Seram | Lif UiTM Pucak Alam

7.6.15

Kisah ni berlaku pada tahun 2009. Masjid PALAM pun tak ada lagi time tu. Masih dalam pembinaan. Tapi "tangga batu cave" tu memang dah ada la. Legend bak hang tangga tu.

Kisah ni, kisah kawan zizie. Waktu tu, zizie dan kawan-kawan masih lagi dalam minggu orientasi di UiTM Puncak Alam. Bebudak asasi engineering perempuan ditempatkan di bangunan R5. Satu malam, kawan zizie ni tengah naik lif after tamat orientasi. Rumah kitorang di tingkat 6. Lepas semua orang turun di tingkat lain, tinggallah kawan zizie dan sorang budak perempuan ni.

Tetiba budak perempuan tu pun tegur kawan zizie, "Duk tingkat berapa?". Kawan zizie pun jawablah tingkat 6. Budak perempuan tu dengan ramahnya, "Saya tingkat 9. Jemputlah datang nanti." Masa tu, kawan zizie dah berdebar-debar, dup dap dup dap. Setahu dia, R5 ni ada 7 tingkat je. Celah mana muncul tingkat 9?!!



Perlahan-lahan kawan zizie menoleh ke arah budak perempuan tadi dan tiba-tiba dia bersuara, "Eh, kenapa butang lif ni sampai 7 je? Ni R4 kan?" Dengan terketar-ketar kawan zizie menjawab, "Ni R5." "Ala! salah blok la!"

Hahahahaha.

Toksah kan dia, zizie pun selalu salah blok dengan R4. Dahlah kau naik tangga batu cave tinggi tu, sampai-sampai, salah rumah pulak! Nasib baiklah ada lif. Rindu hostel UiTM Puncak Alam!

You Might Also Like

25 comments

  1. Hhahahaa... buat suspen je!!!! memang lawak >.<

    ReplyDelete
  2. haih. berdebar dah baca. tapi ending dia serious lawak. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. amboi kak.. gigih komen sampai tiga?? hahaha.. tak nak padam! :P

      Delete
  4. Adoiii kak zizie ni.. Saya pun dah dug dag dug dag dah mula2 baca tadi.. Hai laa.. Kalaulah dia tak salah blok, memang pengsan agaknya kawan akak tu. Ekekeke... Nasib baik...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik kelakor, dah lah baca jam 4.40 pagi ni. Nervous giler. Hak3.

    ReplyDelete
  6. berdebor akak yang bacani tau.. huhh !!!

    ReplyDelete
  7. Singgah pagi sini.Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

    Ya Allah , igtkan bebetul adi . HAHAHAHAAHAHAHA . sila masuk Maharaja lawak mega musim depan

    ReplyDelete
  8. adoi.. sabor jelah..salah blok.. dah nak seram dah tadi..hihihi :P

    ReplyDelete
  9. haha. gurau kasar nampak.. serius aku bace nak masuk mood seram tu

    ReplyDelete
  10. Akak lebih rela salah block zie oii..daripada benda tak ada dikatanya ada..kan seram tu..

    ReplyDelete
  11. hahaha tengok gambar tu je jantung dah berdebar rupanya salah blok hahahaha

    ReplyDelete
  12. Alahaiiii. Baru je nak feeling seram.. Haha

    ReplyDelete
  13. tak nak baca entry, mama pengecut, just baca komen dorang je.. kikiki

    ReplyDelete
  14. Alahai, ingatkan hantu tadi rupa-rupanya tersalah blok hahaha

    ReplyDelete
  15. Haha nasib melawak jerr.. Haihh

    ReplyDelete
  16. Just nk share pengalaman aku waktu kt palam.waktu tu aku sorang je dlm umah . Housemates aku still dlm mood cuti . Igtkn nk bermlm je kt umah tu sbb malas nk turun bilik kwn tgkt 2 . So .... dlm jam 9 tu .... tetiba plk rasa tk sdp hati dn trus cancel plan nk bermalam sensorang . Aku kol kwn aku yg tgkt 2 tu dtg ambik aku . Aku plk tgkt 5 . Tk smpi 1 minit pintu bilik aku kena ketuk . Bkn pintu utama ye . Aku pelik napa cpt sgt dia smpi . So aku tanya yani ke tu ? . Nama kwn yani . Takda jawab . Nk dptkn kepastian aku kol kwn aku tu tanya dia kat mana? Dia kata still kt bilik dia ...... wallahualam sapa yg ketuk .....

    ReplyDelete
  17. Tapi R5 tingkat 6 mmg lain mcm sikit. Saya last batch asasi palam. Fellow ada penah story time tu budak2 asasi takda lagi. Budak degree pun berapa kerat je semua yg ada pun duduk tingkat 2.. Tapi tingkat 6 ada satu rumah tu lampu dia berlampu dlm satu bilik tu. Dia igt budak2 degree. Tp rupanya tak. Kisah jadi misteri sampai lah student asasi mai.

    Lagi satu, ni kisah housemate saya sndri. *sy stay 2nd Floor* Dia slalu stay up study pastu main fon. Ada satu mlm tu dia dgr rumet dia panggil nama dia byk kali. Dlm samar2 nampak lah kelibat rumet mcm tak tido lg. Tapi ye lah kan takkan nak suluh dah lewat mlm dh. Takut ternampak bukan2 plak. So esok nya tu dia tny la rumet dia n rumet dia deny. Byk jugak kejadian benda pelik2 jadi sebenarnya. Cth mcm dgr guli bergolek mlm2 n then nampak ada yg lambat2 depan R3.. Huhu

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.