Mee Taipan di Gate Cafe

20.9.15

Mee Taipan di Gate Cafe | Kelmarin kitorang dinner di Gate Cafe sempena birthday abang ngah yang jaraknya hanya dua hari dari birthday zizie. Ini kali ketiga zizie makan di sini. Sebelum ini, zizie selalu order Chicken Grill Chop sahaja tetapi, zizie nak mencuba menu lain pulak dan angah cadangkan untuk mencuba hidangan mee.

Zizie tertarik pulak dengan menu Mee Taipan ni. Tak pernah dengar, apatah lagi merasa. Sebelum order, kitorang tanya dulu waitress Gate Cafe mengenai menu tu. Katanya memang sedap dan dia rekemen kitorang makan dengan cili potong. Siap beri jaminan kalau tak sedap, bagitahu dia. Okay, let's give it a try.

sumber
Zizie tak sempat ambil gambar sebelum kuah dituangkan sebab waitress tu yang tolong tuangkan. Zizie tak tahu kenapa dipanggil Mee Taipan. Mee yang digunakan ialah mihun soto dan dicurahkan dengan kuah putih. Apa-apa pun, memang sedap hidangan ni. Kena dengan selera zizie. Ada rasa macam mihun sup yang mewah, rasa macam mee ladna pun ada.. Lagi sedapla dari mee ladna sebab kuah ladna buat zizie cepat muak. Memang puas la bila ditambah dengan cili potong ni. Terbaik rekemen dari waitress tu.


Harga sepinggan RM 7.80. Harga makanan kat sini memang agak mahal. Mahal sekalipun, makanan di sini memang sedap selama zizie makan di sini. Sekali sekala boleh la makan di sini. Zizie pun nak rekemen korang cuba menu ni. Dap dap dap. Hee. Gate Cafe terletak di Taiping berdekatan dengan Taiping Mall dan Yong Tau Foo Bomba.

Korang pernah makan tak Mee Taipan, readers?

You Might Also Like

24 comments

  1. Assalamualaikum zizie zack,

    Kat mana café ni? Saya tak pernah cuba Mee Taipan ni, nampak sedap.. :-)

    ReplyDelete
  2. Nk mkn kena mai taiping..hehe..mmg sedap..angah pn first time try sbb slalu mkn nasi je..hehe..gonna try it again after this...good choice..tgk dh sdap lau mkn lgla silap2 tmbah lg spinggan...kikiki

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan mee ni. Tapi nampak macam mihun kungfu pun ada....nampak menyelerakan...hihi

    ReplyDelete
  4. Xprnah mkn pun... La dkt taiping.. Jauh nye...

    Blogwalking sini.

    Blogahbar

    ReplyDelete
  5. ni laa mee tuuu...tk pernh jumpa lakk

    ReplyDelete
  6. Sedapnya macam kena cuba jer ni hehehe..
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  7. Huishhh nanti balik Taiping nak try.. Unik meenyaaa.. Lapar terus

    ReplyDelete
  8. Tak pernah Cuba pun mee taipan sebab takut x kena dgn selera ..gud sharing dear

    ReplyDelete
  9. Tak pernah tahu pun zie...tp nampak menarik dan lazat.tengok banyak sayur tu..alhamdulillah.sejali sekala cuba menu baru..

    ReplyDelete
  10. klau mahal sedap xpe zizie. hihihih.. banjir kuah tu... nanti nk try carilah.. :D

    ReplyDelete
  11. waww sedapla nampak. tetiba rasa lapar pulak perut hehehe

    ReplyDelete
  12. Oh maiiiiii. Nampak macam sedap. Saya tak pernah pula dengar pasal mee taipan ni. Apasal banyak sangat benda yang saya tak tahu ni.

    ReplyDelete
  13. kuah dia nampak mcm kuah kuey teow kungfu

    ReplyDelete
  14. cam sedap je tgok terliur mak buyung hehehe

    azney singgah BW dari segmen Emas Putih :)

    http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
  15. sedapnya...xpernahdengar & makan lagi mee taipan nie...tapi yg penting mmg Nampak sedap =)

    ReplyDelete
  16. Aduh sedap pulak tengok mee tu. Visit sini balik. Jemput masuk contest dekat blog. Ada dekat sidebar saya. Mana tahu boleh menang. Oh follow me back tau. Sebab saya dah follow awak :)

    ReplyDelete
  17. baru first time akak dengar nama mee taipan.. nampak sedap tu zizie..

    ReplyDelete
  18. nyum2 sedapnya

    Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete
  19. salam singgah jalan2 malam di sini dik....nampak sedap lah...

    ReplyDelete
  20. Looks delicious....tasteful servings here...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.