Mee Udang Murah Yang Superb Power! | D'laila Mee Udang

30.6.15

Mee Udang Murah Yang Super Power! | Entry ni, aku post sebelum waktu bersahur. So, siapa yang baca di siang hari, jangan salahkan aku. Hihi.

Hantu seafood, especially udang. That is me. Lagi rasa bahagia bila aku dapat makan Mee Udang yang gila murah kat D'laila Mee Udang! Ya Allah, seksinya udang-udang ni posing dalam mangkuk. Bergetar perut ni, tergugat iman. Selepas dikira-kira, ada 10 ekor model udang dalam satu mangkuk ni.


Harga satu mangkuk RM 12 untuk saiz L dan RM 7 untuk saiz M. Murah kan? Udang dahlah mahal, dengan GST lagi, tapi kat D'laila Mee Udang ni harga lama tak berubah. aku belum jumpa lagi mee udang dengan kuantiti yang banyak dan semurah ni. Korang macam mana?

Rasanya sangat sedap. FYI, aku ni jenis cerewet kalau  bab kuah ni. Selalu je terkena kuah yang terlampau oily dan tak sedap. Tapi kat kedai D'laila Mee Udang ni, memang terbaik! Habis licin aku makan, dengan hirup kuah sekali. Dia punya rasa tu, rugilah kalau korang tak cuba.


Kat D'laila Mee Udang ni, bukan sahaja ada mee udang, tapi banyak lagi menu yang lain seperti Maggi Telur Mayong, Asam Pedas dan Ikan Patin Masak Tempoyak. Boleh rujuk kat gambar yang di atas untuk menu. Kalau ada rezeki ke sana lagi, aku nak cuba menu lain pulak. Rindu sangat dengan keenakan mee udang nya.

Korang jangan risau dengan tahap kesegaran barang-barang basah. Semuanya segar-bugar. Boleh pilih sendiri makanannya.


Terliur ke? Kalau korang rasa nak berbuka puasa di sana lokasinya di MMA Santai Corner. Boleh rujuk peta di bawah. Kedai ni dibuka pada pukul 6 petang - 12 tengah malam.

Layari official media social:
Facebook D'laila Mee Udang
Instagram D'laila Mee Udang



You Might Also Like

16 comments

  1. Pergh ~~ udang ittew..

    memang best lah...

    ReplyDelete
  2. tengok petang petang ni memang tak tahannnnnn

    ReplyDelete
  3. Meleleh air liur tengok gambar ni. *jangan risau, saya baca entri ini masa sahur* Dahlah saya minat mee udang.

    ReplyDelete
  4. Beratur cantik je udang tu, yang dalam gambar tu L ke M ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini saiz M. sebab zizie ternampak ada yg saiz lg besar.

      Delete
  5. Rindu nak lepak kat sini.. Memang mee udang kat sini terbaiklah. Ena pergi mesti order sampai dua..

    ReplyDelete
  6. banyak nya udang... k.lia jenis xleh makan udang banyakkkk ... stkt 4 ekow jadi la... :)

    ReplyDelete
  7. tempat pcl, banting ke nilai tak le jauh ..teringin nak pi jugak try telur ikan mayong tu..cambest je tengok !

    ReplyDelete
  8. perghh seafood semua fresh...tengok udang tu nak menangis rasa..haha murah pulak tu...

    ReplyDelete
  9. Wahhh memang best tengok seafood yang fresh-fresh ni..Biasa dengar, tapi tak pernah pergi lagi...

    ReplyDelete
  10. ni buat saya rindu nak balik malaysia!. waaah mi udang

    ReplyDelete
  11. Kat sini mcm2 ada pastu semuanya sedap2 tp bila Cikna ke sini semestinya order char kuew tiow@n.ayam p'din, sedap&puas hati.....;-)

    ReplyDelete
  12. yang bijik2 tu telur ikan kan.. sedappp :)

    ReplyDelete
  13. Wahhh mee udangg.. Haritu mkn dkat penang bleh tahan mahal.. Nanti boleh lah try kat sini plak.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. nampak bergaya betul udang2 itu beraksi hehehe..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.