Atasi Bibir Pucat Dengan NYX Butter Lipstick

16.10.15
Atasi Bibir Pucat Dengan NYX Butter Lipstick | Zizie memang mengalami bibir pucat. Kekadang pergi ke kelas, kawan-kawan bertanya, "Zizie, kau sakit ke?" Padahal zizie sihat walafiat aje except tak cukup tidur. Zaman study kaann.. Along zizie pun cakap benda yang sama, "Bibir kau memang jenis pucat." Ades. Macam mana nak atasi bibir pucat ni?!!!

Jadi, pada mulanya, zizie cuba pakai lip balm. Lecehnya, susah nak dapatkan lip balm yang tahan lama. Kemudian, zizie upgrade kepada lipgloss. Boleh tahan la pakai lipgloss sebab tekstur dia ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa di bibir. Walau bagaimanapun, lepas makan atau minum, dah hilang dah warna lipgloss di bibir. Hurm.

Sekarang, zizie mencuba lipstick pula. NYX Butter Lipstick! Zizie memilih NYX kerana NYX mempunyai banyak warna-warna yang menarik. Selalunya, zizie memilih warna-warna yang slow kononnya tak mahu terserlah sangat, but this time I want to look a little bit different. Warna pilihan zizie kali ini ialah BLS 21 Fizies.


Gambar di bawah no edit ye melainkan meletakkan watermark sahaja.

SEBELUM
SELEPAS
Warna dia memang cantik. Bila pakai di bibir tu, memang tampak lawa (eh, terpuji diri sendiri) dan rasa confident. Cosmetic does build up women's confident. Paling best, lepas makan dan minum, warna dia masih lagi melekat even though ada pudar sikit tapi better daripada pakai lipgloss sebelum ni. Plus, tekstur dia ringan so, rasa macam tak pakai lipstick pun.

Tergoda tak dengan warna dia? Janganlah tergoda dengan zizie pulak. Hekhek. Antara warna-warnanya..

NYX BUTTER LIPSTICK : RM 22 TERMASUK POSTAGE
Kalau tergoda, bolehlah dapatkan NYX Butter Lipstick dengan zizie. Whatsapp zizie di 014-6226239 untuk fast reply atau email zizie di nfarahizzati@gmail.com.

Follow instagram : Pretty Zone Zizie

You Might Also Like

13 comments

  1. kalau pakai ni, lama kelamaan bibir kita akan kembali ok ke? maksudnya dah xpucat even xpakai lipstik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sampai ke tahap macam tu lagi kak tyra :)

      Delete
  2. Izz pun bibir pucat. Selalu pakai lip ice sheer color. Yang bila pakai dia ikut color darah kita. Tapi bila dah makan or minum hilang la. so, selalu bawak dlm beg. Hihi. Btw, kak zizie lawa :D

    ReplyDelete
  3. cantik lah warna dia. berminat pulak..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Zizie,

    Sis pun guna brand NYX.. Best kann langsung tak beralih jenama lain..
    Natural color cantik..

    ReplyDelete
  5. opps, dah tergoda dengan semua colour tu :(

    ReplyDelete
  6. cantik2 semua kalerrr T^T
    BV suka pakai lip tint. :D
    comel la kak zizie :)

    ReplyDelete
  7. cantik ! hehe tapi kalau Lissa, Lissa suka pakai lipstik kaler oren. hehe

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.