Servis Handphone & Laptop di Melaka

9.6.15
Zizie tak faham kenapa this lately, ramai pulak kekawan di facebook yang kerosakkan phone. Dahlah pakai brand lenovo macam zizie. Sekali rosak, berkecai skrin! Handphone zizie ni dah banyak kali jatuh dengan aksi-aksi stunt yang boleh membawa maut. Nasib baik tak pecah skrin.

Zizie pernah la kerosakan phone masa praktikal kat Terengganu tahun lepas. Bila dah praktikal, kerja mengambil gambar tu penting tapi bukan untuk selfie (padahal dalam galeri bersepah gambar selfie dengan geng-geng praktikal) tapi mengambil gambar untuk logbook. Dan disebabkan zizie diletakkan di bahagian welding, banyak kali jugak la handphone zizie ni jatuh sebab handphone besor tapi poket lab coat kecik. Huhu.

Sampailah satu tahap, zizie ada masalah untuk charge handphone. Dalam masa kurang setengah jam, tetiba bateri tu dah 100%. Tapi, bila diguna, 10 minit terus bateri down to 0%. Stress dia, toksah ceritalah!

Zizie pun hantarlah baiki kat sebuah kedai handphone di Mydin Mall Kuala Terengganu. Baiki kerosakan tu sahaja  dah RM 200. Gasaklah! Tapi lepas 2, 3 hari masalah tu datang balik. Hantarlah lagi sekali, tapi tak settle jugak! Plus, kedai tu kasi hilang besi untuk hold memory card. Sebab dah penat sangat dengan kerenah peniaga cenggini, zizie pun guna external charger untuk charge handphone. Masalahnya, kalau dah keluarkan bateri, memang tak boleh la nak contact kan. Beli pulak satu lagi bateri sebagai spare.. pergh! cost untuk handphone saja hampir RM 400.

Universal Charger
Alhamdulillah, akhirnya tak sia-sia la pengorbanan zizie. Beberapa bulan yang lepas, zizie get in touch balik dengan abang yang pernah tolong baiki laptop zizie. For your information, abang zahar ni menawarkan servis handphone & laptop. Korang boleh baca kisah sadis zizie sehinggalah zizie berjumpa dengan abang Zahar di SINI.

Akhirnya, phone zizie dapat charging seperti biasa. Kejadian-kejadian macam ni, buat zizie fobia untuk membaiki gajet kat kedai. Ada peniaga yang just nak kaut keuntungan tapi servis cincai je. Ada yang kaki menipu tukar komponen barang. Sekarang, kalau gajet-gajet ada masalah je, zizie prefer baiki dengan abang Zahar. He gained my trust.

Yeayyy! My phone dah boleh charging as usual..
Dalam entri dahulu, ramai yang pm bertanyakan harga servis. Untuk pertanyaan harga, korang boleh bertanya kepada abang Zahar ( 017-2581282 ). Lokasi: Bukit Katil.

You Might Also Like

29 comments

  1. cost kerugian tuh dah boleh buat beli phone baru... huhuhu sib baik ada yag baik menolong... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. huhu.. nasib baik xrasa nak tukar phone lagi..

      Delete
  2. Lenovo mmg cepat rosak eh? Fedup kekadang dgn lenovo nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la... tgk jenis mungkin.. mcm akak ni, akak kasi dia jatuh.. rosak pun hardware je...

      Delete
  3. setakat ni tak pernah rosak lagi handpon samsung ni. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik titan mesti pandai jaga... hoho

      Delete
  4. Mahal juga ye smpai rm400. Saya punya phone ni wlaupun dh banyak kali jatuh tpi alhamdulillah belum bengong lagi. Lpsni kena jaga betul2lah, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. xbengong lagi.. rosak hardware je...

      Delete
  5. ada2 mereka2 yg baiki ni ambil kesempatan kat customer diorng...harga tinggi dari yg sepatutnya.. Tapi yg menyakitkan hati masalah tu xdelah betul dapat diperbaiki bertambah teruk pulak.. Aihh..

    ReplyDelete
  6. repair fon sampai rm400.. blh beli lg sebijik lenovo.. huhu..

    ReplyDelete
  7. selalu kalau phone rosak and ee nak hantar repair mesti ada je yang ckp somethg like "tk berbaloi. baik beli baru"
    maka saya pun berhuhuhu.

    comelnya wallpaper phone. meow.

    ReplyDelete
  8. nasib jumpa abang zahar.. HAHAHA.

    ReplyDelete
  9. pehh memang tak dpt ku bayangkan. hahaha kalau dah jadi satu hal. susah T_T

    ReplyDelete
  10. saya dah jenuh kena tipu dgn tukang baiki ncet ni.
    kalau diingat balik memang sakit hati zizie.
    memang tak berkatlah duit yg dorang ambik tu.
    >.<

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah syukurlah..masih ada yang buat sesuatu itu bukan mengejar untung dan nikmat dunia semata mata..

