Kecewanya Apabila Gagal!!

1.10.15

Kecewanya Apabila Gagal!! | Masa tengah taip entri ni, zizie tengah bersedih, berduka lara dan bermuram durja. Bayang jela sendiri macam mana muka zizie bila sedih. Aah.. tak comel langsung. Manis ada. Kah!

Pagi tadi, zizie ambik test JPJ kelas B2.. Masa kitorang tengah buat pemeriksaan motor ataupun rutin pemeriksaan motor (RPM), tetiba dah start hujan. Zizie dah cuak sebab kawan zizie fail jatuh titi sebab hujan.



Sungguhlah benda yang zizie bimbangkan tu berlaku. Zizie fail kat titi! Tapi zizie tak jatuh. Cuma masa kat penghujung tu, zizie macam nak jatuh so zizie terlanding kaki kiri.. kat PENGHUJUNG!!

Habis tu, nak salahkan sape? Titi yang dah bertahun kat situ? Nak salahkan hujan yang merupakan rahmat dari Allah S.W.T? Tak baik woo.. Kena sambar petir baru tahu! So? It's back to circle. My fault! Bila tengok masa, 10 saat lebih. Bodohnya zizie!! Kau buat apa kat atas titi tu lama-lama!!

Masa on the way balik tadi, zizie bawak motor slow je.. Sedih r konon. Layan angin sepoi-sepoi bahasa yang dikaburi dengan jerebu. Tetiba ada mamat 125 ni hon zizie ajak berlumba. Konon panas hati sebab zizie bawak slow la tu. Ekeleh.. jalan punya besar. Potong jela. Malas nak layan. Dah la motor abang aku tayar belakang botak. Kang tak memasal accident.

Hurmm.. so, terpaksalah ambik re-test minggu depan. Malam ni pulak nak ke Melaka. Hopefully, everything will goes fine in Malacca.. Malacca! Here I come!!
posted from Bloggeroid

You Might Also Like

23 comments

  1. tak pe zizie, dogibab...hehe
    Jia you!!!

    ReplyDelete
  2. gagal sekali bukan gagal utk selamanya..

    kemon zizi.. u ken du it!
    jgn ptos asa!!

    ReplyDelete
  3. InshaaAllah lepas punya untuk yg second ni... :D jgn sedih2x zizie...

    ReplyDelete
  4. takpe la zizie...cuba lagi nanti ye...

    ReplyDelete
  5. Allahu..sabar zie..tanda kasih Allah pada zizie makin tinggi..percayalah tiada satu musibah atau dugaan yang sia sia..jangan putus asa..zizie boleh..moga Allah permudahkan setiap urusan zizie..

    ReplyDelete
  6. xpe zizie.. org cakap sape fail masa test jpj, dia akan jadi pemandu/penunggang yg cekap .. hehe

    ReplyDelete
  7. haha there always a second chance in life. just do it !!

    ReplyDelete
  8. All he best zizie hihi, yana baru nak pi ceramah lesen . moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. Insya Allah you can do better next time, Zizie.

    ReplyDelete
  10. hee.. practice make perfect ! Cuba lagi. InShaaAllah, next time perfectly pass ! :)

    ReplyDelete
  11. Allahuakhbar.. Adik Zizie, tak perlu sedih, fikirkan hikmah disebaliknya.. Akak pun repeat masa ambil lesen dulu dan akak gagal pun bukan salah akak masa tu.. Tapi dun give up, at last berjaya.

    ReplyDelete
  12. jgn sedih k. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. chill!

    ReplyDelete
  13. aloo..xpe kak...boleh cuba lagi kan :D

    ReplyDelete
  14. aloo,siannya,,xpe,nanti utk next test insyaAllah okay,,all the best :)

    ReplyDelete
  15. manusia kan zizie akan belajar dari kegagalan,.. jgn brputus asa! :D

    ReplyDelete
  16. Nasib la time sedeh tu manis masih ada hihi . InshaAllah nnti pass latu .

    ReplyDelete
  17. chill zizie.. kak nina fail kt titi juga time tu hujan rintik2. dh convo kena dpt kan lesen sebelum start kerja.

    ReplyDelete
  18. ala..kita pun gagal gak masa amik lesen kete dulu. 3 x lagi tu..hmm.. sekarang dh boleh bawak kete atas jln.tu pun lepas hubby paksa bwak n biasakan.skrg tgh berangan nak amik lesen moto lak..

    ReplyDelete
  19. Xpe, sabar yea Zizie.. Apa2pun kena senyum selalu dan jangan putus asa untuk belajar lagi..

    ReplyDelete
  20. Jangan sedih zizie.. Cuba lagi minggu depan.. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kuatkan semangat..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.