Nature & Travel Inspired Wedding | Agrofarmstay @ Skill Tech Melaka

25.5.15
Zaman sekarang, terdapat pelbagai jenis konsep perkahwinan yang diperkenalkan. Daripada perkahwinan berkonsepkan tradisional sehinggalah berkonsepkan Barat.

Pada tahun ini, Resort Agrofarmstay @ Skill Tech Melaka memperkenalkan pakej perkahwinan di resort mereka. Apa yang menarik dan kelainan yang korang akan dapat di sini? Jom baca.


Konsep Tradisional

Selalunya, apabila majlis perkahwinan diadakan di hotel, pasti pengantin lebih suka memilih wedding berkonsepkan garden atau Inggeris. Di Agrofarmstay, pengantin yang ingin mengekalkan adat resam Melayu boleh mengadakan perkahwinan di sini. Pasangan pengantin boleh berarak dan menikmati persembahan silat yang dipersembahkan di perkarangan resort.

Pasangan pengantin menikmati persembahan silat.

Persembahan silat gayong dari UTeM


Majlis persandingan boleh diadakan di dalam Dewan Lily yang boleh memuatkan lebih kurang 80 orang tetamu. Dalam gambar di atas, pasangan pengantin mengenakan busana yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat melayu Melaka. Busana songket ini berusia 25 tahun dan masih dijaga dengan elok.

Pengantin perempuan memakai sanggul lintang 5 tingkat yang dihiasi dengan huraian bunga melur. Simboliknya sanggul lintang ini ialah tanggungjawab seorang isteri di alam perkahwinan. Manakala pengantin lelaki memakai busana yang mempunyai unsur-unsur daripada pedagang Arab.

Konsep Moden



Manakala pasangan pengantin ini memakai busana yang berkonsepkan moden. Pakaian pengantin lelaki diubah suai menjadi sut dan tengkolok digantikan dengan tarbus. Si pengantin perempuan pula mengenakan dress songket dan tiara di atas kepala.

Konsep Santai


Selain persandingan di dalam dewan, majlis persandingan juga boleh diadakan di tepi kolam renang. Secara personal, zizie sukakan pelamin sebegini. hehe. Pasang angan-angan sekejap. Cantik sungguh gabungan warna baju pengantin dengan pelamin yang dihias.

Pasangan pengantin ini mengenakan busana yang berkonsepkan moden kontemporari. Nilai seni songket masih dikekalkan pada busana tersebut.



Majlis Petunangan



Bukan sahaja majlis perkahwinan, majlis pertunangan juga boleh dilangsungkan di Agrofarmstay. Nice & sweet sahaja pelaminnya. Sejuk pula mata memandang di tengah hari yang terik kan.


Selain Dewan Lily yang dapat memuatkan 80 orang tetamu, terdapat juga Dewan Palma yang boleh memuatkan 120 orang dan dewan makan seramai 60 orang.


Photoshoot Bersama Alam Semula Jadi

Keunikan utama agrofarmstay ialah keindahan alam semulajadi. Usai sahaja majlis persandingan, pasangan mempelai bolehlah mengadakan photoshoot di sini dengan berbagai permandangan yang indah dan cantik.





Fasiliti

Kalau korang mempunyai keluarga yang besar dan tak tahu nak sumbat dorang kat celah pokok mana, janganlah risau. Di agrofarmstay, terdapat villa yang mempunyai 7 buah bilik. Ini satu family besar zizie pun dah muat ni. Selain itu, terdapat bilik berserta river view seperti twin/double river view, 6 bedded river view dan 8 bedded river view.

Villa (7 rooms)

8 Bedded Garden View

6 Bedded River View

Kanak-kanak pula mesti teruja dengan Pet House yang terdapat di sini. Zizie tak pernah masuk zoo (tolong jangan boo), so teruja iolls jumpa si Ujang ni dekat-dekat. Kacak sungguh si Ujang ni!

Ujang yang kacak :D


Itik ni ingat Zizie nak curi makanan dorang. Haha!

Selain itu, korang dan bersama ahli keluarga boleh melakukan aktiviti seperti berkaraoke di rumah kasut yang comel ini. Terdapat 60 ribu buah lagu disediakan di sini. Haa. Karok la korang sampai habis hilang suara.



Untuk memudahkan urusan perkahwinan korang, korang boleh juga membuat tempahan dari segi andaman, fotografi, catering dan doorgift daripada:


  1. Noris Andaman
  2. Attirmidzy Photography
  3. iLHAM Katering & Galeri Perkahwinan
  4. Hanis Fancy Chocolate
  5. Dodol Masyhur
  6. Aiskrim Katering
  7. Hannah Homemade (017-2255085)
  8. Halal & Fresh Chicken Supplier (010-9831707)

Untuk keterangan lebih lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah layari/hubungi Agrofarmstay @SkillTech di:

Website: www.agrofarmstay.my
Email: pertanyaan@agrofarmstay.my
Facebook: Agrofarmstay @ Skill Tech
Instagram: @agrofarmstay
Phone: 012-2118246


Lokasi Agrofarmstay




Semoga perkahwinan kalian menjadi memori terindah di Agrofarmstay @Skilltech ;)

You Might Also Like

27 comments

  1. memang bagus sangat klu buat wedding kat sini kan... zizie nnt kahwin buat la kat sini... senang. all in 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kahwin dengan orang melaka, boleh la kot.. kui3..

      Delete
    2. takpelah... nnt kita buatlah majlis kat sini... eh!!! hahahhahahaha...

      Delete
  2. Replies
    1. menarik dengan alam semula jadinya :D

      Delete
  3. Replies
    1. Pagi2 lg cantik. Dpt tgl bunga teratai tgh mekar :D

      Delete
  4. cantiknya villa tu. mcm2 kemudahan disediakan. aada mini zoo pulak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lg kawasannya yg cantik2 tau.

      Delete
  5. Zie..rumah kasut tu omel angat lerr..hihi..kemudahan yang disediakan merangkumi semua aspek..baguslah..memudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Comel dan unik.. Alhamdulillah kak.. Penginapan pun selesa :)

      Delete
  6. wah cantiklah tempat ni. kite org melake pun tak tahu. hehe. nak photoshoot situ2 je boleh. takyah pergi jauh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kite yg bljr dkt pun xtahu haa.. :D

      Delete
  7. tak ramai yang memilih konsep tradisional. usaha agrofarmstay ni wajar diberi pujian :)

    ReplyDelete
  8. menariknya..siap boleh buat majlis kawen kat sini...

    ReplyDelete
  9. Menarik konsep perkahwinan yang ditawarkan tu kan...

    ReplyDelete
  10. wow, bestnyer.. mudah & cantik pulak tu.. yg penting, pengekalan ciri2 baju pengantin tradisional tu wajar diberikan pujian.. =D

    ReplyDelete
  11. Suka tgk gambar kawin tu, cantik sangat-sangat :D

    ReplyDelete
  12. jauh na melaka. naseb dah kawen ahahaha.

    ReplyDelete
  13. cantikk gila. df org melaka sendiri pun tak penah pergi bahahaha

    ReplyDelete
  14. Follower ke #2641, follow back blog aku ya http://typepedia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. dik zizie,
    salam perkenalan...akak nih yang suka bawak diri sensorang tempohari
    good info jugak di sini.
    nebes tetiba sebab akak lum update entry nih..
    tunggu entry akak..

    ReplyDelete
  16. iza nti bwk ilma begambo kt sn yea...hehe

    ReplyDelete
  17. best pulak konsep ni..boleh la nak rekomen pd member2 yg belum kawen hihi

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.