Tangkapan Kecil di Tempatan Fest 2015 Melaka

1.6.15

Last weekend, zizie telah diheret oleh kawan zizie yang meminati brand tempatan. Zizie bukannya tak minat local brand, tapi zizie ni memang tak reti pasal branding bagai ni. Baju pun jarang beli. Asalkan murah, cantik dan selesa dipakai, zizie tibai aje. Back to the topic, kawan zizie telah heret zizie ke Tempatan Fest 2015 di MBMB Melaka.

credit to Tempatan Fest
Antara local brand yang membuka booth di sana ialah 27 Legacy, Rumi Jawi, KECO, Arte dan macam-macam lagi!

Memandangkan di hujung semester ni zizie tak ada la tengah "kaya" sangat, so zizie mencuci mata melihat hasil kreativiti anak Malaysia kita. Good job la uolls! Hopefully di masa akan datang local brand kita menembusi pasaran antarabangsa.

HOWEVER!!

Zizie tak pulang dengan tangan kosong. Adalah sedikit tangkapan kecil semasa ke sana. Penat iolls mandi peluh, takkan nak balik macam tu je. ye dok.


Zizie sempat grab sehelai tudung daripada Baby Shawl. Dari jauh dah terpikat dengan corak dia. Hehe. Murah pulak tu. Zizie simpan pakai untuk raya nanti. Lepas tu, layankan kawan zizie ni beli button. Yeah! Tambah koleksi One Piece.


And as you can see, Zizie borong buku-buku dari booth Projek Buku. Awek Chuck Taylor karya Nami Cob Nobbler dan Babi karya Azwar Kamaruzaman. Ini buat stok bacaan after habis final exam.

Berjalan-jalan waktu tengah hari panas terik ni, memang buat orang dahaga. Nasib baiklah ada booth Ayaq Botoi ni.





Sedih pulak ayaq teh ais dah habis. So I quench my thirst with ayaq kopi. Ya Allah... sedapnya! Yang lagi sedap tu, rasa ayaq kopi orang kampung bcoz Zizie memang suka minum kopi orang kampung. Sesuai betoila dengan tagline dorang Warisan Kampung Citarasa Moden. Packaging uolls sangat comel. Sayang nak buang botoi ni.


Satu hari berjalan layankan kawan zizie ni. Turun melaka semata-mata nak pergi Tempatan Fest sebab terlepas Tempatan Fest kat tempat dia. Kalau korang pun nak pergi ke Tempatan Fest dan tak nak ketinggalan macam kawan zizie ni, boleh la cekidout di facebook Tempatan Fest. Next destination will be in Johor. Jom support local brand pulak!

You Might Also Like

33 comments

  1. nice entry zizie, ayaq botol tu macam berkenan sangat mana leh dapat, and all the book you buy seriously menarik untuk dibeli... salam kenal, kindly follow me at www.qalbu82.blogspot.com time kasih ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis.. saya ada letak link every of the brand. sis boleh klik for further details. yup. buku2 tu sangat menarik (based on my friend's review).

      Delete
  2. bestnya zizie ! suka tgk beg tu.. hehee
    asal tajuk pelik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku2 indie mmg tajuk pelik2.. Ada yg lagi pelik.. Hehe

      Delete
  3. perempuan klau berjalan...tak membeli langsung tu benda yg pelik...hahahaha...

    tuu diaaa...ayaq kopi oii...awat nmpk sedap gilaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap kak sally oiii.. Rasa mcm ketagih pulak ngan rasa dia.. Huhu

      Delete
  4. woww. ehh jap. zizie orang melaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope.. Zizie study kat sini.. Hee.. Why? Org melaka ke?

      Delete
  5. Cantik shawl..stok ghaye ye..alhamdulillah..yang penting beli buku nak topup ilmu..yess..terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zizie nk top up pengajaran hidup :)

      Delete
  6. kak zizie, baru hingat hakak ni study je melaka kannnn. eh yekeee. btw buku tu superb tau !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. Ingat pun addang.. Heee.. Tu la.. Banyak lagi buku yg superb.. Tp duit dh cikit.. Huhu

      Delete
  7. Untunglah dpt pergi ke situ. >< Mario tak sempat nak singgah. nway mana cbox ? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mario org melaka ke? Zizie pun org yg bawakkan.. Xde cbox.. Dh buang.. Hehe

      Delete
  8. zizie sedapnya ayaq kopi tu. t___t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap.. Zizie tgh ngidam nk minum lg...

      Delete
    2. Mmg sedap.. Zizie tgh ngidam nk minum lg...

      Delete
  9. Seronoknya Zizie dapat pergi festival macam ni.

    ReplyDelete
  10. cambest je buku awek chuck tuuu.....

    ReplyDelete
  11. Assallammualaikum..salam ukhuwah dari INDONESIA.

    ReplyDelete
  12. i've been there too zie... window shopping... fie seyes xtau jenama2 tu.. i is jakun maybe..
    tapi air tu seyes nmpk sedapp..

    ReplyDelete
  13. ishhh tak sempat nak pergi >< nak pergi Johor sangat

    ReplyDelete
  14. bestnyer. apesal boleh ketinggalan kapal sangat ni? arghhh!

    ReplyDelete
  15. terkejut tengok baca tajuk buku "babi" tu hahaha xD. saya sukalah corak shawl kak zize tu, mesti selesa kain dia! andd... teringin nak minum ayaq teh tu! banyak sgt dah butik2 vendour jual air tu sekarang ni, cuma tak pernah beli lagi T__T

    ReplyDelete
  16. sedap ea ayaq tu.. hari tu nampak kat masjid India.. tak beli pun..

    Okeh! lepas ni boleh beli.. hehe

    ReplyDelete
  17. kita yang stay melaka pun tak pernah tahu ade event cenggini... hahahah.. cam sedap je ayaq botoi tu. pulak zizie jadi model.. next time kene try nih!!

    ReplyDelete
  18. Wow novel,best ni... Akhirnya pilih ayaq org tua(kopi)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.