Ilma Albab Debab

22.8.15

Ilma Albab Debab | Sejak dah masuk 9 bulan pada bulan lepas, macam-macam kerenah pulak si debab ni. Kalau nak makan, nak makan beramai-ramai. Tak nak bersuap dia saja. So, kena la berlakon makan sekali bubur dia tu..

Yang paling tak tahan, dia buli suruh dukung. Selagi tak dukung, selagi tu la dia ganggu, bergantung dekat kaki dan macam -macam lagi. Bila dah dukung, ditunjuk-tunjuk dekat pintu. Kadang-kadang, nak ke luar rumah. Kadang-kadang, sekadar nak main pintu aje.. Dah macam ahmad albab daaa..


Harini, ikut umi & papa si debab ni ke kedai pintu. Haa.. dah boleh dikategorikan kedai favourite kan. Hahaha. Lagi la dia tak duduk diam. Nak pegang pintu tu, nak pegang pintu ni. Ya Ampun. Bila tak kasi, dia menderam. Kononnya marah lettew. Ceh. Sampai tauke tu pun kasi dua biji gula-gula supaya dia duduk diam-diam..


Look! How happy she is play with the doorknob. Aduhai.. nanti rumah baru dah siap, awak dah dapat kaki mainlah pintu sepuas hati awak. Buat masa ni, terpaksa la tahan buli dari si debab ni. Lagi seminggu nak cukup 10 bulan. Pe'el apa lagi la si ilma ni bakal lancarkan?
posted from Bloggeroid

You Might Also Like

25 comments

  1. alalala omey sangat si albab ni... cubit pipi sikit hehehehe

    ReplyDelete
  2. Budak tecik yang so cute..begitulah ragam bila baby kian membesar..ilhamnya sentiasa ada menunjukkan kecerdikkan..alhamdulillah..moga sihat sentiasa ye dear..

    ReplyDelete
  3. Ruby pun pening jugak ngan nurisya #7bln

    Mcm2 ragam da ha

    Pastu lasak yg amat..adeihh

    ReplyDelete
  4. Hahaha, budak2 biasa lah tu.

    ReplyDelete
  5. suke sgt main pintu ye.. haha.. comel!

    ReplyDelete
  6. Salam ziziezack,

    Tomei sangat si albab debab tu.. Sengeh nmpk gigi 2 batang.. Cute Sgt.. ;-)

    ReplyDelete
  7. hihihihihii... suka benar dgn pintu ya.. sebab tu albab..hihihiihih.. apa2 pun cutelah! :DD

    ReplyDelete
  8. Si kecik ni jd albab sjk umur 6 bln kot..ms tu nanges ble ketuk pintu die diam...haha...lawak sngguhla..now xnanges dh tp ske sgtla plk main pntu..bgn tdo nk kluar msti main pntu dlu...pe2 pn stiap ragam die sgtla cute...lov u my muslimah...

    ReplyDelete
  9. Comelnya dia... Hehe dia buli Zizie suruh dukung yer ^-^

    ReplyDelete
  10. comelnya Ilma! omnomnomnom

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
  11. Memang comel sangat ni dan tengah nak lasak. Nak marah pun xsampai hati, macam anak Mek ila yang kecik tu :-)

    ReplyDelete
  12. yup dats true..nk marah xsmpai hati...elated girl wif sengeh smile alwiz...huhu

    ReplyDelete
  13. Sooo cute. I kenot! Suka tengok budak2. Rase nak cubit pipi dia.

    ReplyDelete
  14. Ilma pintu! Hahah.. baru faham ..
    dah besar rupanya dia ya..best ada anak buah kan.tak la kekok main dgn budak2

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.