Mencegah Bakteria Dengan Menggunakan Bawang Merah

15.8.15

Mencegah Bakteria Dengan Menggunakan Bawang Merah | Siapa sangka sebenarnya bawang merah yang selalu digunakan dalam masakan boleh digunakan untuk mengubati penyakit. Setiap yang berada di muka bumi ini ada baik dan buruknya bergantung kepada cara penggunaannya.

sumber: google
Petua ni, zizie baru belajar semasa Ilma, anak buah zizie asyik demam this lately. Ilma ni susah sikit nak demam. Kalau demam pun, tak sampai satu hari. Tapi, kali ni lain pulak pe'elnya.. Kalau budak-budak demam, biasanya waktu malamlah suhu badan akan meningkat berbanding di siang hari. Menurut doktor, bakteria atau virus lebih aktif di waktu malam kerana suhu di waktu malam sesuai untuk bakteria dan virus. Tambahan pula, Ilma dah dijangkiti selsema. Kalau ke klinik kesihatan sekarang, klinik takkan sediakan ubat batuk dan selsema untuk bayi yang berusia setahun dan ke bawah kerana pernah berlaku kes kematian bayi.

Kemudian, ada kawan angah berikan petua ni. Senang saja dan tak perlukan bahan apa-apa. Cuma potong bawang merah itu bulat-bulat dan letakkan di dalam ruang tamu atau bilik. Jangan pulak ditabur merata-rata bawang merah tu. Cukup diletakkan hirisan-hirisan bawang merah di dalam bekas kosong sahaja. InsyaAllah, demam dan selsema kebah. Esoknya, hirisan bawang merah ni dah jadi kaler hitam sebab dah serap bakteria. InsyaAllah, demam akan kebah. Batuk dan selsema pun akan reda.

Menurut  bacaan zizie, ramai doktor yang tidak bersetuju yang bawang merah ni mampu menyerap bakteria. Walau bagaimanapun, bawang sememangnya mengandungi sulfur yang menjadi detox  dan membantu badan mengeluarkan toksin. Bawang juga merupakan anti-radang, anti-biotik dan anti-virus secara semulajadi. Tetapi khasiatnya dikatakan hanya berkesan untuk dimakan.

 Ini hanyalah sebahagian ikhtiar dan berkesan terhadap anak saudara zizie. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan segera ya. Jangan dibiarkan melarat pulak. Sekarang pun kalau Ilma naik merah-merah (sebab ilma kulit sensitif), petua ni tetap digunakan.

Selamat mencuba readers!

You Might Also Like

38 comments

  1. First time dengar petua macam ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..setiap penyakit pasti ada penawarnya..semua dari Allah,yang penting kita ikhtiar dan yakin..terima kasih zizie share petua ni..syukur..moga bermanfaat untuk semua..syukur..

    ReplyDelete
  3. pertama kali dengar petua ni.. boleh dicuba sebagai salah satu usaha nak sembuh.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Yup mmg bkesan pn..dgn izinNYa alhmdulillah...rmai dh kwn2 angh cuba petua ni n it worked...bkn utk sembuhjn baby je org dewada lau demam pn sama bcoz it cleanses d air...jom cube semua!!!

    ReplyDelete
  5. Time ksh sudi follow ruby..ruby pun asal tganu gak..tapi menetap kt puchong..

    ReplyDelete
  6. Satu petua yang bagus.. Memang bawang segala jenis bawang la, elok even baunya menyengitkan

    ReplyDelete
  7. bawang merah memang banyak manfaat. Jangan sampai terlupa kalau dah buka bawang jangan sampai simpan dan ambik balik buat masak,kerana bakteria dia dah masuk kat dalam bawang. Saya kadang terlupa dah buka bawang dan nyeris masaknya untuk buat sayur.

    ReplyDelete
  8. First time dengar petua nih...terima kasih!

    ReplyDelete
  9. Yup.. sy sendiri slalu amalkan petua ni.. abb anak2 sy mmg takut mkn obat.. so. Kn la usaha cr lain... untuk kurangkan selswma or demam.. leh try bawang putih yg ditumbuk dan diletakan dgn minyak dan sapukan pd dada dan tapak kaki serta betis...

    ReplyDelete
  10. Pernah baca panjang lebar orang cerita pasal bawang ni, tapi rasanya belum ada kajian saintifik yg betul2 confirm segala tips tu.
    Tapi kalau tak bawa mudarat, apa salahnya cuba, kan?

    Salam singgah :)

    ReplyDelete
  11. Pyka baru tahu . thanks sudi kongsi ea syg :)

    ReplyDelete
  12. wah! baru tahu juga tentang petua ini..terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  13. Sebelum nie tak tahu bawang merah juga digunakan untuk berubat...

    ReplyDelete
  14. salam singgah sini dik...petua yang baik ni dik..terima kasih sudi kongsi...

    ReplyDelete
  15. Pernah juga dengar petua ini. Tak salah berikhtiar di samping menggunakan rawatan modern.

    ReplyDelete
  16. benda yg sllu aku ketepikan., xsangka plak ada gunanya yg lain kat bwang ni., ingtkn buat sdp msakan jer., huhuh

    ReplyDelete
  17. Saya pun selalu demam. Boleh la try lepas ni. Thanks!

    ReplyDelete
  18. nice tips zizie. pes time dgr. boleh try ni

    ReplyDelete
  19. baru tahu petua ni zizie.. lps ni blhlah cuba klau ad deman+batuk+selsema... betul kata zizie rasanya tak salah untuk kita ikhtiar ni.. :D

    ReplyDelete
  20. cool....ni kira life hack jgk ni...thanks!

    ReplyDelete
  21. singgah sini ye tuan tanah..nice tips..orang dah anak 4 pon belom tahu tips ni..hihi tq for sharing..

    ReplyDelete
  22. Great benefits here...good for the health!

    ReplyDelete
  23. sebab tu bawang yang biar terdedah, tak elok untuk guna semula, tapi petua ni first time juga dengar

    ReplyDelete
  24. woahhh! serius baru tau ni...nnt nak cuba...tgk camne keadaan rumah...tapi sayang plak bawang tu :D

    ReplyDelete
  25. baru tahu petua ni, nice sharing :)

    ReplyDelete
  26. perkongsian yang bagus...terima kasih

    ReplyDelete
  27. bagus petua ni..tapi bau bawang tu tak tahan..ehhee

    ReplyDelete
  28. ha, kan. once pernah dengar jugak idea ni :)

    ReplyDelete
  29. Susah budak2 bila demam.. benda biass ja tp kena kat budak memang payah. Petua ni tak pernah dengar oun.huhu. tp btul la benda yg ada kat sekeliling kita ada byk fungsi.

    ReplyDelete
  30. tp bilik bau x manarik la, dah pernah try

    ReplyDelete
  31. Ya berkesan kat anak sy. Tido mlm lancar hidung tak tersumbat dah

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.