Cara-Cara Untuk Mengajar Anak Mengemas Tanpa Dipaksa

25.9.15

Cara-Cara Untuk Mengajar Anak Mengemas Tanpa Dipaksa | Ilma sekarang makin lama, makin cerdik. Bila dilarang, makin dia nak buat. Penat jadi tarzan melalak marah dia, tapi dia relaks je buat benda terlarang. Baru-baru ini, Angah keluarkan fridge magnet (FM) berbentuk huruf dan nombor untuk Ilma..


Perangai dia, kalau tak masuk dalam mulut, mula la dibalingnya merata.. Haa.. Penat nak mengemas.. Masa tengah temankan budak kecik ni bermain, Angah kasi tip: cara-cara untuk ajak budak-budak mengemas.

Selalunya, kita akan paksa anak-anak untuk mengemas dan semestinya anak-anak dengan tidak rela hati nak mengemas. Kita yang besar pun, boleh jadi tak rela bila diarah, apatah lagi si kecil ni. Jadi, seeloknya, kemas sambil membuat aktiviti menarik seperti kemas sambil mengira atau menyanyi.

Umur macam Ilma, susah sikit nak ajak dia mengemas sambil mengira. Jadi, zizie gunakan cara pendekatan yang lain. Zizie tunjukkan cara meletak FM ke dalam beg dengan cara yang dapat menarik perhatian dia dengan menjatuhkan FM ke dalam beg. Zizie buat banyak kali sampailah dia pun ingin mengikut sama.

Bila Ilma berjaya masukkan FM ke dalam beg, zizie akan memuji dia pandai sambil menepuk tangan dan Ilma pun gembira bila zizie buat macam tu.. Sikit-sikit, lama-lama habislah dikemas walaupun Ilma buat sekerat jalan je. Alah bisa, tegal biasa. Moga-moga Ilma terbiasa.

You Might Also Like

10 comments

  1. Lissa selalu kalau mau anak buah Lissa kemas mainan dia lepas main, buat macam tu lah.. sangat berkesan! hehe

    ReplyDelete
  2. cubit je kalau tk nak kemas.. hahaha

    ReplyDelete
  3. done follow ya..jemput ke blog Etuza pula ya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Zizie Zack,

    Budak sebaya Ilma memang mudah ikut apa org dewasa buat.. Lps tu suka dipuji kann.. So kita kena pandai psycho sikit..hehehe

    ReplyDelete
  5. salam kenal zizie...KG nak try cara ni...tq sharing

    ReplyDelete
  6. Budak-budak memang belajar dengan cara meniru perbuatan orang sekeliling :)

    ReplyDelete
  7. budak-budak memang tak suka kita paksa dan membebel.. pandai betul zizie gunakan pendekatan psikologi..

    ReplyDelete
  8. Best juga FM tu kan. Budak-budak kan suka cabut FM tu. Boleh jadi alat mengajar juga tu..

    ReplyDelete
  9. Kann..bebudak ni kite kene kreatif nak suruh dia mengemas. Kalau tak tu, jgn hrp dia nak mengemas. Hihi

    ReplyDelete
  10. mmg kena pandai ambil pendekatan kat budak budak ni kan...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.