"Water Caving" di Gua Batu Maloi

11.6.15
Dah lama I tak mencemar duli buat aktiviti lasak. Masa kecik-kecik I la jaguh panjat pokok kelapa, tapi bila nak turun, tak reti! Alih-alih, I gelongsor sambil peluk pokok kelapa. Lepas tu, mak I kasi sedas dua paip getah sebab baju rosak. Sssaakiittt. Tapi itu kenangan dulu.

Gua Batu Maloi


Last month, I dan 40 lebih UTeM's student berserta 4 orang pensyarah pengiring meneroka Gua Batu Maloi yang terletak di Negeri Sembilan. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam dipenuhi dengan dengkuran pasal semua kena bangun pagi.

Here's some story:
Gua Batu Maloi ini dijumpai oleh Pak Cik Joe ketika ingin menangkap makan ikan di sungai. Gua ini terdiri daripada batu-batu besar semulajadi. Tiada stalagmite atau stalactites seperti Gua Batu Kapur. Akhirnya, gua ini diuruskan oleh Pak Cik Joe dan menjadi tarikan untuk diteroka oleh pelancong luar.

Perkataan Maloi datangnya daripada mitos Puteri Maloi, makhluk bunian yang mengahwini manusia biasa. Di sana, terdapat sebuah perkampungan orang asli yang dipercayai merupakan keturunan Puteri Maloi. Mitos mengenai Gua Batu Maloi adalah berbeza mengikut guider. Mitos yang zizie ceritakan ini diceritakan oleh anak Pak Cik Joe, kak Nida.

Walaupun gua ini dinamakan Gua Batu Maloi, tetapi terdapat beberapa bahagian gua lain seperti Gua Kelawar di mana korang akan nampak kelawar-kelawar sedang bergantungan pada siling gua. Air di Gua Batu Maloi bersih tidak dicemari kerana dijaga oleh pekerja-pekerja di sana.

Sebelum ke Gua Batu Maloi, korang perlulah mempersiapkan diri dan barang-barang untuk Penerokaan Gua Batu Maloi. Antaranya:

1. Headlamp (Lampu Kepala) / Small Torchlight. Dalam gua tu sangat gelap. Kan nanti kalau terjatuh, bahaya tau. Kalau nak headlamp yang murah, belilah di Mr. DIY. Belasan ringgit sahaja (tidak termasuk bateri). I suggest headlamp rather than torch light. At least, tangan tu senang nak memaut apa-apa.

2. Tight. Disebabkan aktiviti di sana melibatkan pergerakan fizikal seperti merangkak, meniarap, memanjat dan menggelosor, korang perlulah memakai tight di dalam. Kalau seluar terkoyak, malulah wehh! And of course la short dilarang sama sekali!

3. Waterproof Case untuk phone. Tahulah mengambil gambar tu menjadi rutin. Disebabkan aktiviti meneroka ni memerlukan korang untuk basah kuyup, belilah Waterproof Case kalau dah tahu phone atau camera korang bukan jenis waterproof.

4. Pakaian lebih. As I mentioned before, korang akan basah kuyup! Kalau tak kisah balik dengan keadaan yang basah kuyup, tak payah la bawak pakaian lebih.

5. Kasut Getah. Kalau korang ada kasut outdoor, tak menjadi masalah. Tapi, kalau tak ada belilah kasut getah. Kasut getah ni, bukan sahaja boleh digunakan untuk aktiviti air, malah untuk aktiviti di darat. Tak sampai RM 5 pun kasut ni. Kawan-kawan zizie, ada yang dah tercabut tapak sebab pakai kasut sukan biasa.

6. Jangan bawa barang berharga. Jam, cincin, gelang emas, dan sebagainya, tak perlulah dibawa. Kalau tercicir, korang bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah guider di sana. Dah tahu nak buat aktiviti lasak, tak payah gatal nak bawak. Duit pun tak perlu. Bukan ada orang berniaga pun di sana. Makanan dan minuman korang boleh berbincang dengan guider di sana. Kalau ada jumpa jugak orang menjual dalam gua tu, mohon azan kuat-kuat.

7. Beg kalis air. Kalau nak letak air atau makanan seperti biskut, bolehlah diletakkan di dalam beg kalis air. Sekurang-kurangnya tidak melambatkan perjalanan korang kalau beg tu jenis serap air.

Gua Batu Maloi
Titisan air yang dipercayai membentuk lukisan Puteri Maloi dan pasangannya.

Semasa di sana, korang harus patuhi setiap arahan guider supaya perkara tidak diingini tidak berlaku. Apa yang dipesan, semuanya untuk kebaikkan masing-masing.

Gua Batu Maloi
Taklimat daripada guider.

Seperti yang I ceritakan tadi, kitorang menggunakan seluruh tubuh badan untuk melalui trek-trek yang diadakan. Ikut sahaja arahan guider untuk melalui dengan cara yang betul. Memanjat, menggelosor, meniarap, merangkak adalah aktiviti-aktiviti asas yang dilakukan. Mencabar kan?

Gua Batu Maloi
memanjat

Gua Batu Maloi
Redah la selagi boleh redah!

Apa yang penting? Kerjasama? One of it. Yang I nak tekankan kat sini ialah KOMUNIKASI. Kalau korang tak berkomunikasi, kawan-kawan yang di belakang takkan tahu apa yang dorang perlu lakukan untuk melalui trek-trek tersebut sebab setiap trek lain caranya dan perjalanan korang akan menjadi lambatlah kalau miscommunication.

Menurut kak Nida, walaupun team kitorang ramai, tapi kitorang berjaya mencatat masa yang paling pendek untuk sampai ke puncak! hooray! Let's be proud uolls!!

Gua Batu Maloi
muka dah pucat lesi berendam dalam air.

Gua Batu Maloi

Gua Batu Maloi

Yang badan gempal, jangan risau la bab tersangkut kat batu ke apa. Takkan tersangkut punya! Lecturers kitorang pun perut semua dah ke depan, tapi berjaya menghabiskan Water Caving.

Thanks to Kolej Kediaman Mahasiswa Luar (JKML) UTeM sebab anjurkan aktiviti macam ni. Puas!

You wanna join Water Caving? You can register at www.guabatumaloi.com.

Gua Batu Maloi

Till we meet again Batu Maloi!! ^^.

You Might Also Like

18 comments

  1. masuk gua mmg sonok.
    teringin pulak rasanye nak masuk gua lagi~

    ReplyDelete
  2. best nya..... dh lama xjoin aktiviti mcm ni sejak x jadi student,, sobs sobs

    ReplyDelete
  3. salam hee., sonoknya masuk gua membasah gituu., ;p

    ReplyDelete
  4. Salam....wahhh syioknya....advanture abes...macam kat gua tempurung lah!


    Singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  5. Uishhhh. Seharusnya kental nie. Semua nampak mencabar.

    ReplyDelete
  6. comfirm penat gila kan kak? aktiviti lasak mcm ni kite tak pernah join lagi. haha tapi mcm best je

    ReplyDelete
  7. sukan lasak suka.. tp x pernah pulak masuk gua.. huhu..

    ReplyDelete
  8. wahh lama x pi xtvt mcm ni bestnye nampakkk

    ReplyDelete
  9. seronoknya join aktiviti mcm ni. redah hutan masuk air. teringat masa zaman sekolah dulu. hehe

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. saya tak ada no contact guider.. cuba ke laman web dorang.. http://www.guabatumaloi.com/

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.