Mak Saya.

10.5.15

Assalamualaikum wbt

Mothers are women who inhabit or perform the role of bearing some relation to their children, who may or may not be their biological offspring. -Wikipedia-

Mak saya berasal dari Taiping, Perak.  Orangnya kecil molek saja. Pada usia lebih kurang 5 tahun, mak saya bergelar anak yatim piatu. Pelajarannya tak tinggi. Cukup sampai UPSR sahaja. Kemudian, mak saya mengikut arwah nenek angkat saya dan bekerja sebagai pengasuh.

Arwah nenek angkat saya merupakan saudara mara abah saya. Masa tu la, abah terpikat dengan mak. Waktu tu, mak saya sudah bertunang dengan orang Perak. Kuasa Allah, tunang mak saya meninggal kerana penyakit. Akhirnya, abah saya berkahwin dengan mak saya dan menetap di Kuala Terengganu sehingga sekarang.

Mak saya pandai memasak. Kadang-kadang, mak saya tak makan pun makanan tu tapi dia tahu cara nak memasak hidangan tu. Sejak form 1, saya belajar jauh dari Terengganu. Kalau saya balik ke kampung aje, macam-macam hidangan kegemaran saya dihidangkan. Saya suka makan ayam percik, tom yam dan laksam buatan mak saya. Tiada tandingan! Mak saya juga seorang yang kreatif. Zaman dulu-dulu, famous dengan bunga straw. Sanggup kakak saya melayan mak saya pergi beli straw berwarna-warni dan gubahnya menjadi bunga. Saya pernah cuba belajar mengait dengan mak saya sebab saya kagum dengan kelincahan jari jemari mak saya, tapi tak pernah menjadi. Sorry mak. I don't have that trait. Huhu.

Mak saya bukan jenis pandai mengekspresikan kasih sayangnya. Mungkin faktor menjadi anak yatim piatu sejak kecil. Walau bagaimanapun, mak saya tak pernah jemu menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dan mak. Sakit macam mana pun, makan minum pakai kami sekeluarga terjaga. Begitulah cara mak saya eksperikan cintanya.

Saya paling suka bila mak saya ketawa. Mak saya tak pandai gelak berdekah-dekah. Mak saya cuma ketawa mengekek. Kadang-kadang saya geli hati bila mak saya cuba menyanyi. Hihi. Yang paling saya tak suka pasal mak saya bila mak saya asyik komen pasal drama yang kitorang tengah menonton bersama-sama. "Mak ni. Orang nak tengok cerita la.". Lepas tu, mak saya diam sekejap. Lepas iklan, mak saya sambung cerita balik. Aduhai mak saya. Hahaha.

Moment yang paling saya treasure dengan mak saya ialah mak saya temankan saya study sehingga pukul 2 pagi. Well, I had been in boarding school since form 1. Mak saya teman saya study pun dah rasa macam indah. Hehehe. Selain itu, peristiwa saya kena denggi pada tahun lepas. Bukan main mak saya carikan penawar, ambil saya bawak balik dari Melaka dan paksa saya pergi klinik untuk dapatkan vitamin sebab saya dah kurus kering.

Saya tak pandai berkongsi masalah saya sendiri dengan mak saya. Cukuplah kalau saya letih belajar, saya call mak saya dan ceritakan pasal kelas. Kalau ada masalah dengan kawan-kawan pun saya tak pernah cerita. Cukuplah mak saya fikir pasal 9 orang lagi anak-anaknya yang lain. Saya tak mahu menambahkan beban mak saya. Kalau saya bercerita pun, ceritanya dah expired. Hehehe.

Mak, terima kasih lahirkan orang dan masakkan orang makanan yang sedap-sedap. Doakan orang penuhi cita-cita orang untuk senangkan mak dan abah. Itu je orang mintak.


Stay muda belia sokmo ye mak! :P

You Might Also Like

14 comments

  1. Serupa muka Zizie dengan mak Zizie :D

    ReplyDelete
  2. senyum2 saya baca entry ni kak. semoga mak akak sentiasa dlm keadaan sihat~
    mak saya pun asal dari taiping jugak

    ReplyDelete
  3. Mak ena pun berasal dari Taiping, Terung...

    ReplyDelete
  4. :) sebak baca. betapa banyak pengorbanan seorang ibu. mak zizie tu nampak muda sangat.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari ibu untuk mak kak zizie. Kan? jasa ibu tiada ternilai. Tak boleh diganti dengan ape pun :')

    ReplyDelete
  6. Muka Zizie ada iras mak..
    Terharu baca pengorbanan ibu..

    ReplyDelete
  7. Mak dengan ayah Zumal baru je pulang ke Selangor semula, sayu lak rasa bila berpisah...

    ReplyDelete
  8. Yes! masakan ibu adalah yang terbaik walau kemana pun kita gi makan tetap rasa masakan ibu yang terbaik!

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Mak untuk Mak awak :)

    ReplyDelete
  10. Selamat hari Ibu pada ibu kita berdua dan ibu semua orang dlm dunia ni ye.. nak list senarai kebaikan ibu memang tak terbuat saya.. fuh..~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak gee, betul tu.. kalau nak listkan, memang tak cukup ruang.. zizie pun dapat state yg general je. kalau tak, berjela la citernya. hehehe.

      Delete
  11. Iras..alhamdulillah..anugerah Allah..anak dan ibu anugerah satu sm lain..

    ReplyDelete
  12. zizie ikut rupa mak!!!! heeeeeee

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.