Terimbau Kenangan

27.8.15
Terimbau Kenangan | Sejak tahun 2005, zizie dah biasa merantau dari Terengganu ke Kedah sebab zizie masuk boarding school kat Kedah. Sejak dah habis belajar tahun 2009, jarang dah jejakkan kaki ke sana kecuali time ambik slip spm kat SMSAH (Jenan). Masa belajar kat Kedah tu, zizie dah biasa pergi ke Penang sebab masa tu along zizie menetap kat situ.

Semalam dari Taiping ke Kuala Terengganu, bas SP Bumi yang zizie naiki tu buat pusingan ke Parit Buntar dan Butterworth.. Banyak jugak kenangan kat situ.


Kat Parit Buntar tu, zizie pernah merasa naik bas kilang sementara nak ditukarkan ke bas ekspress time nak balik Terengganu. Memang terasa la macam pekerja kilang sebab masa tu ramai pulak mat bangla naik sekali bas tu. Blerghhhh.. Selain tu, Parit Buntar ni salah satu tempat "melepak" jugaklah. Along zizie dulu duduk dekat Jawi. So, memang dekat sangat nak ke situ. Lagi-lagi kedai depan Stesen Bas Parit Buntar.

Masa sampai kat Butterworth, zizie teringat masa kali pertama zizie naik bas ke situ, zizie follow bestfriend zizie, Syakir. Yang paling hampeh, dia tinggalkan zizie kat situ sebab ayah dia dah sampai dulu. Sebelum dia tinggalkan zizie kat situ sorang-sorang, dia belikan jajan untuk zizie. Tak lama lepas tu, nasib baiklah kakak zizie sampai. Kalau tak, memang buruk nasib dia di tanganku.. muahaha.

Rindu pulak zaman belasan tahun. Teringin jugak nak pi Kedah, melawat sekolah lama, jumpa cikgu-cikgu.. tapi, entah cikgu ingat ke tak anak murid dia ni. Almaklumlah den ni student low profile kan.. Hehehe. Paling rindu lepak kat pekan Jitra. Dengar kata dah pesat membangun. Rumah kedai depan sekolah pun dah bukak. Lagi sakan la bebudak ni fly. Hahaha. InsyaAllah, ada masa dan duit, akan ke sana nanti.

p/s: aktiviti blogging terpaksa ditangguhkan seminggu dua ni sebab zizie berada di kampung. See ya later, readers!
posted from Bloggeroid

You Might Also Like

31 comments

  1. Waaaa mengimbau kenangan lalu. Zaman sekolah la paling best kan? Selamat bercuti di kampung zizie. Take care!

    VitaminSuci

    ReplyDelete
  2. hehe best oo nek bas ngn bangla

    ReplyDelete
  3. Sy selalu jugak amik bas sp bumi balik kedah. selesa. Bas lain kurang pergi utara dari pantai timur

    ReplyDelete
  4. sama la.. dulu kalau nak balik rumah dr asrama penuh mat2 bangla dlm bas.. stresss!! hahahaha

    ReplyDelete
  5. salam singgah sini dik...wahh..kenang lalu tu yang best...bnyak manisnya...hihi

    ReplyDelete
  6. wah.. banyak kenangan kat belah utara ni.. meh datang lagi meh...

    ReplyDelete
  7. Mengenang kembali kenangan ni kadang-kadang seronok :D

    ReplyDelete
  8. Tempat jatuh dikenang inikan pula tempat menuntut ilmu..hehe...zie jumpa anak buah yang cute tu ke..kim salam ea..

    ReplyDelete
  9. sebelum tu, eizz baru perasan kat zizie dah ada domain sendiri. wah!!!
    zaman belasan tahun memang banyak kenangan, lagi2 kalau dah merantau ke negeri orang. kita pun rindu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hati eizz :'( dah lama tau ai tukar domain.. hahaha

      Delete
  10. jauh betul pengalaman zizie merantau kan...

    ReplyDelete
  11. Jauhnya zizie belajar.. wawa dlu study kt uitm pineng.. sempat la merayap ke kedah.. hehe

    ReplyDelete
  12. Jauh juga merantau tu.. wahh.. ena pun rindu zaman muda mudi dlu ni... rasa nak patah balik je masa..

    ReplyDelete
  13. Bestnya merantau banyak negeri....! Kita ska juga kalau pi mana2 naik bas..hahah.mcm2 cerita dapat.

    selamat bercuti ya zizie..lama tak singgah sini.. hehehe..cuti berapa lama?

    ReplyDelete
  14. memang agak mencabar kalau tunggu bas sorang-sorang ni, apalagi naik bas dengan ramai lelaki di dalamnya.

    ReplyDelete
  15. skrg ni penang sentral dh berubah kalau zizie mai sini.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Azwar tak pernah lagi naik bas jejauh, memandangkan tempat blajar pun dekat..

    ReplyDelete
  17. seronok bila mengmbau zaman belajar kan..rasa rindu...tapi tak boleh patah blk ke zmn itu.huhuhhu..singgah bw sini...www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. zaman sekolah masih paling seronok

    ReplyDelete
  19. Sy pun terikut2 mngimbau kenangan zizie, terbayang babak2 dalam bas kilang..

    ReplyDelete
  20. lama dh xnaik bus...

    ReplyDelete
  21. kenangan dengan kawan2 masa sekolah..universiti.. mmg best kalau diimbas kembali..kelakar..sedih sume ada. hihihi

    ceria2 ke blog elly...
    KEPERLUAN PROTEIN DALAM TUBUH

    ReplyDelete
  22. hai kak zizie haah saya jenan hihi :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.