Shopping Raya 2015

20.5.15

Assalamualaikum wbt

Pejam celik, pejam celik, lagi sebulan lebih semua umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selepas sebulan berpuasa, diikuti pula dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Belum bulan puasa pun, dah ada yang start shopping raya kan? Apa kata, tahun ini kita membuat sedikit kelainan dengan shopping raya bersama-sama yang lebih memerlukan.

Projek Iqra telah menganjurkan shopping raya sejak tahun 2012 lagi. Daripada membantu sebuah anak yatim, sehinggalah tahun lepas mereka berjaya membantu 7 buah anak yatim. Bagi tahun 2015 projek iqra ingin mencapai target seperti berikut:

1. Anak yatim asnaf
2. Anak-anak asnaf
3. Ibu tunggal

Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.




Seperti di dalam video, Kak Sharifah Shahirah menerangkan cara-cara untuk menaja Shopping Raya 2015. Anda boleh menaja beramai-ramai dengan rakan-rakan atau ahli keluarga asalkan mencukupi minimum RM 200.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan info lebih lanjut mengenai Shopping Raya 2015, layari laman web http://www.shoppingraya.org/ ataupun hubungi wakil Projek Iqra :

  1. Solleh (0176702033)
  2. Sharifah (0172748904)
  3. Khairul anuar (0167361067)
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: ”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

You Might Also Like

11 comments

  1. Perkongsian menarik zie..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. bagus buat kempen mcmni. membantu golongan yg memerlukan :)

    ReplyDelete
  3. Ingatkan cik zizie dah p shopping raya. amboi laju benor.. =D

    ReplyDelete
  4. Semoga bantuan kita dapat memberi keceriaan untuk mereka...

    ReplyDelete
  5. comel header.. hehe. alhamdulillah semoga urusan berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  6. sama-sama kita bantu ringankan beban mereka yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana menyokong usaha in :)

    ReplyDelete
  8. Tulahhh cepatnyaa masa berlalu.. Sedih nk mninggalkan bulan yg mulia ni.. Papepun smoga dpermudahkan sgla urusan. In Sha Allah

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.