    ReplyDelete
  12. Assalam zizi..balas kunjungan & follow
    http://awazans.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Terbaik aa. Tapi Abang Zahar jauh sangat. Wuwuwuw

    ReplyDelete
  14. Tab cikna pun baru ni b'kecai gak pdhl bawu 2bln guna bawa g kdi tp xleh guna warranty... Sudahnye beli yg baru je...

    ReplyDelete
  15. Ttbe jadi trend kan fon rosakk..
    Hahaha

    ReplyDelete
  16. Apa dh dia ni hp sy rosak dia x bertanggungjawab..lg nak mengelak zahar x jujur dlm berniaga..sy bkn nak rosakkan bisnes dia tp dia rosakkan bisnes dia sendiri...apa punya org la ingt bantu melayu niaga ok tp lain jdnye...terima kasih sbb kenalkan sy dgn melayu x jujur ni...semoga apa ug dia buat dpt balasan yg setimpalnye..amenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rosak sila beritahu kepada encik zahar. kalau tak beritahu die, die mana nak tahu apa isu nya. kecuali kes melibatkan atas kecuaian sendiri. apa2 pun terima kasih atas feedback yang diberikan. semoga Allah murahkan rezeki kamu.

      Delete
  17. saya dah dapatkan feedback dari encik zahar berkenaan isu ni. mengikut penerangan encik zahar, phone saudara ni terhempas, jadi saudara ni hantar repair, screen rosak kata nya. kerana saudara ni dah maklumkan repair screen yang rosak, jadi encik zahar repair berdasarkan makluman saudara ni sahaja. keadaan 'body phone' saudara ni dh senget akibat terhempas kerana kecuaian saudara ni sendiri, jadi tak dapat nk repair jadi 100% seperti yang asal. selesai menukar screen phone, dan selepas diuji tiada masalah, encik zahar kembalikan phone saudara ni. kemudian saudara ni bising dan memaki hamun encik zahar dan menuduh encik zahar menukar 'motherboard' phone tanpa pengetahuan die. ini kerana saudara ni mengatakan phone die tak dapat line coverage dan syak encik zahar menukar 'motherboard' phone die senyap2. encik zahar agak mungkin 'signal receiver' phone saudara ni rosak akibat jatuh terhempas. Dan encik Zahar tak check line coverage phone saudara ni kerana awal2 saudara ni hanya minta menukar screen je.

    Pada permulaannya encik Zahar hendak pelawa saudara ni utk datang semula dan check balik phone die. Tapi disebabkan ayat2 saudara ni yang agak kasar dan biadap, encik Zahar kecik hati dan tawar hati utk beri bantuan. Saudara ni siap nak buat report polis kerana menyangkakan encik Zahar tipu die, dan menyuruh encik Zahar memulangkan duit nya dan menukar kembali screen die yang rosak. Tapi encik Zahar tetap juga bagi cara untuk check sama ada ‘motherboard’ phone die original atau tak, dan memulangkan semula screen asal die tanpa mengambil semula screen baru yg digantikan encik Zahar. Encik Zahar juga memulangkan kembali duit saudara ni RM150 dari jumlah yang asal RM230.

    Encik Zahar pernah berhadapan dengan situasi lebih rumit, tapi tak tau mengapa kes kali ni saudara yg comment ni susah utk beri kerjasama. Mungkin atas faktor saudara ni terlalu muda (umur bawah 20) utk berbincang secara berhemah dengan orang tua seperti encik Zahar yang mengakibatkan masalah seperti ni berlaku.

    Dan pesan saya ye saudara, jika saudara ada masalah, cuba bincang baik2. Cara saudara ni ibarat menabur pasir dalam periuk nasi orang. Encik Zahar cari rezeki untuk beri makan anak2 nya yang masih kecik. Jangan disebabkan salah faham dan cara saudara ni meluahkan ketidakpuasan hati saudara mengakibatkan sumber rezeki encik Zahar terjejas. Sila hubungi encik Zahar utk selesaikan perkara ni.

    Saya bagi pihak encik zahar ingin memohon maaf diatas kesulitan yang saudara hadapi. susah untuk memuaskan hati semua pelanggan. Tapi encik zahar akan cuba sebaiknya utk memenuhi permintaan pelanggan.

    Terima kasih ya admin kerana membenarkan saya menerangkan situasi sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum . abg knl en zahar tu ? boleh tlg tanya kan tak? phone saya ada masalah 1-boleh on tapi bateri cpt hbs
      2- board rosak sebab phone masuk air
      3-saya nak betulkan sebab br je pakai
      jenis phone samsung mega 6.3

      Delete
    2. mintak saudara/saudari hubungi encik zahar di 0172581282/0196934976.

      Delete
  18. BERAPA KOS TUKAR BODY OPPO R1L,0182223301.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak saudara/saudari hubungi encik zahar di 0172581282/0196934976

      Delete
  19. Replies
    1. Ye masih beroperasi. mintak saudara/saudari hubungi encik zahar di 0172581282/0196934976

      Delete
  20. salam maaf nak tanya berapa cost tukar lcd screen note 5 n9005.body ok cuma screen jer retak.terima kaseh.no saya 0196240771 azman melaka.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.