Ketahui Indeks Pencemaran Udara (IPU) Di Tempat Anda Dengan Menggunakan Aplikasi Malaysia API

29.9.15

Ketahui Indeks Pencemaran Udara (IPU) Di Tempat Anda Dengan Menggunakan Apps Malaysia API | Hari ini, sekolah-sekolah di Melaka pula ditutup kerana IPU yang semakin meningkat melebihi 100 lebih akibat jerebu. Kebetulan pula, zizie akan ke Melaka pada hari Jumaat ini. Terus zizie download aplikasi Malaysia (Air Pollution Index) API untuk mengikuti IPU. Bahaya juga ke kawasan IPU yang tinggi tapi terpaksalah pergi sebab ada urusan rasmi di sana.

Malaysia API ni sangat bagus kalau korang nak tahu IPU di kawasan korang. Cuma download sahaja applikasi Malaysia API di Apps Store atau Play Store korang. Kemudian, ON GPS untuk menentukan lokasi korang dan wallah.. Terus keluar IPU di kawasan korang.



Alhamdulillah kawasan Taiping masih lagi di paras yang selamat.

Malaysia API juga menyediakan indicator untuk membaca paras IPU.


Boleh juga untuk melihat paras IPU di seluruh Malaysia. Sekarang, di Melaka, Pahang dan Johor paras IPU melebihi 100. Senang aje kan kalau nak cek IPU di kawasan korang dengan cara yang pantas kan.


Harap-harap, hujung minggu ini urusan zizie di Melaka dipermudahkan dan jerebu pun dah berkurangan waktu tu. Macam mana pula paras IPU di kawasan korang?

You Might Also Like

9 comments

  1. Masa akak balik kampung tempoh hari..IPU di johor memang tinggi zie..

    ReplyDelete
  2. Nak try la... seriusss kuantan ni teruk dah rasa.... dlu tak rasa sangat sakit mata, ni dah sakit mata bila buka lelama kat udara

    ReplyDelete
  3. Thanks utk info . Mohon jerebu cepat pergi ..amiin

    ReplyDelete
  4. Thnk for sharing. Nk download lahh. Hehe

    ReplyDelete
  5. wahh baguslah info nie...terima kasih sebab share... :)

    ReplyDelete
  6. Mudah sudah ada aplikasi begini.. Kak aiza doakan semoga urusan zizie ke melaka berjalan lancar..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.