangnya step tersebut seolah di pandang sepi..dibiar menepi..pangkat,darjat,kuasa..menjadi keutamaan dan tiket untuk menegur sewenang wenangnya..maruah orang yang ditegur???seolah murah semurahnya..

    ReplyDelete
  8. susah nak tegur orang kan.. lagi2 orang yg kita rapat

    ReplyDelete
  9. good sharing..saya lebih suka berdiam diri dari berkata yang tak perlu atau menyakitkan hati insan lain =)

    ReplyDelete
  10. tq share ni zizie. kdg2 bila kita nampak org buat salah, kita nak tegur tp takut kalau dia tak boleh terima. last2 diam. hmmm

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.