Hari Raya Aidil Adha 2015

25.9.15

Hari Raya Aidil Adha 2015 | Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Tahun ini, zizie beraya di Taiping bersama-sama Angah, keluarga mentua Angah dan saudara-mara zizie di Perak.


Walaupun tak beraya dengan parents, zizie tetap okay sebab dah selalu Aidil Adha zizie berada di perantauan. Ni kira bagus beraya dengan Angah. Kalau tak, krik krik sorang diri je kat perantauan sambil makan maggi. Kiranya, hati dah tough la. Kekeke.

Mula-mula, beraya dengan family mentua Angah dulu, kemudian beraya rumah kawan Angah pulak. Teringin juga nak tengok orang korban lembu sebab dah lama tak tengok secara live. Tapi, kat masjid dekat dengan taman ni takde buat korban pulak. Lepas pergi ke rumah kawan Angah, kitorang ke rumah Pak Long. Zizie ni kurang sikit dengan saudara-mara belah Perak sebab dah lama duduk jauh. Ada pak cik yang datang ke rumah Pak Long pun, zizie tak berapa kenal. Kalau ke rumah Pak Long ni, yang bestnya, dapat makan sedap-sedap. Hehehe. Tak sempat pulak zizie nak snap gambar. Selamat la korang dari terliur. Hehehe.

Lepas tu, kitorang terus balik rumah sebab Abang Ngah dah mengantuk sangat dek berjaga buat laksam. Zizie yang tak buat laksam pun penat sebab satu malam kena mendukung Ilma yang banyak kerenah. Selagi tak dukung, selagi tu la dia tarik baju zizie suruh dukung.. T___T

Itulah cerita raya zizie yang biasa-biasa aje. Memang zizie akui, beraya di Pantai Timur lagi meriah walaupun dah tak semeriah dulu-dulu. Menyesal? Tak. Sebab inilah yang dipanggil pengalaman. :D

You Might Also Like

13 comments

  1. Selamat hari raya Aidil Adha, Zizie :)

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha zizie dr saya.. semoga Allah menerima segala ibadah kita..

    ReplyDelete
  3. raya tahun ni saya rasa krik2 tu zizie sambil breakfast mcm maggi... salam aidiladha zizie.. :D

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya aidiladha kak zizie :D at least taklah beraya smbil makan megi tahun nj xD

    ReplyDelete
  5. Tahun ni meriah sket raya sbb ad andak ilma kata..hehe...lau abg ngah xngantuk konpem mlm br blk..��

    ReplyDelete
  6. Salam Aidiladha Zizie Zack,

    Alahai cian dia raya sorg2.. Lain kali tak mau krik krik sorg2 makan maggi tau.. Sis pun tak selalu dpt blk kg Raya Aidiladha ni, beraya di shopping complex tp sis avoid KLCC sbb takut disalah anggap pendatang asing lak.. ^_~

    ReplyDelete
  7. salam aidiladha kepada zizie sekeluarga..

    p.s: wah.. sedap tu makan laksam.. :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya aidil adha Zizie ^__^

    ReplyDelete
  9. Salam Aidil Adha Zizie... kat Pantai Timur memang meriah kann..hihih..xper..skali skala xdapat merasa beraya ngan parent kan..pengalaman...

    Pst: ila klik2 Petrosains- Illusion yer utk Zizie =)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.